expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Sunday, July 31, 2011

TAKZIAH! Khairul Fahmi Che Mat (a.k.a Apek) Putus Tunang Dengan Elia (Jejariruncing)




Isu mengenai hubungan pertunangan mereka mengalami masalah mula tersebar beberapa hari (mungkin minggu) lepas sebelum perlawanan Malaysia vs Singapura. Nasib baik Apek masih mampu fokus pada perlawanan itu.

Apa yang terpendam akhirnya terburai dan Apek,22, telah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan beliau dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Berikut merupakan penjelasan Apek dipetik dari HMetro mengenai isu yang heboh disebarkan melalui internet dan keputusan memutuskan pertunangan.

“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA(METRO AHAD) kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Wednesday, July 27, 2011

Gambar Pesawat Airbus A380 Dipanah Petir Dirakam




Sebuah pesawat penumpang syarikat penerbangan Emirates dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang membawa 500 penumpang dipanah petir di bahagian bumbung sebelum ia selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow.


Bagaimanapun, petir yang mengalir melalui bumbung depan pesawat, Airbus A380 itu tidak memberi kesan terhadap keselamatan pesawat dan penumpangnya.

Keadaan itu berlaku kerana badan pesawat itu diperbuat daripada logam yang bertindak sebagai penebat.

Tuesday, July 26, 2011

Gambar Semut Api Berdiri Sebelah Kaki




Seorang jurugambar Indonesia, Robertus Agung Sudiatmoko merakamkan gambar seekor semut api berdiri dengan hanya menggunakan satu kakinya.


Robertus, 29, merakamkan aksi yang jarang dilihat itu dengan menggunakan sebuah kamera Canon 40D apabila dia melihat sekawan semut api melintas berhampirannya di sebuah kampung di sini, Jawa Barat.

Banyak gambar menarik serangga itu yang dapat dirakamkan tetapi imej paling menakjubkan adalah aksi seekor semut tersebut yang berdiri dengan menggunakan satu kaki belakang selama 30 saat seperti ia sedang menari pada September lalu.

Budak Magnet Dari Croatia Yang Mengagumkan



Seorang budak berusia enam tahun, Ivan Stoiljkovic yang tubuhnya berfungsi seperti magnet kerana logam boleh melekat pada tubuhnya dipercayai mempunyai kuasa menyembuhkan beberapa penyakit.


Menurut keluarganya, Ivan sebelum ini berjaya menyembuhkan sakit perut datuknya dengan menggunakan tangannya.

Datuknya, Ivo berkata, apabila cucunya itu meletakkan tangan di perutnya yang sakit, dia berasa panas sebelum kesakitan tersebut hilang.

Dia juga berjaya melegakan seorang jirannya yang cedera di kaki selepas terlibat dalam kemalangan traktor.
Ivan sebelum ini terkenal kerana barang logam seperti sudu, telefon bimbit dan periuk akan melekat pada tubuhnya apabila dia menanggalkan baju selain barang logam seberat 25 kilogram turut melekat pada tubuhnya.

Monday, July 25, 2011

Hebat! Hantar Dadah Guna Lastik Gergasi



Penyeludup-penyeludup dadah di Mexico mempunyai lastik gergasi yang diperbuat daripada kayu untuk membaling dadah melepasi sempadan Amerika Syarikat (AS).


Pasukan Pengawal Kebangsaan AS yang mengendalikan sistem kamera kawalan jauh di Stesen Kawalan Sempadan Naco di negeri Arizona AS, menyatakan, mereka memerhatikan beberapa orang menggunakan sebuah mesin lastik untuk membaling beberapa pakej dipercayai ganja, melepasi sempadan pada minggu lalu.

Mereka kemudian menghubungi pasukan tentera Mexico yang melakukan satu serbuan ke lokasi tersebut yang menemui sebuah lastik gergasi setinggi 2.7 meter.

Seorang pegawai tentera berkata, lastik itu berupaya membaling ganja seberat dua kilogram sejauh beberapa ratus.

Sebanyak 15.87 kilogram ganja, sebuah kenderaan selain lastik gergasi itu dirampas askar-askar Mexico manakala para penyeludup itu berjaya melarikan diri.

Friday, July 22, 2011

Lelaki Nyaris Jadi Sajian Kanibal



Seorang kanibal berjaya ditahan polis selepas ‘tetamu sajian malam’ lelaki terbabit menukar fikiran di saat-saat akhir dan memaklumkannya kepada polis, kata pihak berkuasa.


Menurut sumber, ‘tetamu’ berasal dari Switzerland - berhubung dengan lelaki terbabit selepas menjawab iklan dipaparkannya dalam Internet.

Melalui iklan itu, lelaki berusia 43 tahun terbabit mencari seseorang yang rela dibunuh dan dimasak mayatnya untuk dimakan.

“Pada mulanya lelaki Switzerland itu menyangka tawaran berkenaan hanyalah permainan fantasi ngeri.

“Bagaimanapun, apabila dia berbual sendiri dengan suspek melalui telefon, dia menyedari ia lebih daripada sekadar permainan,” katanya.

Menyedari lelaki Slovakia itu benar-benar serius mahu mencari seseorang untuk dibunuh, ‘tetamu’ terbabit segera menghubungi polis di negaranya.

Thursday, July 21, 2011

Lega Nafsu Dengan Tangan (Onani)



Dipetik dari Harian Metro...

Soalan: Saya sudah berumahtangga selama 15 tahun dan selama itu juga saya melakukan onani kerana isteri tidak pandai melegakan nafsu saya dengan tangannya semasa isteri sedang berhalangan atau tidak bernafsu untuk melakukan hubungan dengan saya.

Isteri tidak keberatan jika saya melakukan onani sambil dia mengghairahkan saya. Saya tahu agama melarang menggunakan tangan sendiri tetapi bagaimana pula jika isteri tidak pandai merangsang dengan tangannya?


HAMPA, Johor Bahru


Jawapan: Secara umumnya, ulama berbeza pendapat berkenaan hukum onani atau mengeluarkan mani dengan tangan sendiri. Ada yang menghukumnya sebagai haram, makruh dan harus berdasarkan alasan dan konteks tertentu.

Misalnya, kalangan ulama Shafie dan Hanafi mengharamkan perbuatan berkenaan sekiranya hanya sekadar untuk mencari kepuasan. Ini kerana ia dianggap sebagai tidak menjaga kemaluan.

Wednesday, July 20, 2011

Lelaki Tanpa Wajah Dapat Muka Baru





Seorang lelaki, Dallas Wiens yang menjadi lelaki pertama di Amerika Syarikat (AS) menerima pembedahan pemindahan muka penuh mendedahkan muka barunya kepada dunia buat pertama kalinya dalam rancangan Good Morning America terbitan ABC.


Lelaki berusia 25 tahun itu mengalami kecacatan wajah selepas mukanya terbakar dalam satu kemalangan kabel elektrik berkuasa tinggi pada 2008.

Dia menjalani pemindahan muka itu di Hospital Brigham dan Wanita di Boston dengan melibatkan lebih 30 doktor, jururawat dan pakar bius pada bulan Mac lalu.

Bagi Wiens, merasai semula ciuman anak perempuannya adalah pencapaian yang paling bermakna. Kini, dia sudah boleh menunjukkan wajahnya kepada anak perempuannya, Scarlett yang berumur tiga tahun.

Tuesday, July 19, 2011

Gunung Berapi Hambur Batu Sebesar Lori




Gunung berapi Tungurahua di Ecuador menghamburkan batu berapi sebesar lori sejauh lebih satu kilometer dalam satu letusan kuat yang menyebabkan lebih 300 penduduk lari meninggalkan rumah mereka, demikian menurut pihak berkuasa.


Sekolah-sekolah ditutup untuk hari ketiga berturut-turut semalam selepas awan debu melitupi berpuluh-puluh pekan sekitar gunung berapi setinggi 5023.1 meter itu yang terletak sekitar 134 kilometer dari ibu kota Equadaor di sini.

"Batu paling kecil sebesar kereta, manakala yang terbesar menyamai saiz sebuah lori," kata seorang saintis, Silvana Hidalgo yang memantau gunung berapi itu.

Monday, July 18, 2011

Risalah Peraturan Bola Sepak Pertama Dilelong



Kelab bola sepak England, Sheffield FC berharap untuk mendapatkan beberapa juta pound sterling menerusi lelongan koleksi arkibnya termasuk risalah peraturan permainan bola sepak pertama di dunia.


Bertulisan tangan, risalah pada tahun 1858 itu dijangka dapat dijual pada harga £1.2 juta (RM5.9 juta) dalam lelongan pada Julai depan oleh firma Sotheby di London.

Ia memperkenalkan peraturan bola sepak yang masih diguna pakai sekarang seperti sepakan percuma dan tendangan sudut.

