expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Thursday, March 31, 2011

Jimmy Choo Beli Semula Jenama Kasut Mewah 'Jimmy Choo' ?



Pereka jenama kasut mewah Jimmy Choo telah bersedia untuk membeli semula kepentingan 50 peratus jenama kasut terkenal yang telah melonjakkan namanya.


Pada tahun 2001, Choo menjual separuh daripada kepentingan syarikat dan ia telah dibeli oleh pemilik sekarang iaitu sebuah syarikat pelaburan Britain, TowerBrook Capital Partners pada tahun 2007 dengan harga yang diwar-warkan AS$284 juta ($275.9 juta). TowerBrook kini berhasrat untuk menjual kepentingan Jimmy Choonya itu.

Baki lagi separuh dimiliki oleh bekas editor aksesori dan Ketua Pegawai Kreatif Vogue Britain, Tamara Mellon yang telah mengembangkan jenama itu ke 110 gedung seluruh dunia, berbanding 77 ketika TowerBrook membuat belian itu.

Tuesday, March 29, 2011

Britney Spears Mahu Saingi Lady Gaga


Bintang pop, Britney Spears kini menghadapi persaingan dengan kemunculan penyanyi lain seperti Lady Gaga, Katie Perry dan Rihanna.

Penyanyi yang berusia 29 tahun itu mengejutkan peminat semasa dia membuat persembahan bagi mempromosikan album terbarunya, Femme Fatale di Auditorium Sivik Bill Graham di sini kelmarin apabila penyanyi tersebut menyarung pakaian ketat hitam yang biasa dipakai oleh Lady Gaga.

Ibu dua cahaya mata itu yang memulakan persembahan dengan menyanyikan lagu popularnya, Hold It Against Me duduk di sebuah kerusi dalam keadaan seksi sambil diapit oleh penari lelaki sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Monday, March 28, 2011

Zul Huzaimy, Isteri Cerai Talak Dua Sejak Julai 2010


Isteri kepada pelakon popular Zul Huzaimy, 33, Nor Dalilah Muhammad, 29 mengesahkan mereka sudah bercerai talak dua dan didaftarkan pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.

Menurut Dalilah sebelum itu, mereka pernah mengalami konflik pada hujung tahun 2009 dan masing-masing telah menetapkan syarat untuk berbaik semula selepas kejadian berkenaan.

"Memang selepas itu Zul banyak berubah dan dia tidak seperti dahulu. Malah selepas penceraian tersebut, Zul berhasrat untuk merujuk semula dan merancang ingin melangsungkan perkahwinan secara rasmi.


Saturday, March 26, 2011

Pusat Urut Gay Popular Asia di Malaysia Diserbu


Sebuah pusat urut yang menawarkan khidmat seks kepada golongan gay di Pulau Tikus di sini terkenal di peringkat antarabangsa apabila tersenarai dalam sebuah majalah gay yang berpangkalan di Singapura.

Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan yang dijalankan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut tengah malam tadi di premis yang terletak di tingkat dua sebuah pusat beli-belah itu.

Ketika serbuan, pasukan D7 yang diketuai Asisten Komisioner Fauzi Mohd. Yusof menemui majalah itu yang diberi nama ‘Pluto’ mengandungi gambar lelaki beraksi lucah serta lokasi pusat urut gay di seluruh Asia.

Detik-Detik Cemas Gadis Cuba Bunuh Diri di KB Mall



Detik-detik seorang gadis cuba membunuh diri di KB Mall

 
 
 
 

Thursday, March 24, 2011

Akibat Nak Besarkan Punggung- Mati Selepas Punggung Disuntik


Seorang wanita berusia 20-an meninggal dunia selepas dia disuntik di bahagian punggungnya bagi tujuan untuk membesarkannya di hotel berhampiran sebuah lapangan terbang Philadelphia, Amerika Syarikat.

Pihak polis yang sedang menyiasat mengenai punca sebenar kematiannya memberitahu, mangsa bersama tiga orang rakannya datang dari London dan menginap di hotel Hampton Inn.

Menurut polis, dua orang daripada mereka pernah datang ke sini pada November lalu untuk menjalani rawatan membesarkan punggung.Salah seorang daripada mereka mendapatkan satu lagi suntikan tambahan. Sementara itu, seorang rakannya menjalani pembedahan membesarkan pinggul.

Seorang pegawai polis, Joseph Murray memberitahu, wanita yang disuntik itu kemudian dihantar ke hospital dan meninggal dunia.

Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pegawai perubatan dari hospital daerah Delaware bagaimanapun masih belum dikeluarkan.

Polis kini mencari dua individu yang terlibat dalam prosedur kosmetik tersebut. Mereka percaya prosedur itu diuruskan menerusi Internet.

WargaTua Tembak Lelaki Setelah Gagal Menggodanya


Seorang wanita berusia 92 tahun yang gagal menggoda seorang lelaki lebih muda bertindak menembak jirannya itu.

Polis berkata, Helen Staudinger, mahu lelaki itu memberi ciuman dan berang apabila permintaannya tidak dipenuhi meskipun tahu jirannya itu sudah mempunyai teman wanita.

