expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Saturday, April 30, 2011

Dua Gadis Berpelukan Elak Dihanyutkan Ombak Gergasi


Seorang jurugambar, Tam Mullen berjaya merakamkan sekeping gambar yang menunjukkan dua orang gadis memeluk erat sebatang tiang lampu bagi mengelak daripada dihanyutkan ombak besar yang muncul secara tiba-tiba dari laut di sebuah jeti di Castlerock, Ireland Utara.

Mullen yang kebetulan berada berhampiran kawasan jeti itu sempat merakamkan aksi dua gadis yang ketakutan dan berpeluk di sebatang tiang lampu ketika ombak besar menghampiri mereka.

Dua gadis itu bernasib baik kerana mereka tidak dihanyutkan ke laut. Mereka kemudian dilihat bergegas meninggalkan jeti tersebut dalam keadaan gembira kerana terselamat.

Friday, April 29, 2011

Kumpulan Gula-Gula versi Wonder Girls Malaysia?




Genit dan seksi. Itulah dua perkataan bagi menggambarkan sekumpulan gadis yang menggelarkan diri mereka sebagai Gula-Gula. Melihat kepada penampilan lincah mereka itu , persepsi pertama tentulah mereka persis kumpulan muzik K-Pop, Wonder Girls.


Semua mereka hanya tertawa mendengar komen itu - tidak menafi atau mengiyakan - namun mengakui mereka memang memperjuangkan genre muzik K-Pop versi tempatan.

Misteri Kenderaan Bergerak Sendiri Walau Enjin Sudah Dimatikan


Fenomena kenderaan bergerak sendiri walaupun enjin sudah dimatikan berlaku di Jawa Tengah.Keajaiban alam itu berlaku di sebuah kawasan dikenali dengan nama Jabal Magnet di Banyumas, Indonesia..

Stesen televisyen tempatan, Metrotvnews.com, melaporkan kawasan tersebut terletak di Jalan Raya Desa Limpakuwus, Banyumas.Tinjauan oleh stesen televisyen berkenaan di lokasi semalam mendapati kereta tersebut mampu bergerak sendiri sejauh 50 meter dengan kelajuan 10 kilometer sejam.

Kejadian luar biasa itu disaksikan beratus-ratus penduduk setempat, malah ada yang membawa kenderaan untuk menguji sendiri kesahihan fenomena tersebut. Satu pasukan ahli geologi Indonesia turut tiba di lokasi berkenaan untuk melakukan pemeriksaan.

Thursday, April 28, 2011

Gambar Bayi Lelaki Maizawati Yang Baru Dilahirkan


Bekas isteri penyanyi Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal, 36,  selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Qhabel Izz Qhushairy. Dia bersalin dalam keadaan normal di Hospital Kuala Lumpur, dekat sini pukul 4.15 pagi, Rabu.

Bayi tersebut merupakan bayi pertama hasil perkahwinan ketiga Maizawati dengan Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim, 23. Mereka bernikah pada 9 Ogos tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.86 kilogram secara normal. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik.

Pendapatan Presiden Barrack Obama Merosot


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan isterinya memperoleh pendapatan sebanyak AS$1.7 juta (RM5 juta) pada tahun lalu, satu kejatuhan besar berbanding 2009 ekoran penurunan jualan buku beliau.

Obama dan isteri, Michelle dilaporkan memperoleh pendapatan kasar sebanyak AS$1,728,096 (RM5,236,994) untuk 2010, mengalami penurunan daripada AS$5.5 juta (RM16.6 juta) pada 2009.

Walaupun gaji beliau sebagai Presiden AS ialah sebanyak AS$395,000 (RM 1.2 juta) setahun, tetapi kebanyakan pendapatan Obama datang daripada hasil penjualan buku beliau, kata jurucakap White House, Jay Carney dalam satu kenyataan.

Wednesday, April 27, 2011

Filem Porno 3D Meletup di Hong Kong, Cetus Fenomena


Sebuah filem Hong Kong yang dianggap filem porno 3D pertama di dunia memecahkan rekod box office yang sebelum ini dicatatkan oleh filem Hollywood, Avatar.

