expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Showing posts with label Snippets Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Snippets Teknologi. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

Facebook Mula Kehilangan Pengguna, Bakal Ikut Jejak Myspace?




 Facebook kehilangan jutaan pengguna setiap bulan dalam sesetengah pasaran utamanya di seluruh dunia, perkara itu didedahkan.


Data bebas daripada penganalisis di SocialBakers mengatakan laman rangkaian sosial itu sudah mencapai kemuncaknya, lapor akhbar The Guardian.

Pakar media baru, Ian Maude di Enders Analysis memberitahu akhbar itu: “Ada faktor kebosanan di mana pengguna suka mencuba sesuatu yang baru. Adakah Facebook akan mengikut laluan Myspaces? Risikonya agak kecil, namun itu tidak bermakna ia tidak akan ke sana.”

Monday, April 22, 2013

The World’s First Smartphone for the Blind




The smartphone market is rapidly growing and according to the latest innovation, blind people will soon be able to receive SMS’s and emails on their smartphones, which automatically converts text into Braille patterns. 


The smartphone for the blind will be based on an innovative touch screen that is capable of elevating and depressing to create readable text from the content it receives.

Sumit Dagar, the developer of the latest innovation claims to have started the project about three years back and will be collaborating with IIT Delhi on making the prototype, which is currently in its testing phase.

Sunday, April 21, 2013

Penyelidik Cipta Robot Mampu Jawab Soalan Peperiksaan Universiti




Penyelidik di dua syarikat gergasi Jepun sedang menyiapkan satu robot yang diharap cukup pintar untuk menduduki peperiksaan di universiti terkemuka negara itu yang menjalankan pelbagai ujian, termasuk matematik dan bahasa asing. 


Otak robot itu akan menganalisis perkataan, nombor dan persamaan sebelum - diharap - mampu memberikan jawapan betul bagi soalan peperiksaan Universiti Tokyo yang terkenal rumitnya.

Pegawai syarikat penyelidik teknologi maklumat gergasi Jepun, Fujitsu Laboratories, Hidenao Iwane, berkata robot berkenaan perlu menganalisis soalan peperiksaan universiti itu dan mengubah formula serta persamaan bagi membolehkan ia diproses sebelum diselesaikan melalui algebra komputer.

Wednesday, April 10, 2013

Kucing Anda Selalu Hilang? Ini Dia GPS Untuk Kucing






KESELAMATAN kucing atau anjing kesayangan kini lebih terjamin dengan ciptaan peranti navigasi yang boleh dipasang pada leher haiwan itu.


Pencipta peranti Dave Evans, 41, dari Marlborough, Wiltshire berkata, alat navigasi itu mampu menjejaki setiap langkah haiwan menggunakan peta Google.

“Idea ini timbul selepas kucing peliharaan saya kerap hilang,” katanya dipetik dari laporan MailOnline.

Menurutnya, maklumat navigasi haiwan kalis air itu boleh diakses melalui komputer dengan menggunakan pemacu memori.

Beliau berkata lagi, kini pemilik anjing atau kucing  tidak perlu lagi mengupah pembantu untuk membawa haiwan kesayangan itu bersiar.


Saturday, March 23, 2013

Komputer Pertama di Dunia Dengan Kapasiti 2000 Bilion Operasi Sesaat





Pengeluar minyak utama Perancis, Total semalam melancarkan sebuah adi komputer yang dapat membantu mencari minyak mentah 15 kali ganda lebih pantas berbanding sebelumnya.


Mesin tersebut yang dinamakan Pangea telah membantu menganalisis simpanan minyak di Kaombo, Angola dalam tempoh cuma sembilan hari

Sebelum ini, masa empat setengah bulan diperlukan untuk proses cari gali sama menggunakan adi komputer sebelumnya.

Tuesday, January 29, 2013

Hebat, Iran Berjaya Hantar Monyet Hidup ke Angkasa Lepas





Iran semalam menghantar sebuah kapsul yang mengandungi monyet hidup ke angkasa lepas, lapor saluran televisyen berbahasa Arab, Al-Alam semalam.


Sebelum ini, beberapa percubaan republik Islam tersebut untuk menghantar monyet ke angkasa lepas menemui kegagalan.

"Iran berjaya melancarkan sebuah kapsul dengan kod nama Pishgam yang mengandungi seekor monyet," kata satu kenyataan daripada sebuah jabatan angkasa aeroangkasa di Kementerian Pertahanan.

Monyet itu dilaporkan kembali ke Bumi dengan selamat.

Thursday, August 25, 2011

Nama Domain lina.cn Hasil Pengaruh Bintang Tennis China, Li Na




Populariti juara Grand Slam pertama China, Li Na, yang semakin meningkat menjadi perkembangan baik bagi seorang peminat yang memiliki nama domain lina.cn.


Nama domain itu dijangka dijual sekurang-kurangnya pada harga 100,000 yuan (RM46,500) apabila dilelong bulan depan.

Liu Tailong yang membeli nama itu dengan harga kira-kira 2,000 yuan (RM936) Mei lalu, sejurus sebelum Li Na muncul juara di Terbuka Perancis berkata, dia yakin pelaburannya mendatangkan keuntungan.

“Kariernya semakin meningkat, begitu juga dengan pengaruhnya,” kata Liu, dipetik oleh akhbar China Daily.

“Jika ia tidak ada kaitan dengan Li Na, nama domain itu hanya biasa. Tidak ada orang yang akan mempedulikannya. Ia tidak bernilai,” kata Liu.

Monday, August 22, 2011

Kapal Kalis Radar Berharga Ratusan Juta Kini Hanya Jadi Besi Sekerap



Sebuah kapal kalis radar milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang bernilai AS$195 juta (RM591.92 juta) kini hanya menjadi besi sekerap.


Kapal itu yang siap dibina pada 1985 oleh Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan dan syarikat Lockheed Martin.

Ia dibina untuk tujuan eksperimen tetapi kini menjadi besi sekerap selepas tiada muzium di AS yang mahu menjadikan kapal berkenaan sebagai bahan pameran.

Kapal itu diberi nama Sea Shadow sepanjang 48.76 meter dan lebar 21.33 meter dengan kelajuan maksimum 14 knot.

Jurucakap Tentera Laut AS, Chris Johnson berkata: "Kapal itu dibina dengan tujuan untuk mengkaji aplikasi teknologi kalis peluru dan peluru berpandu tentera laut."

Ia tidak pernah digunakan dalam sebarang operasi ketenteraan.

Friday, June 24, 2011

Artis Reka Wajah Manusia 5,300 Tahun Lalu




Dua artis menggunakan imej tiga dimensi (3D) untuk menghasilkan wajah manusia zaman ais yang berusia 5,300 tahun.


Ia dihasilkan berdasarkan satu mayat lelaki yang beku dengan wajahnya mengalami keretakan menyebabkan sukar untuk mengenal pasti bentuk rupanya yang sebenar.

Model wajah manusia itu dihasilkan oleh dua artis dari Belanda, Alfons dan Adrie Kennis. Wajah itu dipamerkan di Muzium Arkeologi Tyrol Selatan di sini bersama dengan mayat asalnya.

Mayat lelaki itu ditemui dalam bulan September 1991 dekat sempadan Itali dengan Austria oleh satu pasangan pelancong Jerman yang berjalan di Lembah Oetz.Nama jolokan mayat lelaki yang tubuhnya tidak reput sepenuhnya itu ialah Oetzi.

Para penyelidik menyatakan ketinggian lelaki ais itu ialah 159 sentimeter dan berusia 46 tahun dan mati dibunuh oleh seorang lagi pemburu.

Wednesday, April 13, 2011

Belanja Besar Tukar Ferrari Jadi Limousin


Seorang pemilik Ferrari 360 di sini membelanjakan wang sebanyak AS$326,687 (RM987,084) untuk mengubahsuai kereta sport miliknya menjadi sebuah limousin.