Wanita dari tengah Florida itu melepaskan tembakan empat kali menggunakan pistol separuh automatik ke arah jirannya yang berusia 53 tahun kerana enggan menciumnya, kata polis.

Anggur Bakal Jadi Tarikan Pelancong ke Langkawi


Bagi mempelbagaikan daya tarikan pelancong ke negeri Kedah, pelbagai usaha diterokai oleh kerajaan negeri khususnya di Pulau Tuba, Langkawi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Masyarakat Siam, S.Manikumar berkata, kerajaan negeri sedang memberi perhatian terhadap penanaman anggur sebagai salah satu daya tarikan pelancongan.

Menurut beliau lagi, idea bagi mewujudkan ladang tanaman anggur ini lahir ketika kunjungan ke Ladang Anggur Tasik Beris, Sik diadakan pada bulan Januari yang lalu.

Wednesday, March 23, 2011

'Datuk T' Adalah Trio Tiga Datuk - Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay, Shuib

Datuk Shazryl Eskay Abdullah (kiri) bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik

Tan Sri Rahim Thamby Chik pada Rabu mengesahkan beliau, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim adalah Datuk 'T' yang terlibat dalam mendedahkan skandal video seks kepada media Isnin lalu.

Bercakap kepada pemberita di Hotel Impiana, beliau turut menggesa kerajaan Persekutuan agar segera menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat ketulenan video seks tersebut.

Rahim yang juga Pengerusi Risda berkata, isu ini perlu segera disiasat kerana ia telah menjadi polemik negara.
Rahim adalah bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Shazryl Eskay Abdullah adalah seorang ahli perniagaan dari Kedah dan Shuib pula merupakan bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa atau Perkasa.

Tuesday, March 22, 2011

Tragedi Menyedihkan Bila Al-Quran Dibakar di US


Satu naskhah al-Quran dibakar di sebuah gereja kecil di Florida semalam selepas kitab suci Islam itu didakwa 'bersalah' atas kesalahan jenayah.

Dalam kejadian itu, paderi Wayne Sapp membakar al-Quran tersebut sebagai 'hukuman' apabila kitab suci itu 'disabit kesalahan' atas pertuduhan jenayah selepas satu 'perbicaraan' diadakan.

Kejadian tersebut disaksikan paderi kontroversi Terry Jones, yang sebelum ini dikecam berhubung hasratnya membakar al-Quran semasa ulang tahun serangan 11 September 2001.

Kes Hangat Video Seks Anwar Ibrahim

"Bukan Saya" - Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau adalah individu di dalam rakaman video perlakuan aksi seks yang didedahkan kepada media pagi Isnin.

Malah beliau menegaskan semasa rakaman itu dilakukan, beliau berada di rumah bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; kakitangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), anak-anak dan cucu sambil mengakses ke laman sosial 'Tweeter' pada hari dan waktu tersebut.

Monday, March 21, 2011

Pelajar Batal Parti Kerana 180,000 Orang Mahu Hadir


Seorang remaja yang hanya dikenali sebagai Jess terpaksa melupakan hasrat untuk mengadakan majlis ulang tahun kelahirannya akibat menerima respons bahawa 180,000 orang akan hadir selepas dia membuat undangan di laman jaringan Facebook.

Menurut laporan media, undangan majlis hari jadi ke-15 Jess secara kecil-kecilan itu yang akan diadakan di rumahnya tersebar meluas sehingga dia menerima maklum balas mengejutkan selepas disiarkan di laman tersebut.

Gaya Tudung Terbaru Yuna Cetus Kritikan



Gaya tudung terbaru Yuna ketika berada di Amerika Syarikat :


Review Filem Ratu The Movie


Selepas 4 Madu, A Razak Mohaideen kembali dengan buah tangan lebih matang. Keluar dari kepompong kebiasaan yang mengikatnya, Razak mengambil langkah berani dengan mempertaruhkan nama baru sebagai teraju utama.

Usaha Razak melahirkan ramai pelapis baru wajar diberi pujian kerana ia secara tidak langsung merancakkan lagi industri.

Produksi ini turut memecah tradisi produksi tempatan apabila menggabungkan dua elemen iaitu program realiti dan filem, di mana penonton secara tidak langsung turut menjadi juri dalam menilai persembahan lapan wajah baru ini siapa yang terbaik dan layak dinobatkan sebagai ratu.

Akad Nikah di Masjid Menyimpang Dari Amalan Rasulullah?


Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Thursday, March 17, 2011

Pesawat Terhempas: Air Asia Buat Laporan Polis


Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia semalam menasihatkan orang ramai supaya mengenepikan pesanan bersifat hasad dengki yang tersebar di dalam Twitter, Facebook atau melalui rantaian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang membuat dakwaan palsu bahawa salah satu penerbangannya (yang disifatkan sebagai AK5154 atau AK5145) terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching atau di KLIA pada Ahad lalu.

“Kami melaporkan mengenai pengedaran pesanan itu kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ia menyebabkan kecemasan yang tidak sepatutnya di kalangan orang ramai serta gangguan kepada operasi kami,” katanya.

Lagu Mizz Nina Paling Tinggi Dimuat Turun


Penyanyi tempatan, Mizz Nina meraih kejayaan membanggakan apabila single, What You Waiting For mencatat jumlah muat turun tertinggi kategori lagu Inggeris tempatan.