‘3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy’ mencatatkan jualan tiket berjumlah HK$2.8 juta (RM1.08 juta) pada hari pertama tayangannya minggu lalu, mengatasi filem epik sains fiksyen arahan James Cameron yang mencatatkan jualan tiket sebanyak RM1.01 juta.

Peminat filem dari seluruh latar belakang kehidupan, pekerja pejabat, pesara dan pelajar, berbaris panjang di luar pawagam di Hong Kong pada hari pertama tayangan, untuk menonton filem itu.

Remaja 14 Tahun Jadi Mangsa 'kenduri seks' Beramai-ramai.


Perkenalan seorang remaja dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook menjadi mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa 'kenduri seks' sembilan lelaki di sebuah rumah teres di Mahkota Cheras, dekat sini Sabtu lalu.

Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun dikatakan keluar menaiki teksi dari rumahnya di Kondominium Rakyat, Pantai Dalam, kira-kira pukul 7 pagi untuk menemui rakan lelaki yang baru dikenali menerusi laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, sebaik sahaja bertemu di lokasi dijanjikan, suspek membawa seorang rakannya menaiki sebuah kereta Proton Saga ke rumah mereka.

Sebaik sahaja sampai, terdapat tiga lagi lelaki yang merupakan rakan suspek. Salah seorang suspek telah mendekati mangsa untuk mengadakan seks namun remaja itu yang enggan menurut kemahuannya telah dipukul lalu dirogol.

Seorang Lelaki Lamar Kekasihnya Dengan Teka Silang Kata



Seorang lelaki, Corey Newman menggunakan teka silang kata sebagai satu cara unik untuk melamar kekasihnya, Marlowe Epstein.


Newman yang berusia 28 tahun berpakat dengan akhbar Washington Post untuk bertanyakan soalan itu kepada Epstein, 31, menerusi satu kolum teka silang kata.

Pembayang untuk soalan nombor 51 berbunyi: Kata-kata yang mempunyai cincin padanya. Apabila Epstein menjawab dengan betul: "Adakah awak ingin berkahwin dengan saya?" Newman terus melutut dan menyerahkan sebentuk cincin permata dan mengulangi soalan sama.

Epstein yang namanya diambil daripada pembayang nama watak dalam filem Shakespeare in Love dan penulis layar filem Casablanca itu menerima lamaran tersebut.

Washington Post yang melihat lamaran tersebut sebagai satu cerita yang bagus telah merakamkan semua detik itu, sebelum memasukkan ke dalam laman webnya.

Monday, April 25, 2011

Askar 'Lembut' di Singapura Diberi Kaunseling




Seorang askar Singapura yang dirakamkan gambarnya bersama pembantu rumah yang membawa beg galas miliknya dilaporkan menjalani kaunseling dan 'menyesali’ perbuatannya. 


Gambar berkenaan disiarkan media tempatan yang kemudian mendapat perhatian seluruh dunia selepas ia tersebar melalui internet yang mencetuskan kemarahan dan kebimbangan bahawa pasukan tentera bersenjata Singapura mempunyai watak ‘lembut’.

“Anggota terbabit sudah memperkenalkan dirinya kepada komander,

AC Mizal dan Isteri Sertai UMNO


Pelakon dan pengacara Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di sini apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu pada Ahad.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan berjaya itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Kecoh Jackie Chan Cium Bibir Lee Hom di Majlis Anugerah!


Saturday, April 23, 2011

Nenek Parah Kena Rogol, Dibakar Kemaluan Kerana Enggan Layan Kekasih Muda


Seorang nenek parah selepas dia dirogol dan dibelasah kekasihnya kerana enggan melayan kemahuan seksnya. Mangsa yang berusia 51 tahun turut mendakwa kemaluannya dibakar lelaki terbabit. Kekasih nenek itu baru berusia 27 tahun.

Media melaporkan, lelaki terbabit pergi ke rumah mangsa di Jatinegara, Jakarta Timur, dalam keadaan mabuk dan minta kemahuan seksnya dilayan.

Kata mangsa, dia enggan melayan kekasihnya kerana ketika itu lelaki terbabit terlalu mabuk serta dalam keadaan marah.