Proses mengubah suai kereta sport yang dibeli pada harga AS$81,678 (RM246,790) itu mengambil masa enam bulan dengan menggunakan alat ganti tulen Ferrari.

Ferrari 360 asal memiliki 400 kuasa kuda (bhp) dan mampu memecut 0-100 kilometer sejam dalam masa cuma empat saat. Namun, limousin tersebut tidak dapat mencapai kelajuan asalnya kerana beratnya sudah bertambah.

Friday, March 4, 2011

iPad 2 Diperkenalkan


Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs, 56, membuat kejutan apabila dia hadir dengan tubuhnya yang kurus semasa mendedahkan versi kedua iPad kelmarin.

Orang ramai berdiri bertepuk tangan apabila Jobs yang merupakan pengasas syarikat Apple menaiki pentas di Pusat Yerba Buena di sini dengan gaya yang bersahajanya, memakai baju berkolar, seluar jean biru dan cermin mata.

"Kami telah bekerja keras untuk menghasilkan produk ini dan saya tidak mahu melepaskan hari yang bersejarah ini," katanya.

Beliau berkata, tahun 2010 merupakan tahun buat iPad sebelum skrin video memaparkan komputer tablet Apple itu.

"Kami melalui permulaan yang susah dan tidak pernah berehat untuk kejayaan ini. Kami akan memperkenalkan iPad 2 hari ini (kelmarin)," kata Jobs. Berita yang dibawa beliau itu menyebabkan saham Apple melonjak dengan serta-merta.

Situasi itu berlaku kerana Jobs tidak muncul sejak Januari lalu kerana dia mengalami masalah kesihatan dan kerap mengelak daripada menghadiri majlis besar anjuran syarikat Apple.


Monday, February 7, 2011

Tandas Kapal Selam Britain RM10.9b Rosak

Kapal selam RM10.9b milik Britain
Kapal selam berkuasa nuklear yang terbaru dan terbesar dalam tentera laut Britain bernilai £1.2 bilion (RM10.9 bilion) kembali semula ke pelabuhan Faslane, Scotland di Sungai Clyde kerana kegagalan sistem sokongan senjata dan masalah kumbahan.

Kapal itu dilaporkan menghadapi masalah kumbahan itu menyebabkan tandas dalam kapal selam berkenaan tidak dapat digunakan oleh 90 orang anak kapal.

Menurut sumber tentera laut, kapal selam HMS Astute itu yang seberat 7,800 tan dan dilengkapi peluru berpandu Tomahawk akan berada di pelabuhan tersebut selama enam minggu untuk kerja-kerja pembaikan.

Pihak tentera melancarkan siasatan bagi mengetahui kenapa kapal selam itu mengalami masalah berulang sejak Oktober tahun lalu.

Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, kerja-kerja sedang dilakukan bagi memperbaiki sistem sokongan senjata dan kumbahan kapal selam tersebut.

Sunday, February 6, 2011

Alamat Internet Dah Habis


Gudang alamat Internet dunia sudah kehabisan bagi kegunaan penyedia Internet (IP) baru dan sedia ada, selepas format yang digunakan ketika ini dikenali sebagai IPv4 sudah mencapai hadnya.

Syarikat Internet Pemberi Hak Nama dan Nombor (ICANN) telah mengeluarkan lima kumpulan terakhir nombor alamat penyedia Internet (IP) yang mengenal pasti destinasi aliran digital.

''Lebih empat bilion alamat Internet sudah dikeluarkan sehingga pagi ini. Ia sudah habis, Tidak ada lagi,'' kata Ketua ICANN, Rod Beckstrom.

Bagaimanapun, katanya, masalah itu tidak akan menimbulkan masalah besar kerana Pendaftar Internet Wilayah (RIR) di seluruh dunia akan mengeluarkan alamat-alamat untuk menyokong penukaran kepada format baru yang dikenali sebagai IPv6.


Friday, February 4, 2011

Kapal Berbentuk Bandar Monaco

Beberapa pereka kapal layar mengemukakan pelan untuk membina kapal layar yang mengandungi replika bandar raya mini Monaco yang terapung di laut.

Kos pembinaan bandar mini itu ialah £700 juta (RM3.35 bilion) yang mengandungi replika trek lumba, Hotel de Paris, Cafe de Paris, Hotel Loews dan kasino Monte Carlo selain kolam renang serta gelanggang tenis.

Ia merupakan idea firma Yacht Island Design yang beribu pejabat di Derbyshire, Britain.

Pengarah syarikat itu, Rob McPherson berkata, reka bentuk itu bertemakan sebuah kapal layar unik dan menggambarkan gaya hidup dan prinsip canggih.

Reka bentuk bandar terapung itu sudah siap dan firma itu menunggu seorang bilionair untuk melabur dan memilikinya supaya ia menjadi realiti.

Saturday, January 29, 2011

Facebook Punca Cerai


Laman sosial Internet, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes perceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman itu.

Seorang peguam memberitahu akhbar The Sun demikian mengenai bagaimana kes yang diuruskannya sejak sembilan bulan lalu membabitkan Facebook.


Menurutnya, pengguna yang sudah berkahwin terdedah untuk menipu pasangan mereka apabila berkenalan dengan pengguna lain dalam laman sosial itu.

Mesej berbau seks dan gambar kekasih baru selepas perceraian digunakan oleh bekas suami atau isteri dalam prosiding perceraian.

Kini, peguam menasihatkan pasangan yang bertelingkah supaya berhenti menggunakan Facebook dan laman lain seperfti Second Life, Illicit Encounters dan Friends Reunited sehingga prosiding perceraian masing-masing berakhir.

Emma Patel dari Syarikat Guaman Hart Scales & Hodges di Dorking, Surrey berkata, pihaknya menangani 30 kes perceraian sejak Mei lalu dan semuanya membabitkan Facebook.

Katanya: “Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka.

“Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian,” katanya.

Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir.

Monday, January 24, 2011

Bandar Mesra Alam Terbesar di Dunia


Pentadbiran bandar Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memajukan bandar mesra alam terbesar di dunia dengan menggunakan teknologi paling canggih.


Bandar mesra alam itu dikenali sebagai bandar Masdar yang boleh menempatkan 40,000 penduduk dan projek tersebut bermula sejak 2006.

Dibina di pinggir bandar Abu Dhabi, bandar Masdar yang langsung tidak mengeluarkan gas karbon bakal menjadi contoh kepada bandar mesra alam pada masa depan.

Bandar itu memperoleh penghuni pertamanya pada Oktober lalu apabila sekumpulan 175 orang pelajar menyertai projek Masdar.

Institut Sains dan Teknologi Masdar turut dibangunkan dengan kerjasama Institut Teknologi Massachusetts.
Sebuah kereta tanpa pemandu yang dikendalikan sistem navigasi canggih turut digunakan di kampus tersebut.

Buat masa sekarang, apa yang ada hanyalah kampus institut pengajian yang meliputi satu kluster bangunan dengan bumbungnya dipenuhi dengan panel solar serta sebuah ladang yang memperoleh tenaga solar.

"Kami memiliki sistem fotovolta berkuasa 10 megawatt di tapak yang mampu menjana banyak kuasa elektrik yang perlu disalurkan menerusi grid," kata Pengarah Masdar Power, Frank Wouters.

Masdar turut membangunkan loji kuasa solar berkapasiti 100 megawatt dengan kerjasama syarikat Total dari Perancis dan Abengo Sepanyol yang diberi nama Shams 1. Ia dikatakan sebagai loji kuasa solar terbesar di dunia dan menelan kos sehingga AS$600 juta (RM1.83 bilion).

Abu Dhabi ialah antara negara Arab yang memiliki simpanan minyak paling banyak di dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...