expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Wednesday, April 13, 2011

Telefon Bimbit Rakam Bayang Budak Dipercayai Hantu

Seorang budak lelaki berusia lima tahun, Sirus Walsh didapati bermain dengan hantu budak oleh keluarganya. Gambar hantu budak itu berjaya dirakamkan menerusi sebuah telefon bimbit berkamera.


"Anak perempuan saya merakamkan gambar anak lelakinya dengan sebuah telefon bimbit baru. Apabila dia melihat gambar tersebut, terdapat dua budak lelaki dengan salah satunya ialah bayang budak," kata nenek Sirus, Julie Smith, 52.

Menurut Smith, anak perempuannya itu kemudian memadamkan gambar tersebut. Namun, katanya, selepas satu gambar lagi dirakamkan, mereka mendapati terdapat bayang budak dekat dengan Sirus.

Julie menafikan bahawa gambar itu adalah palsu dengan menegaskan tiada anggota keluarganya yang mahir dengan teknik untuk memalsukan gambar.

Gambar tersebut turut disiarkan di Facebook dan dalam tempoh sejam, terdapat 20 komen sebelum ia didapati hilang daripada laman rangkaian sosial itu.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...