Pencapaian itu merujuk pada lagu itu dimuatkan turun melebihi 600,000 unit mengikut tempoh, sejak Julai 2010 hingga Januari lalu.

Atas kejayaan itu, Mizz Nina atau nama sebenar Shazrina Azman menerima plak penghargaan daripada syarikat pengendali perkhidmatan, Maxis, semalam.

Mizz Nina, 30, berkata pencapaian ini suatu yang luar biasa buatnya apatah lagi lagu itu popular dalam tempoh singkat selama tujuh bulan.

Tuesday, March 15, 2011

Rosmah Patut Minta Maaf Pada Kerajaan dan Rakyat Jepun



Kalau dulu masalah utama pentadbiran Pak Lah adalah Khairi Jamaludin, kini masalah dan liabiliti utama pentadbiran Najib adalah Rosmah Mansor! Malah ia dianggap lebih parah bila mana melibatkan maruah dan memalukan rakyat Malaysia di mata dunia.



Petikan daripada Harakah:

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor Rosmah patut minta maaf kepada rakyat dan kerajaan Jepun kerana sikap tidak sensitivitinya dan juga kepada rakyat Malaysia kerana memalukan negara.

Demikian kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sebagai respons kepada kenyataan Rosmah yang mendakwa kejadian tsunami di Jepun sebagai pengajaran kepada kerajaan Jepun yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya amat dikesali.

“Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM),” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kenyataan Rosmah yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda.

Remaja 17 Tahun Bakal Manusia Terendah

Seorang remaja yang berumur 17 tahun, Junrey Balawing dari wilayah Zamboanga del Norte di sini bakal mencatat rekod sebagai lelaki paling kecil di dunia dengan memiliki ketinggian cuma 55.9 sentimeter (sm).


Ketinggian Junrey yang lebih rendah berbanding kanak-kanak berusia setahun membuatkan dia akan memecahkan rekod terbaru dunia apabila umurnya meningkat 18 tahun pada 12 Jun ini.

Remaja itu masih berusaha untuk berjalan dengan normal kerana dia sukar berdiri dalam tempoh yang lama.

"jika saya merupakan lelaki paling kecil di dunia, ia akan menjadi sesuatu yang amat hebat," katanya.

Junrey bagaimanapun bangga apabila bercakap tentang ketinggiannya bakal mencatat rekod dunia. Remaja itu tinggal di rumah bersama ibunya, Concepcion semasa tiga adik beradiknya, Jaycel, 13, Jay-art, 11 dan Jeanritch, 6 pergi ke sekolah.

Menurut Concepcion, 35, anaknya itu memerlukan perhatian setiap hari kerana dia hanya boleh berjalan dengan bantuan orang lain seperti bapanya, Reynaldo, 37.

Monday, March 14, 2011

Pengasas Facebook Berhutang RM1.5 bilion!



Sepasang kembar lelaki, Cameron dan Tyler Winklevoss dari Amerika Syarikat (AS), mendakwa pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg berhutang dengan mereka sebanyak £310 juta (RM1.5 bilion).

CAMERON (kiri) dan Tyler Winklevoss.
Dalam wawancara dengan sebuah akhbar Britain yang disiarkan baru-baru ini, pasangan kembar tersebut menyuarakan perasaan tidak puas hati kerana mereka yang bersusah payah mencipta laman web jaringan sosial tetapi Zuckerberg, 26, dan Facebook pula yang mendapat nama.

"Kami tidak bencikan Mark Zuckerberg. Kami cuma kasihankan dia kerana kami berpendapat dia tidak dapat membezakan perbuatan yang bermoral dan yang tidak bermoral," kata Cameron.

Dia membuat komen tersebut ketika ditanya tentang keputusan mereka untuk sekali lagi menyaman Zuckerberg di mahkamah AS bagi menuntut ganti rugi £310 juta kerana mendakwa pemuda itu mencuri idea mereka untuk mencipta Facebook.

Sebelum ini, pada tahun 2008, pasangan kembar itu bersetuju untuk menyelesaikan persengketaan mereka di luar mahkamah dengan Zuckerberg bersetuju membayar mereka £12.4 juta (RM61 juta) dalam bentuk wang tunai dan £28 juta (RM138 juta) lagi dalam bentuk saham Facebook.

Justin Bieber Cetus Kekecohan



Penyanyi remaja, Justin Bieber mencetuskan kekecohan di sebatang jalan raya di luar hotel penginapannya di Liverpool.

ANGGOTA-ANGGOTA polis mengawal para peminat Justin Bieber di luar hotel penginapan penyanyi itu di Liverpool

Sejumlah peminat mengerumuni sebatang jalan raya di depan sebuah hotel yang menjadi tempat penginapan penyanyi tersebut.

Peminat-peminat itu menjerit namanya menyebabkan polis memberi amaran kepada Bieber supaya dia tidak mendekati balkoni Hotel The Hard Days Night di sini.

Polis berkata, Bieber akan ditangkap jika dia menemui para peminatnya itu kerana kehadirannya akan menyebabkan satu rusuhan bakal berlaku.

