expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Sunday, March 31, 2013

Kanak-Kanak Zaman Dahulu vs. Sekarang





Bandingkanlah situasinya, kanak-kanak zaman dahulu bila main, main secara fizikal, kanak-kanak zaman kini, main game secara 'maya', macam manalah agaknya, tahun-tahun lagi hadapan?


Saturday, March 30, 2013

Hidangan Ngeri Menyerupai Bayi






Baru-baru ini, terdapat beberapa idea baru yang pelik lagi mengerikan yang mana hidangan seperti kek dan daging dihasilkan dengan menggunakan konsep bayi. Hidangan yang benar-benar kelihatan seperti bayi betul lantas membuatkan kami berasa sedikit ngeri. Sebab apa hidangan tersebut dihasilkan dengan konsep sedemikian, tiada siapa yang tahu. Apa yang kami berharap adalah supaya tiada bayi sebenar digunakan ataupun dicederakan sepanjang pembikinan makanan tersebut.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa ini semua hanyalah idea artistik semata-mata, tetapi apa yang pasti hasilnya memang memberikan efek yang menakutkan!

Beza Stalker & Secret Admirer




Hahahha, betulke nie?


Pelakon Filem Harry Potter Meninggal Dunia




Aktor Richard Griffiths (gambar) yang berlakon dalam siri filem Harry Potter meninggal dunia pada usia 65 tahun, kata seorang ejennya semalam.


Menurut ejennya, Simon Beresford, Griffiths disahkan meninggal dunia kelmarin akibat komplikasi jantung selepas dia menjalani pembedahan di Hospital Universiti Coventry, tengah England.

Dia yang memegang watak Vernon Dursley yang merupakan bapa saudara Harry Potter lakonan Daniel Radcliffe muncul dalam lima siri filem itu.

Griffiths turut dikenang oleh para peminatnya menerusi watak Uncle Monty dalam filem tahun 1987, Withnail & I.

8 Ujian Wajib Lelaki







SOALAN:
Saya lelaki berumur 50 tahun dan setakat ini tidak mempunyai sebarang penyakit. Boleh doktor terangkan jenis pemeriksaan kesihatan yang bersesuaian boleh saya jalani untuk memastikan tahap kesihatan saya sentiasa baik?

Friday, March 29, 2013

Kenyataan Balas Pasaraya NSK Selayang Isu Jual Daging Khinzir Segar





NSK Selayang menafikan ada daging khinzir dijual di premis berkenaan seperti mana dakwaan pemilik akaun sebuah laman sosial menerusi gambar yang sebarkan.

 Pemilik laman sosial memaparkan imej yang didakwa daging babi

Wakil Bahagian Sumber Manusia NSK Selayang, Siti Afilah Che Min berkata, tiada daging babi segar dijual di premis berkenaan sebalik ia terdapat dalam produk tin sahaja.

Gambar Bayi Lelaki Irma Hasmie, Tahniah!





Sebentar tadi, menerusi akaun Twitternya, suami Irma Hasmie iaitu Redza Syah telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak pertama mereka. Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan ini.




Beri Nama Panjang Pada Anak Trend Masa Kini





Nama seperti Amanda Natasha Nur Rania Alya, Meor Muhammad Azrai Tufail, dan Sharifah Nur Arissa Zulaikha Damia adalah antara nama panjang kini menjadi pilihan sesetengah ibu bapa apabila mendaftar anak mereka yang baru lahir.


Nama itu semacam berselirat bila kebetulan nama bapa juga panjang seperti Muhammad Haikal Shafiq al-Amin.

Thursday, March 28, 2013

Macam2, Syarikat Tawar Perkhidmatan Untuk Menangis di Majlis Pengebumian





Keluarga yang dilanda kesedihan ketika kematian orang tersayang dan merasakan tidak ramai yang meratapinya ketika upacara pengebumian kini boleh mendapatkan khidmat profesional untuk berbuat demikian.


Semakin ramai mendapatkan khidmat mereka dengan bayaran 45 pound (RM210) untuk upacara pengebumian selama dua jam. Mereka akan menangis selain turut berbicara dengan rakan si mati. Amalan itu bermula di Asia Barat dan China, tetapi ia kini kian popular di Britain.

Sunday, March 24, 2013

Anak Potong Kemaluan Bapa Sendiri di Kerteh, Terengganu





Akibat terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajari menerusi internet, seorang anak sanggup memotong kemaluan bapanya sebelum bertindak memotong kemaluannya sendiri di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, di sini awal hari ini.
 

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di ibu negara turut bertindak memaksa abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri.


