expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Wednesday, September 28, 2011

70 Peratus Syarikat Ada Sijil Halal Milik Bukan Bumiputera



Syarikat bumiputera perlu menggandakan usaha untuk memohon sijil halal memandangkan 70 peratus daripada syarikat yang memiliki pengiktirafan tersebut adalah milik bukan bumiputera.


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan daripada 4,787 syarikat yang mempunyai sijil halal, hanya 1,436 atau 30 peratus merupakan syarikat bumiputera.

''Usahawan bumiputera perlu serius dalam soal ini, pelaburan dalam mendapatkan pengiktirafan halal adalah berbaloi kerana ia menjanjikan pulangan tinggi.

''Di Malaysia sahaja industri halal dianggarkan bernilai RM5.6 bilion setahun manakala nilainya di peringkat global mencecah RM7.5 trilion hingga 8.1 trilion," katanya.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, penguasaan usahawan tempatan dalam pasaran makanan halal dunia masih rendah berbanding negara pengeluar makanan seperti Australia, New Zealand, Thailand dan Brazil.

''Kita bagaimanapun cuba meneroka sektor halal bukan makanan seperti kosmetik dan farmaseutikal, ini merupakan sektor baru yang kita pelopori dan mendahului negara lain," katanya.

Sunday, September 25, 2011

Cahaya Ganjil di Langit London





Satu rakaman video yang dirakamkan oleh seorang penduduk menunjukkan beberapa cahaya ganjil berbentuk bulat bergerak dengan laju di langit bandar raya London.


Imej itu menunjukkan cahaya tersebut bergerak di atas bangunan Perbadanan Penyiaran British (BBC) di London Barat.

Rakaman itu boleh dilihat di laman YouTube yang menunjukkan seorang lelaki sedang merakamkan cahaya ganjil tersebut menerusi telefon bimbit berkamera.

Dalam rakaman itu terdapat lima cahaya ganjil yang kecil bergerak dengan laju yang dilihat oleh beberapa orang di tepi bangunan di bandar raya ini.

Imej Bandar Ganjil di Kaki Langit





Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar Huanshan, China.


Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.

Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap.

Thursday, September 15, 2011

Sebelah Wajah Budak Lelaki Dipenuhi Bulu



Seorang budak lelaki membuatkan doktor-doktor bingung kerana sebelah wajahnya yang dipenuhi bulu.


Sebelah wajah An Qi, 8, ditumbuhi bulu sejak dia dilahirkan tetapi bulu pada wajahnya itu semakin panjang apabila umurnya meningkat. An Qi yang menetap di sini, Wilayah Jilin berkata, dia sedih mengenangkan keadaan dirinya yang kerap menjadi mangsa ejekan rakan-rakan sekelas.

Ayahnya, An Fenglin, meninggal dunia ketika An Qi berusia empat tahun manakala ibunya, Fan Chunfeng pula diserang sakit mental. Dia kini tinggal bersama datuk dan neneknya.

Namun, nasib kanak-kanak malang itu bakal berubah tidak lama lagi selepas sebuah hospital tempatan menawarkan pembedahan percuma untuk membuang rambut lebat yang memenuhi sebelah wajahnya.

Wednesday, September 14, 2011

Pemilik Taman Tema LegoLand Dikejutkan Dengan Kereta Volvo Versi Lego



Pemilik taman tema Legoland, Peter Ronchetti, terkejut apabila mendapati ruang letak kereta mewahnya berisi dengan ‘kereta’ diperbuat daripada bahan mainan Lego.


Ketika Ronchetti melihat rekaan menyerupai kereta Volvo XC60 miliknya itu, dia tergamam kerana tidak menyangka menjadi mangsa gurauan rakannya, Tim Petsche.

Untuk membina kereta Lego itu, Petche menggunakan 200,000 kepingan Lego untuk mengisi tempat letak kenderaan Ronchetti.

Tuesday, September 13, 2011

Padah Seks Ganas Guna Teknik Jepun ‘sado-masochist’




Seorang lelaki berusia 42 tahun didapati bersalah membunuh seorang pelajar perempuan ketika mengadakan hubungan seks.


Soter Mule telah mengikat Paola Caputo, 24 dengan seorang wanita yang lain ketika melakukan hubungan seks teknik Jepun yang dikenali sebagai ‘sado-masochist’ atau “shibari”.

Mule, seorang jurutera, pada mulanya ditahan kerana membunuh tetapi pihak berkuasa di Rome percaya yang Paola dan kawannya memberi kebenaran untuk mengadakan seks itu.

Friday, September 9, 2011

Pelawat Seksi Dilarang Jumpa Banduan




Pelawat berpakaian seksi hanya dibenarkan bertemu banduan penjara New York jika mengenakan kemeja- T hijau besar disediakan pihak berkenaan sebagai sebahagian daripada peraturan baru dilaksanakan di situ.


Menurut kenyataan Jabatan Penjara, peraturan di Penjara Pulau Rikers itu dilaksanakan untuk mengekalkan persekitaran “mesra keluarga” di pusat tahanan berkenaan.

Untuk melaksanakan kod berpakaian itu, penjara terbabit membeli kira-kira 750 baju hijau terang - semuanya bersaiz XXL - bagi mengelak bentuk tubuh pemakainya dilihat banduan.

Wednesday, September 7, 2011

Racun Semut Disangka Air Sirap Pandan

 
 
 
Seorang wanita nyaris maut apabila terminum racun semut yang dibancuh oleh suaminya dalam cawan di rumah mereka di Kampung Rambutan Rendang di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, Norhafizah Badli Afendi, 27, dikatakan terus menggelepar sebelum rebah tidak sedarkan diri sejurus terminum racun yang disangkakan sirap pandan tersebut.