Namun, pihak pengurusan Bieber mengadakan perbincangan untuk menenteramkan situasi menyebabkan Bieber menjerit ke arah peminat-peminatnya.

Penyanyi itu yang terkenal dengan lagu Baby berada di Liverpool kerana dia mempunyai jadual persembahan di bandar tersebut.

Karikatur Hina Tsunami Jepun: Berita Harian Minta Maaf


Petikan drp Berita Harian:

Merujuk kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu hari ini, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.

Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.

Sunday, March 13, 2011

Jangan Risau Maria Ozawa Selamat Dalam Gempa Bumi




Nasib pelakon pornografi Jepun, Maria Ozawa menarik perhatian ramai selepas negara tersebut dilanda gempa bumi dan tsunami kelmarin.

Para peminatnya di Indonesia yang mengenalinya dengan gelaran Miyabi tertanya-tanya keadaan pelakon itu selepas bencana tersebut.

Akhbar Kompas semalam melaporkan Miyabi menulis di akaun laman sosial Twitter miliknya menyatakan bahawa dirinya selamat.

"Setelah gempa bumi, saya selamat dan berada di kem bersama semua anggota pasukan pengurusan saya," tulis Miyabi dalam bahasa Jepun.

Review Filem Hikayat Merong Mahawangsa


Epik Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) terletak kepada mitos dan separuh sejarah. Ramai menanti-nantikan HMM untuk beraja di panggung-panggung berikutan cakap-cakap yang mendakwa ia epik blockbuster yang terhasil daripada kos jutaan ringgit. Filem itu mewah dengan CGI (imej janaan komputer) di bawah pimpinan Yusry KRU selaku pengarah.

Walaupun ia sebuah epik Melayu, HMM ialah sebuah filem Melayu yang bercita rasa tinggi. Ia mempertaruhkan Stephen Rahman Hudges sebagai Merong Mahawangsa. Hero kacukan Inggeris-Melayu itu mencipta nama sebagai Hang Tuah dalam pementesan teater Puteri Gunung The Ledang The Musical (PGLTM).

Kemudian muncul juga nama-nama seperti Gavin Stenhouse yang berasal dari Britain, Hendrik Norman (Sweden) dan Craig Fong.

Craig yang merupakan warga Australia pernah membintangi filem Spinning Gasing. Itu adalah tuntutan watak dan pilihan yang dibuat sangat munasabah.

Saturday, March 12, 2011

Tsunami Jepun Berlaku Selepas Saintis Beri Amaran


Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi.

Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.

Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.

Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.

"Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini.

Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005.

Friday, March 11, 2011

[Video & Gambar]- Jepun Dilanda Gempa Bumi 8.9 Magnitud



Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa. 


Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo. Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.


video

Misteri Suara Tangisan Dari Kubur


Penduduk di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur mengerumuni sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan suara seperti orang menangis.

Kubur itu yang menempatkan jenazah seorang remaja perempuan di Prumpung, Desi Tri yang berusia 15 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai. Desi meninggal dunia pada 18 Februari lalu kerana sejenis penyakit.

Menurut seorang jirannya, Bony, 38, dia turut mendengar cerita bahawa Desi didapati masih hidup semasa solat jenazah.

Bagaimanapun, seorang wakil ketua kampung, Bambang berkata, dia tidak mendengar suara tangisan dari dalam kubur tersebut.

Dia menjelaskan, jika kubur itu mahu digali semula, ia perlu mendapatkan persetujuan daripada keluarganya.

Senarai Baru Orang Terkaya Di Dunia


Taikun telekomunikasi Mexico, Carlos Slim kekal menjadi manusia paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaannya mencecah AS$74 bilion (RM224.7 bilion).

Bilionair berusia 71 tahun itu mengetepikan pengasas bersama Microsoft, Bill Gates yang menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah AS$56 bilion (RM170 bilion).

Pelabur AS, Warren Buffet menduduki tempat ketiga dengan kekayaan AS$56 bilion (RM170 bilion).

Tempat keempat menjadi milik taikun barangan mewah dari Perancis, Bernard Arnault dengan anggaran kekayaan AS$41 bilion (RM124.5 bilion).

Senarai Forbes kali ini menyaksikan 332 bilionair adalah dari Asia berbanding 79 bilionair Eropah. Perkembangan itu menyaksikan Asia memiliki lebih ramai bilionair berbanding Eropah untuk kali pertama. Menurut Forbes, 115 bilionair Asia dalam senarai tahunannya kali ini berasal dari China

Senarai bilionair dari China itu diungguli Robin Li, usahawan di sebalik kejayaan enjin carian tempatan, Baidu, dengan nilai kekayaan AS$9.4 bilion (RM28.5 bilion).

Thursday, March 10, 2011

100 Orang Jadi Hamba Seks Lelaki Gay


Seorang lelaki gay menunjukkan kehebatannya apabila dia yang mempunyai rupa paras kacak dan pandai berkata-kata mampu memikat 100 lelaki untuk dijadikan teman seks sebelum mencuri barang-barang berharga mangsanya.

Sasaran suspek yang masih bebas itu melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun hingga 20-an. Mangsa-mangsa dipikat melalui rangkaian laman sosial Facebook dan sebahagiannya menerusi panggilan telefon.