Sunday, July 17, 2011

Terror Siot! Lelaki Pandu Kereta Bawah Lori



Ini bukan adegan filem tetapi satu realiti. Seorang pemandu mengundang padah dengan memandu kereta sportnya di bawah sebuah treler yang sedang bergerak.


Kereta sport Mazda MX-5 yang dipandu lelaki tersebut menyelinap di bawah treler 18 tayar itu yang bergerak selaju 64 kilometer di sebatang jalan yang sibuk di negeri Florida.

Dia kemudian bergerak keluar dari bawah treler itu dan terus memandu pergi.

"Saya tidak percaya melihat aksinya. Dia mengundang bahaya kepada semua pemandu lain. Kadangkala kebodohan manusia tidak mengenal batasan," kata seorang saksi Ben Ellis yang merakam kejadian itu baru-baru ini.

Thursday, July 14, 2011

Harta Karun Jutaan Dolar Ditemui Di Dasar Laut




Kira-kira 700 duit syiling perak, batu cermin dan barang kemas penduduk Mayan pada era tahun 1500-an ditemui di dasar laut di luar pantai Republik Dominica.


Ia ditemui oleh satu pasukan dari kumpulan pencari harta karun, Deep Blue Marine selepas mereka melakukan tinjauan 67.59 kilometer dari pantai dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

Semasa membuat tinjauan itu, seorang nelayan tempatan menjual kepada mereka satu syiling lama yang ditemuinya semasa menyelam. Anggota-anggota pasukan pencari harta karun itu mendapati ia merupakan antara duit syiling yang paling lama pernah ditemui.

"Kami bercakap kepada lelaki itu jika dia menunjukkan lokasi duit syiling tersebut ditemui, anda boleh bekerja dengan saya," kata Naib Presiden Deep Blue Marin, Randy Champion.

Rogol Amah Dalam Sangkar Merpati




Seorang anggota polis yang ditangkap isterinya ketika mengadakan hubungan seks bersama pembantu rumah warga Indonesia dalam sangkar merpati menafikan tuduhan dilemparkan terhadapnya.


Menurut rekod pihak pendakwa raya, isteri anggota polis itu, warga Uzbekistan mendakwa melihat suaminya menanggalkan pakaian sebelum mendera secara seksual pembantu rumah berusia 25 tahun berkenaan di dalam sangkar merpati di kediaman mereka.

Ketika disoal pendakwa raya, pembantu rumah itu mendakwa dia diperkosa suspek sebanyak 14 kali.

Anggota polis itu didakwa memukul, mencabul dan memperkosa wanita berkenaan selepas mengancam membunuhnya jika dia melaporkan kejadian itu kepada polis. Mangsa juga mendakwa suspek merogolnya ketika isteri lelaki itu menghantar anak mereka ke sekolah.

Wednesday, July 13, 2011

Polis Medan Sediakan Kamar Seks di Lokap



Pihak berkuasa polis di sini berhasrat membina kamar seks di lokapnya bagi memberi peluang kepada tahanan lelaki dan wanita menyempurnakan tugas sebagai suami atau isteri pada pasangan masing-masing.


Ketua Polis Medan, Tagam Sinaga berkata, kamar itu akan dilengkapi televisyen dan dijaga petugas bagi memastikan ia tidak disalahgunakan.

“Bagi tahanan yang ingin menggunakannya, mereka perlu membuktikan bahawa mereka dan pasangan sudah menikah, seperti buku nikah dan kad pengenalan keluarga,” katanya.

Dekan Fakulti Ilmu Sosial dan Politik Universiti Sumatera Utara, Profesor Badaruddin berkata, dengan adanya kamar seumpama itu, sudah pasti tahanan yang mempunyai isteri atau suami tidak terganggu fikiran mereka.

Tuesday, July 12, 2011

Hot! Pelajar UMT Didakwa Hina Lagu Negaraku




Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak, semalam.

"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar.

"Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu," katanya.

Saturday, July 9, 2011

Layanan Istimewa Pihak Polis Kepada Tahanan Bersih 2.0



Jika di sekitar ibu kota, para penyokong perhimpunan haram sama ada Bersih 2.0 atau Patriot perlu berdepan dengan meriam air dan gas pemedih mata sebelum ditangkap oleh polis, namun situasi itu berbeza sebaik sahaja mereka tiba di pusat tahanan sementara dekat sini.

 LAYANAN ISTIMEWA... Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan 
gambar-gambar yang menunjukkan kesemua mereka yang ditangkap diambil keterangan oleh
pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa. Mereka turut
disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan.

