expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Wednesday, April 20, 2011

Senarai Peserta Imam Muda 2


Bekas ahli gimnastik, jurutera dan pensyarah antara 10 calon Imam Muda musim kedua (IM2) yang diumumkan di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dua calon berasal dari luar negara iaitu bekas ahli gimnastik Mujahid Suhaimi, 20, (Singapura-pelajar) dan Zulfadli Awang, 24, (Brunei-pegawai masjid).

Sementara yang lain adalah Ali Khairudin Abdul Marif, 26, (Sabah-guru Kafa), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, (Perak-pensyarah), Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, (Johor-guru besar), Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20, (Kelantan-guru tarannum).

Turut serta Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27, (Terengganu-imam), Ammar Wan Harun, 27, (Kuala Lumpur-mahasiswa), Mohd Azlan Zulkarnain, 25, (Kuala Lumpur-jurutera) dan Abdul Fattah Riddzwan, 21, (Negeri Sembilan-fasilitator).

"Sepuluh peserta yang berjaya terpilih dalam program ini telah melepasi ujian bacaan ayat al-Quran, pengetahuan am dan mempunyai kelainan tersendiri seperti bakat dan profesion.


"Apabila program ini bermula nanti, mereka akan diberi pendedahan dari sudut ekonomi seperti pasaran saham dan perubatan Islam.

"Sama ada mereka disingkirkan atau tidak nanti, 10 calon ini tetap akan bergelar imam muda. Kami berharap mereka akan menjadi imam muda contoh apabila program ini berakhir kelak," kata Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar.

Tambahnya: "Kami amat bersyukur terhadap penerimaan program ini pada musim lalu kerana semakan carian di Google mencatatkan 1.7 juta pelayar, lebih 300,000 peminat di Facebook, ditonton 3 juta penonton dan mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa."

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...