Semalam, tembelang lelaki berusia 20-an yang menggunakan pelbagai nama samaran seperti Kevin, Alvin, Alex dan Elvis itu terbongkar apabila empat mangsa tampil membuat aduan di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA, Wisma MCA sini semalam.

Mengikut maklumat dari Facebook, suspek sehingga kini dipercayai telah berjaya memperdaya seramai 193 mangsa dengan mencuri barang berharga mereka manakala 100 daripada mangsa itu pula mengaku mengadakan hubungan seks dengan suspek itu.

Mangsa-mangsa yang melakukan hubungan seks dengan suspek dikhuatiri dijangkiti HIV (Immunodeficiency virus) ekoran pengakuan suspek dia mempunyai HIV.

Perkahwinan Paling Mewah: Pengantin Lelaki Dapat Hadiah Helikopter




Seorang lelaki, Lalit Tanwar, 26, berkahwin dengan Yogita Jaunapuria dalam satu majlis perkahwinan mewah, dilaporkan menerima hadiah berupa sebuah helikopter. Majlis itu dihadiri oleh lebih daripada 20 ribu tetamu.


Mereka berkahwin di sebuah rumah dekat bandar raya ini dengan 12 skrin televisyen gergasi dipasang bagi merakamkan majlis perkahwinan tersebut.

Akhbar Times of India membuat anggaran bahawa majlis perkahwinan yang diadakan pada Selasa lalu itu melibatkan kos AS$22 juta (RM66.67 juta). Namun, akhbar Mail Today melaporkan, kos majlis perkahwinan itu mungkin AS$55 juta (RM166.67 juta).

Akhbar Indian Express melaporkan bahawa, pengantin lelaki mendapat hadiah sebuah helikopter Bel 429 berharga AS$8 juta (RM24.24 juta) dalam satu majlis perkahwinan yang ringkas.

Majlis perkahwinan itu melibatkan anak seorang ahli politik daripada parti Kongres yang kaya, Kanwar Tanwar. Lalit dikatakan memakai kalungan bunga yang diperbuat daripada wang kertas dalam majlis perkahwinan tersebut.

Keluarga pengantin perempuan meraikan pengantin lelaki dengan memberikannya hadiah bernilai AS$5 juta (RM15.15 juta).

Pil Jerawat Rahsia Suara Michael Jackson


Seorang doktor di Perancis mendakwa dalam bukunya bahawa suara nyaring yang dimiliki Raja Pop, Michael Jackson (MJ) berkemungkinan besar akibat daripada mengambil ubat merawat jerawat yang mempunyai hormon antilelaki ketika masih muda.

“Apabila Michael meninggal dunia, saya sedar satu fenomena luar biasa mengenai suaranya. Saya berpendapat, punca beliau bersuara keanak-anakan disebabkan memakan sejenis ubat,” kata peminat opera dan profesor pembedahan vaskular di Hospital Universiti Timone di bandar pelabuhan Marseille, Alain Branchereau.

Beliau yang menulis buku mengenai MJ berjudul Michael Jackson, the secret of a voice memberi hujah itu selepas berbincang dengan beberapa rakan, termasuk pakar kimia, dan pakar endokrin.

Wednesday, March 9, 2011

Guru Wanita Tiduri Anak Rakan Ketika Ibunya Tidur Dibilik Atas



Leah Davies

Seorang guru wanita yang meniduri seorang pelajar separuh daripada usianya dibebaskan hari ini - selepas hakim mendapati pelajar itu yang memulakan langkah pertama.

Leah Davies, 29, meniduri pelajar berusia 15 tahun selepas mereka menonton DVD bersama-sama sambil meminum minuman keras dalam satu parti. Ibu remaja berkenaan tidur di tingkat atas kediaman ketika kejadian itu. Leah, ibu anak satu menghadapi empat tuduhan mengadakan hubungan seksual dengan individu bawah umur.

Bagaimanapun, dia lepas daripada hukuman penjara selepas hakim mendapati pelajar terbabit tidak terjejas akibat hubungan sulit itu. Leah yang juga teman ibu pelajar itu sering berbual dengannya mengenai filem dan muzik kegemaran pelajar berkenaan sebelum mereka melakukan hubungan seks.

Hubungan sulit itu terbongkar selepas remaja berkenaan memberitahu ibu saudaranya yang kemudian membuat laporan polis.

Leah digantung kerja selama dua tahun dan di bawah pemantauan mahkamah sepanjang 24 bulan selepas hakim Martin Rudland memberitahu dia hanya wanita biasa yang telah melakukan kesilapan bodoh yang tragik.

Hakim berkata: “Terdapat kes di mana hubungan sulit seperti ini tidak seimbang apabila individu yang lebih muda terjejas, tetapi tidak dalam kes ini. “Pengadu adalah anak muda yang suka sosial dan bermain dalam kumpulan muzik. Dia juga berpengalaman dalam hubungan seks.

“Tempoh hubungan mereka singkat dan bukan atas paksaan kerana kedua-duanya puas hati. Dia yang mula menyentuh anda dan bukan anda yang menggodanya,” kata Rudland.

Gaddafi Sedia Berundur Dengan Syarat


Diktator Libya, Muammar Gaddafi memberi isyarat bahawa beliau bersetuju meninggalkan negara berkenaan setelah memerintah selama 41 tahun.