Wanita Terkejut Temui Buaya Dalam Rumah




Seorang wanita, Alexis Dunbar terkejut apabila mendapati ada tetamu tidak diundang ketika pulang ke kediamannya di Manatee, Florida, semalam. Tetamu tidak diundang itu adalah buaya berukuran dua meter yang ditemui di bilik tidur tetamu di kediamannya.


Alexis menceritakan insiden yang menggerunkan itu kepada wartawan Bay News 9, Robert Hahn.

“Saya lihat ke sebelah kanan dan mendapati seekor buaya berada dalam bilik tetamu,” ujarnya.

Alexis segera keluar dari rumah tetapi kemudian teringat kepada kucing peliharaan kesayangannya.

“Kucing saya seperti anak saya. Saya bimbang kucing saya sudah dimakan buaya itu kerana terdapat darah merata-rata,” tambahnya.

Namun, ternyata darah itu daripada tubuh buaya berkenaan sama ada ia cedera di luar atau ketika cuba memasuki rumah itu melalui pintu kecil untuk kucingnya. Kedua-dua kucingnya kemudian keluar dari tempat persembunyian mereka.

Petugas Jabatan Haiwan kemudian menangkap buaya itu yang dipercayai datang dari kolam di belakang kediaman Alexis.

Imej Kuntilanak Dirakam Dekat Jambatan Runtuh

Seorang lelaki, Pego Guntoro berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di celah sebatang pokok di sebuah jambatan yang runtuh di Tanjung anom, Indonesia. Gambar itu dirakamkan oleh Guntoro menerusi telefon bimbit berkamera tdak lama dulu. 


Dalam imej tersebut, hantu kuntilanak itu memakai baju labuh berwarna putih, rambut panjang mengurai manakala tangannya tidak kelihatan.

"Jika diperhatikan, ia seperti kuntilanak," kata seorang rakan Guntoro yang hanya mahu dikenali sebagai Ratno.

Menurutnya, semasa gambar itu dirakamkan, Guntoro kelihatan ketakutan dan menghantar imej tersebut kepadanya.

Penduduk di sekitar lokasi jambatan itu mengaku kuntilanak pernah dilihat di kawasan tersebut. Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Agus menyatakan bahawa dia pernah melihat kuntilanak dengan wajahnya yang cukup cantik semasa melintas di atas jambatan itu.

Kuntilanak merupakan hantu yang dipercayai berasal dari ibu hamil yang mati.

Thursday, July 7, 2011

Kelayakan Olimpik: Malaysia diundi bersama Jepun, Bahrain dan Syria




Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Jepun, Bahrain dan Syria bagi pusingan ketiga Zon Asia kelayakan Olimpik London 2012. 


Undian tersebut dibuat pada petang tadi di Ibu Pejabat Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil.

Drama Tebusan 30 murid, 3 guru tadika di Muar Berakhir Selamat

 Tadika Serikids di Muar

Tiga guru dan kira-kira 30 murid tadika dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, dekat sini.

Polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan lelaki itu mendakwa sudah mencederakan seorang budak dah mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan.

Dua wanita dipercayai saudara suspek turut berada di tempat kejadian bagi memujuk beliau melepaskan mangsa dan menyerah diri.

Laporan Bernama sebelum ini menyebut, seorang pakar psikologi dikenali Dr. Lau Keen Lee dikatakan telah berusaha menenangkan lelaki yang dipercayai pesakit mental itu dari luar banglo dua tingkat tersebut. 

Difahamkan antara tuntutan lelaki berusia 30-an itu ialah supaya diberikan sepucuk pistol automatik.

Polis terpaksa melepaskan tembakan pada pukul 3.41 petang dan menyerbu masuk tadika yang menjadi lokasi empat guru dan 30 kanak-kanak di Taman Sungai Abong, di sini yang ditahan sebagai tebusan oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang.


Laporan awal mengatakan semua tebusan selamat dibebaskan manakala suspek cedera parah ditembak di kepala dan dibawa keluar dengan ambulans.

Wednesday, July 6, 2011

Menyedihkan! Tinggal Dalam Pembentung Banjir



Seorang lelaki tinggal di dalam pembentung banjir di Haikou, selatan China.



Lelaki itu, Lao Li memasang lantai papan, pintu dan kusyen dalam pembentung yang sepanjang 1.82 meter.

Bagaimanapun, lelaki itu yang berusia 30 tahun dan masih bujang diusir dari pembentung tersebut.

Seorang pegawai berkata: "Dia akan diberikan sebuah rumah. Kami tidak boleh membenarkan penduduk tinggal di dalam pembentung ."

