Genit dan seksi. Itulah dua perkataan bagi menggambarkan sekumpulan gadis yang menggelarkan diri mereka sebagai Gula-Gula. Melihat kepada penampilan lincah mereka itu , persepsi pertama tentulah mereka persis kumpulan muzik K-Pop, Wonder Girls.
Semua mereka hanya tertawa mendengar komen itu - tidak menafi atau mengiyakan - namun mengakui mereka memang memperjuangkan genre muzik K-Pop versi tempatan.
Anak-anak didik pemuzik dan komposer Hadi Hassan ini berkata, mereka bergabung sejak enam bulan lalu melalui satu uji bakat anjuran syarikat Eight Tones Communications Sdn Bhd milik Hadi.
Mengikut kejayaan Wonder Girls dan 4Minute sebagai artis berkumpulan Korea yang sangat popular, Hadi yakin penampilan sulung Gula-Gula sebagai artis rakaman pertamanya mampu mencipta fenomena terbaru.
“Matlamat saya adakan uji bakat selepas melihat banyak penganjur kita membawa ramai artis K-Pop mengadakan persembahan di KL. Pernah satu hari, ketika saya di sebuah kedai, terdengar beberapa remaja berbincang bagaimana mahu menyaksikan persembahan artis Korea yang mahal harga tiketnya. Keadaan itu membuatkan saya terpanggil mencungkil bakat baru yang membawa konsep sama, K-Pop. Uji bakat diadakan sejak September lalu dan lebih 200 peserta mencuba nasib.
“Pemilihan enam anggota ini pada Disember berdasarkan pakej iaitu mereka bukan saja mempunyai rupa dan boleh menyanyi dan menari serta mampu memberi sepenuh komitmen,” katanya.
Akui Hadi, aspek disiplin dalam melatih anggota terbabit ditekankan. Mereka dilatih kelas vokal dan menari lima kali seminggu yang mengambil masa dari jam 10 pagi hingga lewat pagi.
“Saya disiplinkan juga aspek berat badan. Setiap hari mereka ditimbang dan jika berat bertambah, mereka didenda belanja makan dan direkod dalam buku hutang! Sebagai artis, imej sihat dan bersih perlu dijaga. Begitu juga, mereka dilatih senyum selama dua jam setiap hari agar bersedia apabila beraksi.
“Saya memang serius melatih mereka dan saya percaya artis yang dapat bertahan lama dalam industri adalah kerana aspek disiplin diri yang kuat. “Adanya ilmu dalam diri, mereka akan jadi kental. Penampilan diri penting termasuk belajar vokal dan teknikal agar bakat mereka tidak diperlekeh,” katanya.
Kenali Ahli Kumpulan Gula-Gula:
1. Erwina
2. Joy
3. Meimei
4. Chacha
5. Achie
Seorang anggotanya, Erwina dari Kota Belud, Sabah, berkata dia bersemangat berlatih dan menyanyi bersama anggota kumpulan lain walaupun persahabatan mereka hanya bermula enam bulan lalu.
Bakal bergelar graduan Diploma Muzik pada Mei ini, dia percaya pembelajaran muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini banyak membantu meningkat kemahiran dan persembahan diri untuk berada di pentas.
“Saya boleh bermain piano dan ada belajar asas mengubah lagu. Mungkin suatu hari nanti, saya merancang untuk mencipta lagu untuk kumpulan kami,” katanya.
Rozalia Siteo atau mesra dipanggil Achie, pula berkata, latar belakang akademik dan minat pada nyanyiannya berbeza. Bakal menamatkan pengajian Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan di satu kolej swasta dalam tempoh dua minggu lagi, dia berasakan akademik masih diutamakan.
Berkongsi tarikh lahir sama dengan Achie iaitu Nurfarahin Mohamad Khosaini atau Rara pula mencelah, aspek belajar vokal banyak memberi manfaat padanya walaupun pernah mempunyai pengalaman menyanyi di pentas sejak usia enam tahun.
Katanya, sepanjang mengikut latihan bersama Hadi, setiap anggota juga bebas berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai muzik.
“Soal seksi ia tidak menjadi masalah asalkan penampilan itu tidak melampaui batas. Apa yang saya harapkan, masyarakat dan peminat dapat menerima kehadiran kami,” kata graduan Diploma Komunikasi dan Media ini.
Nooraishah Ibrahim atau Chacha menyatakan dia berasakan perubahan diri ketara dari aspek disiplin diri apabila memberi fokus sepenuhnya pada nyanyian.
“Kami seperti adik-beradik yang saling membantu dan memberi semangat untuk bekerja keras hingga berjaya,” katanya.
Kumpulan itu turut dianggotai Joyce Antonius (Joy), dan gadis kacukan Cina, Thailand dan Kadazan Dusun, Jenny Lim Mei Mei atau Mei Mei.
baru je terjah page dorang td..
ReplyDeleteno komen lah pasal dorang o.q!
hmm.. nape la nk tiru budaya korea.. suke korea tpi tk suka yg meniru.. originality first
ReplyDeletedorang dh ada lagu ke? nk nk
ReplyDeleteburukk
ReplyDeletetak disangkai....
ReplyDeletegula-gula kononnya macam Girls generation (GG)
ReplyDeletetunggu berapa lama mereka mampu bertahan dalam industri hiburan malaysia
ReplyDelete“Soal seksi ia tidak menjadi masalah asalkan penampilan itu tidak melampaui batas"(sebelom cakap paham betoi2 duluu! mungkin pakai seluar ats lutut tuu tak melampaui? ermmm
ReplyDeletemak aih, aurat ............
ReplyDeleteHmm.Over la pulak.Diorang ni Islam ke tak?Kalau Islam tu,buat mcm Islam.Muka xde la cantik sgt,dah ade lagu keluar ke?Xde kan?Xyah nk tarik perhatian lelaki or spe2 dgn memakai pakaian yg tak senonoh lgsung tu.Geli kite tengok.Euww !
ReplyDelete