expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Thursday, March 17, 2011

Pesawat Terhempas: Air Asia Buat Laporan Polis


Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia semalam menasihatkan orang ramai supaya mengenepikan pesanan bersifat hasad dengki yang tersebar di dalam Twitter, Facebook atau melalui rantaian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang membuat dakwaan palsu bahawa salah satu penerbangannya (yang disifatkan sebagai AK5154 atau AK5145) terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching atau di KLIA pada Ahad lalu.

“Kami melaporkan mengenai pengedaran pesanan itu kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ia menyebabkan kecemasan yang tidak sepatutnya di kalangan orang ramai serta gangguan kepada operasi kami,” katanya.

AirAsia berkata, ia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang tegas dan memulakan tindakan sivil atau jenayah terhadap individu atau kumpulan yang menyebar pesanan yang salah dan berhasad dengki berkaitan syarikat itu, khususnya berkaitan keselamatan.

“Bagi mengelak diheret ke mahkamah, kami menasihatkan individu yang menyebarkan, mengulangi atau mengedar maklumat yang dia sedari salah atau memfitnah AirAsia supaya menghentikan,” katanya. Syarikat penerbangan itu menasihati orang ramai supaya merujuk kepada rangkaian komunikasi rasmi AirAsia jika mereka mempunyai pertanyaan berkaitan operasinya melalui facebook.com/airasia, twitter.com/airasia, airasia.com/ask atau pusat penggilannya.

2 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...