Penyanyi Taiwan Buat Protes Separuh Bogel



Seorang penyanyi, Lee Mi mencetuskan kekecohan kerana dia melakukan protes separuh bogel di depan pejabat Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou. Tindakan itu dibuat kerana dia mahu membangkitkan kesedaran mengenai kempen keselamatan nuklear.


Dalam protes itu, dia duduk sambil memegang poster yang menutup payu daranya manakala beberapa orang lagi memakai baju berwarna putih. Bagaimanapun, beberapa anggota polis datang dan menghampiri penyanyi berkenaan. Tubuh badan penyanyi itu yang separuh bogel kemudian ditutup dengan sehelai kain oleh anggota-anggota polis wanita.

Tunjuk perasaan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 krisis Chernobyl, Ukraine yang berlaku pada 26 April 1986.

Saturday, July 2, 2011

Pencipta Walkman, Norio Ohga Meninggal Dunia

 
 
Bekas Presiden Sony, Norio Ohga yang mencetuskan revolusi dalam industri muzik dengan memperkenalkan format cakera padat meninggal dunia, pada usia 81 tahun.


Ohga yang merupakan lepasan kolej muzik berkhidmat sebagai Presiden Sony dari 1982 hingga 1995 dan memimpin pengeluar produk elektronik tersebut sehingga menjadi sebuah empayar hiburan yang memiliki portfolio mencakupi muzik, filem dan permainan komputer.

Beliau meninggal dunia akibat kerosakan pelbagai organ badan, menurut Sony.

"Dengan mencorakkan semula Sony menjadi sebuah syarikat yang menggabungkan perkakasan dan perisian, Ohga menempa kejayaan di mana syarikat Jepun lain menemui kegagalan," kata Pengerusi, Ketua Eksekutif dan Presiden Sony, Sir Howard Stringer.

Gadis Ini Pura-Pura Hamil Untuk Projek Sekolah



Setelah mengharungi kehidupan sebagai pelajar sebuah sekolah tinggi dengan kandungan yang semakin membesar, Gaby Rodriguez akhirnya membuat pengakuan mengejutkan - dia sebenarnya tidak pernah hamil.


Rodriguez, 17, membuat pendedahan itu minggu ini semasa menghadiri perhimpunan pagi Sekolah Tinggi Toppenish di sini selepas guru dan rakan sekolahnya menyangka dia telah enam bulan mengandungkan anak luar nikah.

Pelajar berkenaan yang mendapat semua A dalam mata pelajarannya sebaliknya memberitahu, dia berpura-pura hamil untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang bertajuk: Stereotaip, Khabar Angin dan Statistik.

Friday, July 1, 2011

Batu Mistik Selamatkan Penduduk Jepun Daripada Terkena Tsunami




Sebongkah batu setinggi 1.21 meter didakwa menyelamatkan nyawa penduduk kampung di Aneyoshi ketika bencana tsunami melanda Jepun 11 Mac lalu di timur laut Jepun akibat gempa bumi kuat dalam laut.


Padanya, ditulis amaran yang meminta penduduk jangan membina rumah melepasi batu berkenaan kerana mereka mungkin berdepan dengan bencana banjir akibat tsunami.

Penduduk kampung tersebut mematuhi larangan purba itu. Hasilnya, komuniti yang hanya melibatkan 11 buah rumah dan 34 orang penduduk terselamat daripada terkena ombak tsunami.

Aneyoshi terletak di kawasan pergunungan wilayah Iwate yang terjejas teruk dalam bencana tsunami baru-baru ini. Kira-kira 91.4 meter ke bahagian bawah bukit dari batu itu terdapat satu garisan biru dicat di atas jalan. Garisan itu menandakan paras air banjir tsunami pernah sampai pada takat tertingginya iaitu 38.8 meter.

Raifal AK-47 diperbuat daripada kristal



Kristal mewah Swarovski sinonim dengan barang kemas, ukiran elegan dan candelier tetapi seorang pengukir, Nicola Bolla, menggunakan kristal tersebut untuk menghasilkan pelbagai arca yang menakutkan.


Menerapkan tema kematian, sebanyak 15 arca yang dihasilkan pengukir terkenal berusia 47 tahun itu termasuk raifal AK-47, tengkorak, tulang rusuk dan tulang paha dipamerkan kepada umum sempena Minggu Seni Reka Milan.

Dia menjadi popular kerana menggunakan bahan yang mewah dan cantik termasuk berlian untuk menghasilkan pelbagai objek termasuk mangkuk tandas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...