expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Monday, March 21, 2011

Review Filem Ratu The Movie

Selepas 4 Madu, A Razak Mohaideen kembali dengan buah tangan lebih matang. Keluar dari kepompong kebiasaan yang mengikatnya, Razak mengambil langkah berani dengan mempertaruhkan nama baru sebagai teraju utama.

Usaha Razak melahirkan ramai pelapis baru wajar diberi pujian kerana ia secara tidak langsung merancakkan lagi industri.

Produksi ini turut memecah tradisi produksi tempatan apabila menggabungkan dua elemen iaitu program realiti dan filem, di mana penonton secara tidak langsung turut menjadi juri dalam menilai persembahan lapan wajah baru ini siapa yang terbaik dan layak dinobatkan sebagai ratu.

Naratif Ratu The Movie disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami. Dengan adanya babak imbas semula, penonton akan lebih memahami konflik, desakan dan sebab mengapa lapan gadis muda ini menyertai Pesona Ratu.

Menyusuri sentuhan Razak kali ini, apa yang boleh dikatakan ia lebih kemas. Setidak-tidaknya, plot ceritanya mampu membangkitkan minat penonton untuk setia mengikuti pengembaraan sekumpulan gadis memburu impian dengan cara masing-masing.

Pun begitu, usah letak harapan terlalu tinggi terhadap cerita ini kerana Razak masih terikat dengan cara lamanya dalam penyampaian elemen suspens, di mana ia tidak jauh berbeza dengan beberapa garapannya sebelum ini, khususnya Mistik — berlatarkan hutan, kehadiran makhluk tidak diundang dan jeritan berlebih-lebihan yang bingit.

Paparan klise itu bukankah lebih baik jika ditukar dengan idea lebih menarik. Begitu juga penggunaan pulau, hutan dan gua sebagai latar belakang, banyak perkara boleh diaplikasikan untuk menguatkan lagi penceritaan, namun sayang apabila Razak tidak menggunakan ruang yang ada itu sebaik-baiknya.

Di sebalik kelemahan itu, Razak berjaya mewujudkan ruang sama rata kepada teraju utama filem ini untuk menyerlahkan bakat. Biarpun masih hijau, lakonan mereka tidak menghampakan. Masing-masing punya kelebihan tersendiri untuk menjadi pelapis kepada pelakon sedia ada.

Kehadiran watak sokongan lakonan Fouziah Ghous, Eizlan Yusof, Yusry KRU, Yasmin Hani, Cico Harahap, Shaharuddin Thamby, Zaibo, Aminah Rhapor, Mazlan Tahir dan dua pelakon remaja lelaki meningkat naik, Azlee Khiri serta Farid Wari menjadi daya penarik filem ini.

Sinopsis:

Ratu The Movie bermula dengan paparan sebuah program realiti Pesona Ratu bagi mencari gadis berkelayakan untuk diiktiraf sebagai ratu. Sepuluh peserta yang datang dari latar belakang berbeza layak mara ke peringkat akhir, tetapi dua tersingkir apabila tiba lewat di tempat pertemuan dijanjikan.

Lapan yang melepasi ujian pertama itu dibawa berlayar ke satu tempat untuk penilaian seterusnya. Ketika berkelah di sebuah pulau, ribut melanda dan mereka terpaksa berlindung di situ sehingga keadaan kembali pulih.

Masing-masing cemas apabila terpaksa berdepan pelbagai kesulitan. Kesukaran itu menyerlahkan sikap sebenar mereka. Keadaan semakin kronik apabila seorang demi seorang mula hilang dan mereka berusaha keras mencari jalan keluar.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...