Gaddafi bagaimanapun, meletakkan syarat supaya beliau dan keluarganya diberikan sejumlah wang dan mereka dikecualikan daripada pendakwaan jenayah.

Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan bahawa pemimpin berusia 68 tahun itu turut mengusulkan supaya parlimen Libya mewujudkan satu tempoh peralihan bagi memberi laluan kepada beliau meletak jawatan.

Gaddafi diberitakan menghantar bekas perdana menteri, Jadallah Azzouz Talhi, bertemu para pemimpin penentang di bandar Bengazhi bagi mencapai satu persetujuan mengenai tawaran itu.

Mereka bagaimanapun menolak tawaran Gaddafi kerana menganggap ia satu penghinaan kepada mangsa-mangsa kekejamannya.

"Pendirian kami selama ini adalah jelas, Gaddafi perlu berundur dan tanpa syarat," kata seorang pegawai kumpulan penentang, Essam Gheriani.

Dalam perkembangan berkaitan, jet-jet pejuang Libya melancarkan sekurang-kurangnya lima serangan udara berhampiran kedudukan pihak penentang di bandar pelabuhan minyak Ras Lanuf.

Serangan tersebut dilancarkan bagi menghalang tentera penentang daripada mara ke kubu kuat Gaddafi di ibu negara Libya, Tripoli.


Monday, March 7, 2011

Hujan Salji Akan Melanda i-City Shah Alam Pada 19 Mac Ini



Hujan salji akan melanda i-City di Shah Alam pada 19 Mac ini dan fenomena luar biasa itu dijangka berterusan sepanjang tahun mulai tarikh tersebut.


Perkara ini diumumkan oleh I-Berhad dalam satu sidang akhbar di sini petang Isnin yang turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Pengerusi Eksekutif I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.

Hujan salji tersebut adalah sebahagian daripada inovasi baru dalam industri riadah yang diperkenalkan oleh i-City kepada para pengunjung ke taman tema tersebut mulai cuti sekolah ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew, teknologi yang dibawa khas dari Korea Selatan itu merupakan daya tarikan baru ke i-City iaitu taman tema seluas 177.8 hektar (72 ekar) di Shah Alam yang sebelum ini terkenal dengan gelaran “City of Digital Lights” kerana limpahan cahaya warna-warni yang menyinari seluruh taman tema tersebut setiap malam.

Dikunjungi oleh lebih 90,000 orang pengunjung setiap minggu, i-City kini merupakan pusat tumpuan pelancongan malam hari yang paling popular di tanah air.

Kata Eu, mulai 19 Mac ini, para pengunjung ke i-City akan berpeluang bukan sahaja menikmati suasana dan pengalaman sebenar bermain salji malah menyaksikan bagaimana ‘salji turun ke bumi’ apabila mereka melalui


Didenda Kerana Maki Hamun Lucah di Facebook


Mahkamah mengenakan denda terhadap seorang wanita dan lelaki sebanyak 2,000 dirham (RM1,661) kerana saling menggunakan bahasa kasar berbaur seks ketika bertukar mesej di Facebook.

Mahkamah Jenayah Dubai kelmarin mensabitkan seorang jurutera Amerika Syarikat berusia 35 tahun dan ahli perniagaan wanita Britain berusia 44 tahun kerana bertukar mesej bahasa kotor di Facebook.

Hakim Ebrahim Khalil Abu Shamma mengenakan denda itu warga Amerika terbabit yang dikenali sebagai QT sementara warga Britain, AK dikenakan denda tanpa kehadirannya.

Apabila QT hadir di mahkamah dia mengaku bersalah tetapi menjelaskan bahawa dia hanya memarahi AK kerana dia menjatuhkan air mukanya dulu.

Pensyarah Wanita Berbogel Berdayung Rentasi Lautan Atlantik


Seorang pensyarah wanita dari Universiti Durham, Naomi Hoogesteger berbogel semasa dia mendayung bersama lima pendayung lelaki bagi memecahkan rekod mendayung merentasi Lautan Atlantik.

Naomi yang berusia 29 tahun terpaksa berbogel selepas lima pendayung lelaki yang merupakan rakan sepasukannya dalam sebuah perahu menanggalkan pakaian semasa mendayung bagi mengelak kulit melepuh.

"Lepuh dan kesakitan di belakang tubuh kami amat teruk dan mula merebak. Satu-satunya cara untuk kami mengubatinya adalah dengan mendedahkan semua tubuh badan di bawah sinaran matahari," katanya.


Mereka mendayung selama 31 hari berbanding rekod lama selama 33 hari.

Sunday, March 6, 2011

Gadis Cuba Bakar Diri Bapa Tak Izin Kahwin


Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NSHR) di Jazan, Arab Saudi cuba meyakinkan seorang lelaki supaya mengizinkan anak perempuannya, 30, berkahwin.

Pengerusi NSHR wilayah Jazan, Ahmad Al-Bahkali berkata, lelaki itu tidak berhak menghalang anak perempuannya berkahwin.