“Dia kemudian menumbuk kepala sehingga saya terjatuh, sebelum ditendang berkali-kali.

“Dia memperkosa saya di ruang tamu sebelum mengambil mancis dan membakar alat sulit saya,” katanya.

Video Justin Bieber Ucap Terima Kasih Dalam Bahasa Melayu



video

Friday, April 22, 2011

Ketua Polis Wanita Paling Muda dan Berani di Mexico


Seorang pelajar sebuah kolej, Marisol Valles Garcia (gambar) yang berusia 20 tahun dikatakan telah meninggalkan pekerjaannya sebagai ketua polis di bandar Praxedis G Guerrero, Mexico selepas empat bulan memegang jawatan itu.

Garcia turut bertindak meninggalkan bandar itu bersama keluarganya ke Amerika Syarikat (AS) setelah menerima ancaman bunuh. Bandar Praxedis G Guerrero memang dikenali sebagai lokasi gengster-gengster dadah.

Walaupun Sudah Bertunang Tapi Tak Mampu Kahwin


Seorang kakitangan pentabiran di Kabul, Ahmad Mahfooz mempunyai pendapatan hampir sepuluh kali ganda daripada gaji tahunan pekerja rendah di Afghanistan namun dia masih tidak mampu untuk mengahwini tunangnya.

Dia sudah berhutang beribu-ribu dolar selepas mengadakan satu majlis pertunangan mewah melibatkan 500 orang tetamu pada Disember lalu. Ahmad memberitahu dia tidak tahu sama ada akan mampu untuk mengadakan majlis perkahwinan seperti yang diharapkan oleh bakal isteri dan keluarga mertuanya.

"Saya berhutang dengan hampir semua orang yang saya kenal. Saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan wang untuk berkahwin," kata Mahfooz yang berusia 27 tahun.

Gelagat Anak2 Gadis Malaysia di Concert Justin Bieber



Ini memang benar-benar die hard fan justin Bieber. Bukan setakat sanggup mencontengkan diri, malah sanggup 'membasahkan' diri dengan air hujan juga...


Thursday, April 21, 2011

Giliran Sasha Grey Pula (Bintang Lucah US) Berlakon Filem di Indonesia



Apa nak jadilah dengan negara Islam terbesar di dunia yang satu ini. Tak habis-habis undang pelakon lucah terkenal untuk berlakon filem di negara mereka. Setelah Maria Ozawa dan Rin Sakarugi dari Jepun, Tera Patrick dari US, kini giliran Sasha Grey pula, juga dari US.


Petikan daripada Kapanlagi.com :

Meski film yang dibintangi oleh bintang film hot asal Amerika Sasha Grey menuai kontroversi, tampaknya hal itu tidak menghalangi kedatangan bintang tersebut ke Indonesia. Sasha Grey sendiri rencananya bakal datang pada tanggal 28 April mendatang.

"'Bintang dunia' Sasha Grey akan datang ke Indonesia tanggal 28 April, untuk mempromosikan filmnya: POCONG MANDI GOYANG PINGGUL bersama artis Sheza Idris, Annisa Bahar, Baby Margaretha dan lainya," tulis KK Dheeraj melalui smsnya kepada Kapanlagi.com™, Selasa (19/04).

Wednesday, April 20, 2011

Senarai Peserta Imam Muda 2


Bekas ahli gimnastik, jurutera dan pensyarah antara 10 calon Imam Muda musim kedua (IM2) yang diumumkan di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dua calon berasal dari luar negara iaitu bekas ahli gimnastik Mujahid Suhaimi, 20, (Singapura-pelajar) dan Zulfadli Awang, 24, (Brunei-pegawai masjid).

Sementara yang lain adalah Ali Khairudin Abdul Marif, 26, (Sabah-guru Kafa), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, (Perak-pensyarah), Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, (Johor-guru besar), Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20, (Kelantan-guru tarannum).

KD Hamil 4 Bulan, Kandung Anak Luar Nikah Dengan Raul Lemos




Hamil 4 bulan selepas baru sebulan bernikah


Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti mengakui dia kini hamil empat bulan selepas bernikah dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu.

Tegasnya, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya terima ketentuan itu dengan hati yang terbuka.

