expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Thursday, April 28, 2011

Pendapatan Presiden Barrack Obama Merosot


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan isterinya memperoleh pendapatan sebanyak AS$1.7 juta (RM5 juta) pada tahun lalu, satu kejatuhan besar berbanding 2009 ekoran penurunan jualan buku beliau.

Obama dan isteri, Michelle dilaporkan memperoleh pendapatan kasar sebanyak AS$1,728,096 (RM5,236,994) untuk 2010, mengalami penurunan daripada AS$5.5 juta (RM16.6 juta) pada 2009.

Walaupun gaji beliau sebagai Presiden AS ialah sebanyak AS$395,000 (RM 1.2 juta) setahun, tetapi kebanyakan pendapatan Obama datang daripada hasil penjualan buku beliau, kata jurucakap White House, Jay Carney dalam satu kenyataan.

Obama memperoleh sebanyak AS$1.38 juta (RM4.2 juta) pada 2010 hasil jualan buku The Audacity of Hope, Dreams From My Father dan Of Thee I Sing: A Letter to My Daughters. Jualan buku itu, bagaimanapun mengalami penurunan daripada hampir AS$5.2 juta (RM15.8 juta) yang diperolehi pada 2009.

Bagi buku kanak-kanak Of Thee I Sing yang diterbitkan pada tahun lalu, Obama berjanji untuk mendermakan hasil jualan buku itu selepas ditolak cukai kepada dana biasiswa Fisher House untuk kanak-kanak dan tentera AS yang kurang upaya.

Pada 2008, pendapatan beliau berjumlah AS$2.6 juta (RM7.9 juta).

Obama dan sekutu beliau dalam Parti Demokrat, baru-baru ini terlibat dalam perdebatan dengan Parti Republikan, parti yang menguasai Dewan Perwakilan AS, mengenai peningkatan kadar cukai ke atas rakyat AS yang kaya.

Beliau turut mengulangi kesediaannya untuk membayar cukai tinggi untuk menjadi contoh kepada rakyat kaya AS ketika kerajaan mengalami defisit belanjawan yang besar.

Pada 2010, Obama dan isteri membayar lebih AS$500,000 (RM1.5 juta) cukai kepada kerajaan persekutuan dan negeri.

Menurut White House, beliau turut menyumbang sebanyak AS$245,000 (RM742,472) atau 14 peratus daripada pendapatannya kepada 36 badan amal pada 2010.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...