Menurutnya, tindakan lelaki itu yang enggan membenarkan anak perempuannya berkahwin menyebabkan wanita terbabit pernah cuba membunuh diri. Dia pernah membakar dirinya, menyebabkan dia cedera parah selepas bapanya menolak lamaran dua jejaka.

Ahmad berkata, NSHR terpaksa membawa kes itu ke mahkamah sekiranya lelaki berkenaan enggan bekerjasama. Beberapa dermawan juga bersetuju menanggung pembiayaan perkahwinan supaya lelaki terbabit membenarkan anaknya berkahwin tetapi tawaran itu ditolak.

Kekayaan 40 Individu Terkaya Malaysia RM186.3b




Syed Mokhtar kekal orang Melayu paling kaya dengan aset RM7.5 bilion


Kekayaan terkumpul 40 individu terkaya Malaysia kini bernilai kira-kira RM186.3 bilion, meningkat 22 peratus atau RM33.3 bilion disebabkan peningkatan ekonomi negara sebanyak 7.2 peratus tahun lalu, iaitu tertinggi sejak 2000.

Mengikut senarai individu terkaya Malaysia 2011 majalah Forbes Asia, hanya seorang ahli perniagaan baru disenaraikan antara individu terkaya Malaysia tahun ini iaitu Pengarah Urusan QL Resources Bhd, Chia Song Kun dengan kekayaan berjumlah RM1.2 bilion.

Jutawan yang terbabit dalam industri pengeluaran makanan laut, memproses minyak sawit mentah dan ternakan ayam ini terus melonjak ke tangga ke-24, mengatasi nama besar yang sebelum ini berada dalam senarai 40 jutawan Malaysia.

Menurut majalah itu lagi, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary kekal sebagai orang Melayu terkaya di Malaysia dengan harta terkumpul berjumlah RM7.5 bilion dan menduduki tangga kelapan dalam senarai itu.

Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mokhzani Mahathir yang juga Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd berada pada tangga ke-15 dalam senarai itu dengan kekayaan sebanyak RM1.8 bilion.

Turut tersenarai ialah adik Perdana Menteri, Pengarah Urusan Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dengan jumlah harta kekayaan sebanyak RM495 juta di kedudukan ke-36.
Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail yang memiliki kekayaan berjumlah RM465 juta berada di tangga ke-37.

Menurut majalah itu kedudukan pertama dan kedua orang terkaya di Malaysia masih tidak berubah iaitu masih dimiliki Raja Gula iaitu Tan Sri Robert Kuok yang memiliki harta sejumlah RM37.8 bilion diikuti Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Communication, Tan Sri Ananda Krishnan sebanyak RM28.8 bilion.

Friday, March 4, 2011

iPad 2 Diperkenalkan


Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs, 56, membuat kejutan apabila dia hadir dengan tubuhnya yang kurus semasa mendedahkan versi kedua iPad kelmarin.

Orang ramai berdiri bertepuk tangan apabila Jobs yang merupakan pengasas syarikat Apple menaiki pentas di Pusat Yerba Buena di sini dengan gaya yang bersahajanya, memakai baju berkolar, seluar jean biru dan cermin mata.

"Kami telah bekerja keras untuk menghasilkan produk ini dan saya tidak mahu melepaskan hari yang bersejarah ini," katanya.

Beliau berkata, tahun 2010 merupakan tahun buat iPad sebelum skrin video memaparkan komputer tablet Apple itu.

"Kami melalui permulaan yang susah dan tidak pernah berehat untuk kejayaan ini. Kami akan memperkenalkan iPad 2 hari ini (kelmarin)," kata Jobs. Berita yang dibawa beliau itu menyebabkan saham Apple melonjak dengan serta-merta.

Situasi itu berlaku kerana Jobs tidak muncul sejak Januari lalu kerana dia mengalami masalah kesihatan dan kerap mengelak daripada menghadiri majlis besar anjuran syarikat Apple.


Siti 'tiru'J.Lo dan Beyonce


Seronok untuk berkongsi perkembangan seninya, Siti memberitahu, dia kini dalam proses menyiapkan sebuah album Inggeris.

Masih menganggap terlalu awal untuk diumumkan tetapi disebabkan terlalu gembira kerana sudah lama mengidamkan album Inggeris, Siti tidak keberatan untuk berkongsi serba sedikit.

“Tajuknya masih belum ditentukan lagi. Tapi Siti sudah menyiapkan rakaman untuk enam lagu dan tinggal empat lagu yang belum dirakam. Rakaman telah dimulakan sejak hujung Januari lalu dan dijangka siap sepenuhnya pertengahan tahun ini,” katanya sambil tersenyum manis.

Tuah penyanyi yang mempunyai suara emas itu, dia telah menarik minat komposer dari Australia iaitu Bryan dan artis pop terkenal, Christian Alexander untuk berkolaborasi sebagai tenaga penting dalam memberi tunjuk ajar.

Akui Siti, tidak dinafikan terdapat beberapa kesukaran ketika proses rakaman dijalankan terutama sebutan setiap patah perkataan lirik lagu yang disediakan.

