Penyanyi remaja, Justin Bieber mencetuskan kekecohan di sebatang jalan raya di luar hotel penginapannya di Liverpool.
ANGGOTA-ANGGOTA polis mengawal para peminat Justin Bieber di luar hotel penginapan penyanyi itu di Liverpool |
Sejumlah peminat mengerumuni sebatang jalan raya di depan sebuah hotel yang menjadi tempat penginapan penyanyi tersebut.
Peminat-peminat itu menjerit namanya menyebabkan polis memberi amaran kepada Bieber supaya dia tidak mendekati balkoni Hotel The Hard Days Night di sini.
Polis berkata, Bieber akan ditangkap jika dia menemui para peminatnya itu kerana kehadirannya akan menyebabkan satu rusuhan bakal berlaku.
Namun, pihak pengurusan Bieber mengadakan perbincangan untuk menenteramkan situasi menyebabkan Bieber menjerit ke arah peminat-peminatnya.
Penyanyi itu yang terkenal dengan lagu Baby berada di Liverpool kerana dia mempunyai jadual persembahan di bandar tersebut.
No comments :
Post a Comment