Bagaimanapun mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil selepas dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.


Suaminya, Mat Din Yusof, 27, berkata, dia membancuh racun itu disebabkan serangga tersebut terlalu banyak dalam rumahnya sehingga menggigit anak kecilnya, Shafira Aishah yang berusia 11 bulan. Katanya, dia membancuh racun tersebut setelah anaknya menjerit digigit semut dan ketika itu isterinya masih tidur.

Monday, September 5, 2011

Bunuh Gadis Demi Sarapan Percuma




Seorang pelajar didakwa membunuh bekas teman wanitanya selepas dijanjikan sarapan percuma. Rebecca Aylward, 15, ditemui mati dengan kesan pukulan di kepala pada Oktober tahun lalu.


Peguam, Greg Taylor, berkata kejadian itu berlaku beberapa minggu selepas tertuduh, 16, bertaruh dengan rakannya untuk melakukan perbuatan kejam berkenaan. Katanya, jika tertuduh sanggup membunuh Rebecca, rakannya itu akan membelikannya sarapan.

Dalam keterangan di Mahkamah Swansea semalam, tertuduh dikatakan mempengaruhi Rebecca supaya datang ke kawasan hutan terpencil berhampiran Bridgend, selatan Wales.

Untuk mengelakkan dikesan, Rebecca diminta menipu dengan memberitahu ibunya kononnya dia bertemu seseorang yang lain. Bagaimanapun, Rebecca memberitahu ibunya bahawa dia diminta bertemu dengan tertuduh.

Sunday, September 4, 2011

Bersungguh-Sungguh Mahu Jual Dara Untuk Beli iPhone 4


 
 
Remaja di China begitu serius dan bersungguh-sungguh untuk produk Apple yang mahal hingga sanggup menggadai maruah diri.


Akhbar Korean Herald memetik Biznewschina sebagai melaporkan seorang remaja ‘jiulinghou’ (merujuk kepada mereka yang lahir pada 1990-an) menulis dalam Weibo – versi Twitter China – bahawa dia mengimpikan mahu memiliki iPhone 4 sendiri tetapi tidak dibenarkan bapanya.

Beliau kemudian memutuskan untuk menjual daranya kepada seseorang yang boleh membelikannya peralatan telefon bimbit itu.

Remaja Guangdong itu turut menyiarkan gambarnya bersama maklumat peribadi dengan menyatakan beliau sanggup menjual daranya kepada sesiapa yang membelikannya iPhone 4.

Saturday, September 3, 2011

Budak Tersangkut Pada Palang Tingkat 3 Bangunan





Kepala seorang budak perempuan berumur empat tahun tersangkut di celah palang besi di bawah tingkap di tingkat tiga sebuah apartmen di Tengzhou, utara China.


Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, budak itu tersangkut selama 20 minit sebelum dia diselamatkan oleh beberapa anggota polis.

Pada mulanya, seorang anggota polis itu berdiri di atas alat pendingin hawa dekat dengan budak tersebut selepas dia memanjatnya dengan menggunakan tangga. Namun, anggota polis itu, Zhao Liancheng gagal untuk menariknya keluar.

Liancheng berkata: "Pihak kami (polis) menghubungi ibu bapa budak itu untuk pulang ke rumah dengan serta- merta."

Ibu bapa budak itu tiba 10 minit kemudian dan beberapa anggota polis memasuki apartmen untuk menarik dia dari tingkap.

Bapa budak itu menyatakan dia dan isterinya keluar rumah untuk bekerja menyebabkan anaknya tinggal berseorangan. Menurutnya, anaknya bertuah kerana jiran-jiran dapat mengetahui kejadian itu.

Budak itu dipercayai terjatuh selepas dia melihat pemandangan dari tingkap tersebut.

Gambar Majlis Perkahwinan Ashraf Muslim dan Dayana di Mekah




Tanggal 1 Syawal baru-baru ini, Ashraff Muslim telah pun selamat bergelar suami kepada Dayana. Majlis pernikahan mereka telah dijalankan secara ringkas di Mekah. 


(GAMBAR) Jurukamera BERNAMATV, Noramfaizul Mohd Nor Maut Ditembak di Somalia


 
 
Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.

Noramfaizul terkorban

Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya, yang turut serta dalam misi itu berkata, dalam kejadian 10.30 malam waktu Malaysia itu, Noramfaizul bersama rakan media elektronik menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya.

"Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada 11.07 malam waktu Malaysia," katanya.
Waktu Malaysia lima jam lebih awal daripada Mogadishu.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media membuat liputan berita tetapi tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini - Bernama

Friday, September 2, 2011

Kejam! Seorang Ibu Bakar Anaknya Yang Cacat




Seorang ibu disyaki membakar bayinya berusia dua bulan yang cacat teruk. Suceli Ardon didakwa meletakkan anaknya dalam plastik sampah sebelum menyimbah petrol dan membakarnya hidup-hidup.


Bagaimanapun, wanita berusia 26 tahun itu mendakwa, anak perempuannya itu sudah mati akibat memakan terlalu banyak ubat penahan sakit. Namun, bedah siasat peringkat awal menunjukkan bayi itu masih hidup ketika dia dibakar selepas asap dikesan dalam paru-parunya.

Pendakwa raya di Reno berkata, mereka akan memfailkan tuduhan membunuh sebaik menerima laporan penuh bedah siasat.

Suceli, ibu tiga anak, ditangkap selepas seorang wanita yang berjalan bersama anjingnya menemui mayat bayinya, Brandy, yang sudah rentung, Mac lalu. Bayi berkenaan menghidap sindrom Wolf-Hirschhorn, menyebabkan dia cacat teruk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...