"Kehamilan ini sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya gugurkan anak," katanya.

Monday, April 18, 2011

Review Filem 'Dilarang Masuk'



Tidak seperti jangkaan..


TIDAK ubah seperti 'indah khabar dari rupa', mungkin pepatah itu paling tepat untuk merumuskan tentang filem ngeri dan suspens, Dilarang Masuk (DM) arahan Jeffrey Chiang ini.

Secara visual, DM nampak seperti filem ngeri dan suspens ala Wrong Turn (2003) ataupun The Silence of the Lambs (1991) tetapi pengisiannya dangkal dan longgar.

Maka, tidak keterlaluan menyifatkan DM sebagai sebuah filem yang tidak seimbang. Aspek teknikalnya memang membanggakan. Percubaan produksi Cineworks menggunakan kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) Canon EOS 5D Mark II untuk merakamkan filem ini ternyata menghasilkan visual yang istimewa.

Sunday, April 17, 2011

Kumpulan Forteen, Kumpulan Pop Terbaru Malaysia



Kumpulan Forteen yang dianggotai empat jejaka ganteng iaitu Ariz, Izzue, One dan Ameer ini diilhamkan oleh KRU untuk mengimbau semula kehangatan kumpulan vokal lelaki yang pernah mencetuskan fenomena di seluruh dunia pada era 1990-an.

Kumpulan Forteen yang dianggotai empat anak muda (dari kiri) Ariz, Izzue, One dan Ameer.

Pada penghujung 1990-an dan awal 2000, dunia muzik pernah digegarkan dengan fenomena kumpulan vokal lelaki seperti Backstreet Boys, Westlife dan Boyz II Men di barat atau Phyne Ballerz, V.E dan Ruffedge di Malaysia.

"Penubuhan kumpulan Forteen pada waktu ini dilihat bersesuaian dengan era muzik semasa kerana kami membawakan imej dan lagu-lagu cinta remaja,” kata salah seorang anggota kumpulan itu, One.

Kumpulan yang baru berusia empat bulan itu mempertaruhkan muzik pop balada dan kekuatan vokal. Selain One, Forteen turut dianggotai oleh Ameer, Ariz dan Izzue.

Lagu single pertama kumpulan tersebut iaitu Berdua Bersatu ciptaan Edry Abdul Halim akan mula diputarkan di radio pada penghujung April atau awal Mei depan.

Saturday, April 16, 2011

Keputusan Penuh Pilihanraya Sarawak; BN=55, DAP=12, PKR=3, Bebas=1


Keputusan tak rasmi pilhanraya DUN Sarawak memperlihatkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan majoriti 2/3 walaupun kehilangan 8 kerusi tambahan (jumlah 16 kerusi) berbanding pilihanraya 2006. Pada 2006, BN memenangi 63 kerusi. DAP dan PKR juga menyapu bersih kesemua lima di Kuching.

Sumber: Keputusan Pilihan Raya DUN Sarawak

Doktor Pakar Didakwa Kenakan Caj Melampau Kepada Kerabat Brunei



Seorang doktor pakar terkenal kini disiasat pihak berkuasa perubatan di republik Singapura apabila didakwa mengenakan bayaran 'melampau' berjumlah S$26 juta (RM63.37 juta) ke atas seorang anggota kerabat diraja Brunei yang menghidap barah payu dara, hanya untuk tempoh rawatan selama lima bulan.


Dr Susan Lim, 55, pakar bedah pertama berjaya melakukan pemindahan hati di Asia, didakwa mengenakan bayaran itu ke atas sepupu dan adik ipar Sultan Brunei, Pengiran Anak Hajah Damit ketika merawat beliau dari Januari hingga Jun 2007.

Penasihat Kanan yang mewakili Majlis Perubatan Singapura (SMC), Alvin Yeo, ketika mengemukakan satu dokumen di Mahkamah Tinggi Singapura minggu lalu menyatakan jumlah bil dikenakan bagi tempoh 2004 dan 2007 ialah sebanyak S$40 juta (RM95.95 juta) tidak termasuk tuntutan bayaran perkhidmatan bagi tempoh tiga tahun sebelum itu.

