Thursday, March 3, 2011
Pelajar Lelaki, Wanita Dibenar Berkongsi Bilik
Universiti Rutgers, New Jersey memutuskan untuk membenarkan pelajar lelaki dan wanita berkongsi bilik di tiga asrama. Langkah itu diambil sebagai usaha menjadikan pusat pengajian itu lebih selesa untuk pelajar gay selepas kejadian bunuh diri yang mendapat liputan meluas tahun lalu.
Mulai musim luruh depan, semua pelajar - sama ada gay, lesbian, uniseksual atau heteroseksual - boleh memilih sama ada teman sebilik lelaki atau perempuan di bawah program perintis. Pelajar lelaki dan perempuan juga akan berkongsi bilik air. Program perintis sama tetapi lebih kecil turut diperkenalkan di kampus universiti itu di Newark.
Menurut Kempen Tidak Prejudis Jantina Pelajar Kebangsaan, beberapa pusat pengajian lain termasuk Universiti Maryland, Universiti Columbia New York dan Universiti George Washington turut menawarkan program seumpamanya.
Universiti Rutgers, New Jersey mendapat tumpuan meluas tahun lalu selepas pelajar tahun satunya, Tyler Clementi membunuh diri dengan terjun dari Jambatan George Washington ke dalam Sungai Hudson. Pihak berkuasa berkata, beberapa hari sebelum itu, teman sebiliknya merakam adegan intim Clementi bersama seorang lelaki lain melalui webcam.
Labels:
Snippet Macam-Macam
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)