“Bila bekerja dengan orang luar, cara yang mereka tekankan ialah sebutan kerana ada beberapa perkataan perlu sebut dengan loghat mereka. Tetapi disebabkan Bryan dan Christian ada di sini sepanjang proses rakaman, mereka akan betulkan cara sebutan Siti,” ceritanya yang memilih genre moden pop untuk album itu.
Rancak bersembang, album yang diterbitkan oleh Wassup Entertainment merupakan projek istimewa syarikat rakaman milik Adib iaitu anak suaminya, Datuk Khalid Mohamed Jiwa (Datuk K).

Selain itu, posisi kreatif Christian turut ditampilkan apabila terdapat lagu yang menonjolkan gabungan tenaga kedua-dua penyanyi itu.

“Siti turut berduet dengan Christian manakala sebuah lagi lagu, Christian akan rapping untuk Siti,” ungkapnya yang menyifatkan lagu-lagu yang dimuatkan mempunyai persamaan seperti penyanyi terkenal iaitu Beyonce Knowles dan Jennifer Lopez yang juga dikenali sebagai J.Lo.

Thursday, March 3, 2011

Pelajar Lelaki, Wanita Dibenar Berkongsi Bilik


Universiti Rutgers, New Jersey memutuskan untuk membenarkan pelajar lelaki dan wanita berkongsi bilik di tiga asrama. Langkah itu diambil sebagai usaha menjadikan pusat pengajian itu lebih selesa untuk pelajar gay selepas kejadian bunuh diri yang mendapat liputan meluas tahun lalu.

Mulai musim luruh depan, semua pelajar - sama ada gay, lesbian, uniseksual atau heteroseksual - boleh memilih sama ada teman sebilik lelaki atau perempuan di bawah program perintis. Pelajar lelaki dan perempuan juga akan berkongsi bilik air. Program perintis sama tetapi lebih kecil turut diperkenalkan di kampus universiti itu di Newark.

Menurut Kempen Tidak Prejudis Jantina Pelajar Kebangsaan, beberapa pusat pengajian lain termasuk Universiti Maryland, Universiti Columbia New York dan Universiti George Washington turut menawarkan program seumpamanya.

Universiti Rutgers, New Jersey mendapat tumpuan meluas tahun lalu selepas pelajar tahun satunya, Tyler Clementi membunuh diri dengan terjun dari Jambatan George Washington ke dalam Sungai Hudson. Pihak berkuasa berkata, beberapa hari sebelum itu, teman sebiliknya merakam adegan intim Clementi bersama seorang lelaki lain melalui webcam.

Wednesday, March 2, 2011

Siaran Langsung Piala AFF Suzuki Paling Ramai Ditonton di Asia Tenggara


Kajian sebuah firma penyelidikan menunjukkan 192 juta orang di pasaran utama ASEAN menonton siaran kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 – kejohanan bola sepak melibatkan pasukan utama negara di rantau ini.

Perangkaan itu, yang dikira berdasarkan mereka yang mengikuti siaran oleh stesen penyiar RCTI di Indonesia, RTM di Malaysia, ABS-CBN di Filipina, MediaCorp di Singapura, BBTV di Thailand, VTV di Vietnam dan ESPN Star Sports, menunjukkan jumlah mereka yang menonton perlawanan itu meningkat 32 peratus berbanding jumlah penonton bagi edisi 2008.

Peningkatan penarafan itu dicatat khususnya oleh penyiaran perlawanan akhir antara Indonesia dan Malaysia.

Firma penyelidikan pasaran, Nielsen, menyatakan purata 15 juta rakyat Indonesia menonton kedua-dua perlawanan tersebut melalui RCTI — lebih dua kali ganda daripada jumlah mereka yang menonton perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di negara itu.

Di Malaysia, RTM meraih 40.3 peratus dan 48.4 peratus jumlah penonton bagi dua perlawanan berkenaan.
Jumlah penonton yang boleh menyaksikan siaran perlawanan itu di rantau ini pula meningkat lapan kali ganda berbanding edisi sebelum ini.

Vietnam merupakan pasaran penonton kedua terbesar selepas Indonesia, dengan jumlah penonton seramai 74.5 juta orang.


Tempoh Bayaran Saman Trafik Dilanjutkan 10 Hari Lagi


Tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas kini dilanjutkan selama 10 hari lagi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut beliau, lanjutan tempoh bayaran saman tersebut bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.

Semalam, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai Selasa.

Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir. - Utusan

Lady Gaga Lahir Makhluk Asing

SALAH satu aksi Lady Gaga dalam klip video Born This Way.
Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS), Lady Gaga mencipta satu lagi kejutan apabila dia muncul dalam klip video terbarunya, Born This Way.

Dalam klip video itu, Lady Gaga menjadi seorang ibu yang melahirkan makhluk asing. Detik-detik penyanyi tersebut melahirkan makhluk asing itu disiarkan dalam klip tersebut yang menunjukkan dua wanita membantunya bersalin.

Penyanyi itu membuat aksi yang kurang manis apabila dia menunjukan detik-detik semasa mahu melahirkan anak tersebut.

Dalam klip video tersebut, dia muncul dengan mekap seperti makhluk asing selain memakai seluar dalam dan coli semasa menari.

Lagu Born This Way muncul sebagai lagu paling laris di laman muzik dalam talian, iTunes di seluruh dunia.
Lebih satu juta lagu itu dimuat turun dalam tempoh lima hari baru-baru ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...