Mark Zuckerberg Berjaya Batal Saman Wingklevoss



Mark Zuckerberg berjaya membatalkan saman terhadapnya yang dikemukakan oleh rakan sekelasnya di Universiti Harvard yang menuduh beliau mencuri idea mereka untuk mencipta laman web terkenal, Facebook.


Rakannya Cameron dan Tyler Winklevoss yang merupakan pasangan kembar perlu menerima pampasan penyelesaian bernilai AS$65 juta (RM195 juta), berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat (AS).

Pasangan kembar itu mendakwa perjanjian tersebut tidak adil kerana Facebook menyembunyikan maklumat daripada mereka ketika itu.

''Bagaimanapun, pasangan kembar Winklevoss merupakan perunding sofistikated dibantu oleh satu pasukan peguam.

Thursday, April 14, 2011

RPK Akui Terpedaya Dengan Janji Anwar


Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan.

Mengakui turut menjadi mangsa janji Anwar itu, Raja Petra berkata Ketua Pembangkang itu pernah memberi harapan palsu kepadanya semasa beliau dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak.

Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beritahu saya jangan susah (hati), tidak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Mak Nyah Malaysia Tinggalkan Suami Mat Salih Kerana Disisih



Sikap dingin suaminya, Ian Young menjadi punca mak nyah dari Malaysia, Fatine meninggalkan dia dua minggu selepas lelaki Inggeris berkenaan, Ian Young membantunya mendapatkan hak untuk menetap di Britain.


Fatine, 38, akhirnya memutuskan untuk memberi penjelasan tentang punca perpisahan mereka selepas suaminya yang berusia 32 tahun itu mendakwa, dia ditinggalkan tanpa alasan setelah membelanjakan £12,000 (RM59,061) bagi membantu mendapatkan visa isterinya.

Fatine berkata, dia melakukan pengorbanan besar dengan berhijrah ke Britain dan tinggal dengan Young tetapi akhirnya, dia disisihkan lelaki itu. Suami Fatine sebelum ini berkerja sebagai penyelenggara bangunan sekolah di Derby, England.

“Dia (Young) meminggirkan saya. Amat sengsara apabila lelaki yang anda cinta dingin terhadap anda. Saya berkorban segalanya demi dia,” kata Fatine.

Menurutnya, pada malam sebelum dia meninggalkan suaminya, mereka bergaduh besar. Young kemudian bergegas meninggalkan kediaman mereka di Pear Tree, Derby.

Lelaki Didakwa Menyamar Sebagai Britney Spears

SEORANG lelaki didakwa menyamar sebagai Britney Spears dalam klip video Till The World Ends.

Penyanyi terkenal, Britney Spears didakwa menggunakan seorang lelaki yang menyamar sebagai dirinya.

Pendedahan itu dibuat semasa klip video Till The World Ends itu menjadi perbincangan hangat di Internet.

Salah seorang peminat Spears berkata, wanita mirip penyanyi tersebut bukan dirinya.

"Saya memikirkan perkara itu kerana dia tidak boleh menari seperti kebiasaan," katanya.

Menurutnya, dia menghentikan video tersebut dan berasa terkejut kerana wanita tersebut tidak kelihatan seperti Spears.

Laman peminat penyanyi berkenaan dihujani dengan teori sama ada Spears menggunakan orang lain untuk menyamar dirinya.

.

Wednesday, April 13, 2011

'Usop Wilcha' Naik Angin Ada Pihak Ambil Kesempatan



Pelakon Syed Mohamad Asri yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) kesal dengan perbuatan individu yang menubuhkan kelab peminat melalui Facebook menggunakan nama wataknya untuk memperdayakan orang ramai.


Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba ada pihak menghubunginya bertanyakan mengenai pakaian yang dibeli melalui pengendali laman sosial itu sedangkan dia tidak tahu menahu apa-apa.

“Saya menerima kiriman e-mel dan panggilan telefon daripada peminat yang merungut tentang pakaian yang mereka beli kerana mereka sangkakan urus niaga itu dikendalikan oleh saya.

“Sedangkan saya tidak menubuhkan apa-apa kelab peminat apatah lagi mahu menghasilkan cenderamata menggunakan populariti saya dalam filem tersebut,” katanya.