Saturday, March 23, 2013

Komputer Pertama di Dunia Dengan Kapasiti 2000 Bilion Operasi Sesaat





Pengeluar minyak utama Perancis, Total semalam melancarkan sebuah adi komputer yang dapat membantu mencari minyak mentah 15 kali ganda lebih pantas berbanding sebelumnya.


Mesin tersebut yang dinamakan Pangea telah membantu menganalisis simpanan minyak di Kaombo, Angola dalam tempoh cuma sembilan hari

Sebelum ini, masa empat setengah bulan diperlukan untuk proses cari gali sama menggunakan adi komputer sebelumnya.

Friday, March 22, 2013

Gadis Korea Ini Suntik Minyak Masak ke Wajah Kerana Ketagih Plastik Surgery





Wanita asal Korea Selatan ini pertama kali menjalani operasi plastik saat usianya 28 tahun. Selama beberapa tahun, Mioku terus melakukan bedah plastik untuk mengubah bentuk wajahnya. Malah pernah satu ketika dia menyuntik minyak masak ke wajahnya.


Inilah Foto yang Pernah Dilihat oleh Semua Orang di Dunia Ini





Foto memang selalu menarik untuk dilihat, apalagi jika foto itu memang terlihat hebat. Tapi tahukah kamu, foto apa yang pernah dilihat oleh semua orang di seluruh dunia?? Ada yang tahu?? Jawapannya adalah foto ini....


Sudah pada tahu itu foto apa? Hahaha... itu adalah foto wallpaper yang menjadi andalan dari OS Windows XP. :D

Diambil oleh seorang fotografer bernama Charles O'Rear, foto berjudul 'Bliss' ini menjadi foto yang pernah dilihat oleh hampir setiap orang dari penjuru dunia, yakni telah dilihat oleh lebih dari 1 billion orang (walau tak ada penelitian khusus) sejak rilis awalnya di tahun 2001.

Najwa Latif Wakilkan Kakak Ambil Result SPM Sebab Tertekan





Penyanyi remaja popular, Najwa Latif, mencatatkan keputusan 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.


Namun, bekas pelajar aliran sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Temenggong Ibrahim, di sini, itu tidak hadir untuk mengambil salinan keputusan peperiksaan berkenaan.

Sebaliknya, kakaknya, Iqhwatul Syafika, 24, yang muncul mewakili artis terbabit, kira-kira jam 10.45 pagi.

 Ketika dihubungi petang semalam, Najwa, 18, berkata dia meminta kakaknya mengambil keputusan berkenaan kerana berasa cukup tertekan. Penyanyi ini turut menafikan dirinya kecewa dengan keputusan itu sehingga tidak sanggup untuk berbuat demikian.

Ceraikan Suami Kerana Anu Kecil





Seorang wanita menceraikan lelaki yang dikahwininya empat tahun lalu kerana kemaluannya kecil.


Wanita itu, kakitangan kerajaan, Zhang berkata, bekas suaminya gagal menunaikan janji untuk mengadakan seks tiga kali seminggu.

Thursday, March 21, 2013

Result SPM: Najwa Latiff Dapat 4A





Penyanyi, Najwa Latiff, 18, yang popular dengan lagu "Muka Buku" dan "Kosong" memperoleh 4A daripada 10 mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.


Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, di sini bagaimanapun tidak hadir untuk mengambil slip keputusan peperiksaannya.

YouTube Catat 1 bilion Pengunjung Dalam Sebulan





YouTube berkata lebih 1 bilion pengunjung dicatatkan melayari laman video dalam talian itu setiap bulan bagi menonton sebarang klip video menarik termasuk adegan pergolakan sosial di seluruh dunia.


Pengumuman berkenaan menandakan satu lagi pencapaian kepada evolusi YouTube sejak ia dilancarkan pada 2005 hingga menjadi platform paling berpengaruh dalam landskap media hari ini.

Padah Makanan Segera Barat





Mereka yang sering menikmati hidangan burger, kentang goreng dan makanan segera ala-Amerika Syarikat lain berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis dan jantung yang membawa risiko maut, menurut hasil kajian antarabangsa.



Pada masa sama, hasil kajian itu yang disiarkan dalam jurnal Circulation menyebut bahawa makanan segera tempatan atau rantau Asia seperti mee atau ‘dumpling’, tidak memberi risiko yang sama.

Disebabkan fenomena globalisasi, makanan segera ala-Amerika kini menjadi sesuatu yang biasa bagi kebanyakan penduduk di Asia Timur dan Asia Tenggara. Kajian dilakukan terhadap lebih 60,000 penduduk Singapura berketurunan Cina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...