expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Sunday, March 6, 2011

Kekayaan 40 Individu Terkaya Malaysia RM186.3b




Syed Mokhtar kekal orang Melayu paling kaya dengan aset RM7.5 bilion


Kekayaan terkumpul 40 individu terkaya Malaysia kini bernilai kira-kira RM186.3 bilion, meningkat 22 peratus atau RM33.3 bilion disebabkan peningkatan ekonomi negara sebanyak 7.2 peratus tahun lalu, iaitu tertinggi sejak 2000.

Mengikut senarai individu terkaya Malaysia 2011 majalah Forbes Asia, hanya seorang ahli perniagaan baru disenaraikan antara individu terkaya Malaysia tahun ini iaitu Pengarah Urusan QL Resources Bhd, Chia Song Kun dengan kekayaan berjumlah RM1.2 bilion.

Jutawan yang terbabit dalam industri pengeluaran makanan laut, memproses minyak sawit mentah dan ternakan ayam ini terus melonjak ke tangga ke-24, mengatasi nama besar yang sebelum ini berada dalam senarai 40 jutawan Malaysia.

Menurut majalah itu lagi, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary kekal sebagai orang Melayu terkaya di Malaysia dengan harta terkumpul berjumlah RM7.5 bilion dan menduduki tangga kelapan dalam senarai itu.

Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mokhzani Mahathir yang juga Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd berada pada tangga ke-15 dalam senarai itu dengan kekayaan sebanyak RM1.8 bilion.

Turut tersenarai ialah adik Perdana Menteri, Pengarah Urusan Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dengan jumlah harta kekayaan sebanyak RM495 juta di kedudukan ke-36.
Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail yang memiliki kekayaan berjumlah RM465 juta berada di tangga ke-37.

Menurut majalah itu kedudukan pertama dan kedua orang terkaya di Malaysia masih tidak berubah iaitu masih dimiliki Raja Gula iaitu Tan Sri Robert Kuok yang memiliki harta sejumlah RM37.8 bilion diikuti Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Communication, Tan Sri Ananda Krishnan sebanyak RM28.8 bilion.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...