Belanja Besar Tukar Ferrari Jadi Limousin


Seorang pemilik Ferrari 360 di sini membelanjakan wang sebanyak AS$326,687 (RM987,084) untuk mengubahsuai kereta sport miliknya menjadi sebuah limousin.

Proses mengubah suai kereta sport yang dibeli pada harga AS$81,678 (RM246,790) itu mengambil masa enam bulan dengan menggunakan alat ganti tulen Ferrari.

Ferrari 360 asal memiliki 400 kuasa kuda (bhp) dan mampu memecut 0-100 kilometer sejam dalam masa cuma empat saat. Namun, limousin tersebut tidak dapat mencapai kelajuan asalnya kerana beratnya sudah bertambah.

Telefon Bimbit Rakam Bayang Budak Dipercayai Hantu

Seorang budak lelaki berusia lima tahun, Sirus Walsh didapati bermain dengan hantu budak oleh keluarganya. Gambar hantu budak itu berjaya dirakamkan menerusi sebuah telefon bimbit berkamera.


"Anak perempuan saya merakamkan gambar anak lelakinya dengan sebuah telefon bimbit baru. Apabila dia melihat gambar tersebut, terdapat dua budak lelaki dengan salah satunya ialah bayang budak," kata nenek Sirus, Julie Smith, 52.

Menurut Smith, anak perempuannya itu kemudian memadamkan gambar tersebut. Namun, katanya, selepas satu gambar lagi dirakamkan, mereka mendapati terdapat bayang budak dekat dengan Sirus.

Julie menafikan bahawa gambar itu adalah palsu dengan menegaskan tiada anggota keluarganya yang mahir dengan teknik untuk memalsukan gambar.

Gambar tersebut turut disiarkan di Facebook dan dalam tempoh sejam, terdapat 20 komen sebelum ia didapati hilang daripada laman rangkaian sosial itu.

Tuesday, April 12, 2011

Facebook Disaman Lebih RM3 bilion


Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg dan laman web berkenaan disaman lebih AS$1 billion (RM 3.3 bilion) kerana menyiarkan artikel anti-Yahudi, lapor sebuah akhbar semalam. Saman terbabit difailkan oleh peguam yang juga seorang aktivis, Larry Klayman di sebuah mahkamah tinggi di sini pada Khamis lalu.

Dalam samannya, Klayman menuduh Facebook lewat menarik semula satu muka suratnya yang bertajuk 'Intifada Palestin Ketiga' bagi menentang Israel.Menurutnya, Facebook sengaja membiarkan halaman tersebut kerana faktor komersial.

Halaman Facebook itu yang mengajak orang ramai bangkit menentang Israel, menyaksikan lebih 300,000 pengguna mengklik tanda 'suka' terhadap cadangan tersebut. Intifada atau kebangkitan menentang Yahudi tersebut dirancang diadakan pada 15 Mei depan.

Monday, April 11, 2011

Anak Beckham mahu namakan adik ‘Justine Bieber’


David dan isteri, Victoria Beckham mungkin tidak mempunyai masalah untuk mencari nama bagi anak lelaki.
Apabila Victoria disahkan hamil kali keempat, pasangan suami isteri itu mahu membabitkan tiga anak mereka, Brooklyn, 12, Romeo, 9, dan Cruz, 6, memberi nama kepada bakal adik mereka.

Dalam wawancara dengan rancangan realiti, ‘Jimmy Kimmel Live!’ Beckham menceritakan bagaimana anak keduanya, Romeo berkata: “Kita namakannya ‘Justin Bieber Beckham.’” Tetapi kini, selepas kandungan Victoria disahkan perempuan, Romeo, menurut Bieber, mencadangkan nama bakal adiknya itu, Justine Bieber, cuma tambahkan huruf ‘e’ pada Justin.

Cruz pula, kata Beckham, pernah memintanya supaya mengajak penyanyi remaja itu datang ke rumah untuk bermain dengannya. “Saya memberitahunya, ‘Tak mungkin. Dia sibuk,” kata Beckham.

Pelanggan Restoren Tergamam Hidangan Ikan Patin RM13,000



Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.


Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sunday, April 10, 2011

Batu Nisan 20 Kubur Lama 'hidup'


Penduduk Kampung Batu Melintang dekat sini terkejut kerana batu-batu nisan di sebuah kubur lama di kampung itu didakwa hidup apabila saiznya semakin membesar dan meninggi.

Kubur tersebut yang dikatakan wujud sejak 200 tahun lalu, menyemadikan penduduk tempatan pada zaman dahulu. Kini ia sudah tidak digunakan lagi setelah perkuburan baharu disediakan di Kampung Kuala Sungai tiga tahun lalu.

Sejak penggunaan tanah perkuburan beralih ke kubur baharu, kubur lama yang menempatkan hampir 150 jenazah penduduk beragama Islam itu kini terbiar dan dipenuhi pokok-pokok hutan.

Sebelum ini, menurut penduduk, batu- batu nisan itu memang telah dilihat membesar, namun tidak pernah dilapor- kan media.


Batu-batu nisan di kawasan perkuburan itu memang besar dan tinggi sehingga ada yang hampir menyamai tinggi orang dewasa.

Kandungan Protein Telur Tiruan Menyamai Tulen



Ujian awal ke atas sampel telur yang dikatakan tiruan mendapati produk itu mengandungi bahan telur tulen.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berdasarkan ujian makmal kimia, protein kulit serta putih dan kuning telur terbabit adalah telur sebenar.

"Bagaimanapun untuk memastikan ia betul-betul bukan telur palsu, kita hantar lagi buat ujian DNA dan apabila kita sahkan tulen atau tidak, saya akan umumkan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan, di sini, Ahad.

Liow berkata keputusan ujian DNA itu dijangka diketahui esok.

"Ini melibatkan kepentingan umum, semua orang nak tahu hasil siasatan kita," katanya.

Beliau juga berkata kementeriannya pernah menerima laporan berhubung perkara sama pada 2007, namun kajian yang dibuat menunjukkan tidak ada telur tiruan di pasaran di negara ini.

Justeru katanya, orang tidak perlu panik berhubung perkara tersebut.

Lelaki Cabut Kaki Palsu Untuk Lawan Dengan Perompak


Seorang lelaki bertindak nekad menanggalkan kaki palsunya untuk memukul perompak yang memecah masuk kedai piza di bandar raya ini.

Stephen Cornell, 55, dan pemilik kedai, Edson Andrade, berjaya menangkap perompak itu dan mengikatnya sebelum memanggil polis.

Selepas diperiksa, mereka mendapati perompak itu menggunakan senjata palsu iaitu senapang mainan.

"Saya tiada masa untuk berfikir ketika itu hanya terfikirkan kaki palsu saya sebagai senjata,” katanya yang kehilangan sebelah kaki ketika berusia 12 tahun.

Thursday, April 7, 2011

Guru Wanita Patah Hidung Ditumbuk Pelajar di Kangar


Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.

Kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas dan ketika melalui koridor sekolah, guru itu ternampak pergaduhan tersebut dan cuba meleraikannya, katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Monday, April 4, 2011

Klip Video Seks Didakwa Milik Pemimpin Pembangkang Disebarkan Di Youtube



Klip video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin utama parti pembangkang telah dimuat naik ke laman web Youtube petang Isnin.Klip berdurasi selama 1:47 saat itu memaparkan tiga individu iaitu dua lelaki bersama seorang wanita dipercayai pelacur sebelum salah seorang lelaki terbabit keluar meninggalkan pasangan berkenaan.


Beberapa blog anti pembangkang turut memaparkan klip video yang diambil dari Youtube. Bagaimanapun, klip berkenaan hanyalah sebahagian daripada rakaman sebenar yang berdurasi hampir setengah jam.

Friday, April 1, 2011

Ketua Polis Negara Sahkan Video Seks Tulen


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan video seks yang didakwa melibatkan salah seorang pemimpin parti pembangkang adalah tulen.

Menurutnya, kesahihan mengenai rakaman dalam video itu telah disahkan oleh pakar yang membuat kajian terhadapnya.

Beliau berkata, rakaman video itu akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat manakala siasatan kini di peringkat akhir – Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...