Friday, April 22, 2011
Ketua Polis Wanita Paling Muda dan Berani di Mexico
Seorang pelajar sebuah kolej, Marisol Valles Garcia (gambar) yang berusia 20 tahun dikatakan telah meninggalkan pekerjaannya sebagai ketua polis di bandar Praxedis G Guerrero, Mexico selepas empat bulan memegang jawatan itu.
Garcia turut bertindak meninggalkan bandar itu bersama keluarganya ke Amerika Syarikat (AS) setelah menerima ancaman bunuh. Bandar Praxedis G Guerrero memang dikenali sebagai lokasi gengster-gengster dadah.
Garcia menjadi ketua polis di bandar itu yang mempunyai 10,000 penduduk selepas dua calon lain menolak untuk mengisi jawatan tersebut. Dua calon itu menolak jawatan tersebut selepas datuk bandar dan anaknya mati dibunuh oleh gengstar dadah.
Dia dikenali sebagai wanita paling berani di Mexico dan dilantik menjadi ketua polis pada Oktober lalu.Namun, seorang jurucakap bandar itu, Andres Morales berkata, Garcia akan menyambung kembali tugasnya tidak lama lagi selepas dia menyelesaikan masalah keluarganya.
Labels:
Snippet Misteri
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment