expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Monday, June 25, 2012

Bahana Berjaga 11 Malam Berturut-turut Demi EURO 2012




Gara-gara menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 secara melampau, seorang lelaki mati selepas berjaga berterusan selama 11 malam, lapor media semalam.


Penyokong England dan Perancis, Jiang Xiaoshan, menahan dirinya daripada terlelap bagi mengelak terlepas aksi setiap perlawanan bola sepak yang berlangsung ketika ini. Menurut media, Jiang mati akibat letih melampau. Disebabkan perbezaan masa, Jiang dilaporkan berjaga setiap malam bersama rakan-rakan sebelum pergi bekerja keesokan hari.


Friday, June 22, 2012

Kerani Cederakan Kemaluan Murid Dengan Playar





Tindakan seorang kerani sekolah mengacah dua murid dengan playar supaya tidak membuat bising disebabkan guru tiada dalam kelas, mengundang padah apabila seorang murid mendakwa kemaluannya cedera terkena alat pertukangan itu.


Menurut sumber, kejadian berlaku jam 9.40 pagi kelmarin apabila kerani lelaki berusia 34 tahun itu masuk ke kelas tahun lima sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini, untuk mengambil buku daftar kedatangan murid.

Difahamkan, ketika itu guru tiada di dalam kelas dan disebabkan keadaan terlalu bising, kerani itu meminta murid supaya diam tetapi tidak diendahkan.

“Niatnya untuk bergurau dengan menggunakan playar bagi menakut-nakutkan murid akhirnya mendatangkan kecederaan kepada seorang murid yang mendakwa buah zakarnya dikepit dengan alat itu,” katanya.


Friday, June 15, 2012

Lukisan tertua Eropah di gua Sepanyol






Sebanyak 50 lukisan yang terdapat di dalam 11 buah gua di Sepanyol dipercayai sebagai lukisan yang paling tua pernah ditemui di Eropah.


Hasil ujian terhadap lukisan itu menunjukkan ia dihasilkan manusia primitif Neanderthal lebih 40,000 tahun dahulu.

Sebelum ini, tiada bukti menunjukkan bahawa manusia Neanderthal telah menghasilkan lukisan di dinding gua.


Saturday, June 9, 2012

Ahli Kumpulan New Boyz Dihukum Bunuh






Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.


Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.


Friday, June 8, 2012

PTPTN Sahkan Batal Pembekuan Pinjaman Kepada Unisel, Kuis







Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) memutuskan untuk menarik balik pembekuan penyaluran pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).


Perkara itu disahkan Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi mStar Online, petang Jumaat. Ia juga turut disahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Ya, memang benar pembekuan pinjaman PTPTN terhadap para pelajar Unisel dan Kuis telah dibatalkan. Saya telah menerima arahan daripada pejabat Menteri Pengajian Tinggi untuk meneruskan pemberian pinjaman," kata Ismail.


Udang di Dalam Lubang Gunung Berapi




Lubang gunung berapi di sebuah lokasi rahsia di Laut Carribbean didapati mengandungi ribuan udang kecil yang tidak diketahui spesiesnya.


Menurut para penyelidik, lubang itu terdapat di selatan Kepulauan Cayman, lima kilometer di bawah permukaan laut.

Penemuan itu dibuat menerusi satu ekspedisi pada 2010 yang diketuai oleh seorang ahli geokimia marin Pusat Kelautan Kebangsaan Britain dan Jon Copley seorang ahli biologi di Universiti Southampton.

Mereka menggunakan sebuah robot kapal selam untuk meneroka lubang itu dan merakamkan gambar udang tersebut.



Bantah Homoseksual, Lelaki Muslim di Hukum Penjara






Tiga lelaki beragama Islam menghadapi hukuman penjara sehingga tujuh tahun kerana mengedar risalah meminta golongan homoseksual digantung, direjam dan dibakar sampai mati.


Mereka merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang mengedar bahan tersebut di jalan-jalan raya dan menampalnya di peti-peti surat dengan menyatakan golongan homoseksual merupakan punca masalah sosial.

Risalah tersebut yang digelar Hukuman Mati memaparkan imej sebuah patung digantung selain teks menyatakan hukuman mati adalah satu-satunya cara untuk menghapuskan perlakuan homoseksual dalam masyarakat.

Ihjaz Ali, Kabir Ahmed dan Razwan Javed merupakan kumpulan pertama dihukum di bawah undang-undang baru menghasut kebencian ke atas golongan homoseksual.

Ihjaz, 42, Kabir, 28, dan Javed, 28, kesemuanya dari Normanton, Derby didapati bersalah mengedar bahan tersebut bertujuan menimbulkan kebencian terhadap golongan homoseksual.

Mahkamah Derby akan menetapkan hukuman ketiga-tiga lelaki tersebut pada bulan depan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...