expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Sunday, April 10, 2011

Kandungan Protein Telur Tiruan Menyamai Tulen



Ujian awal ke atas sampel telur yang dikatakan tiruan mendapati produk itu mengandungi bahan telur tulen.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berdasarkan ujian makmal kimia, protein kulit serta putih dan kuning telur terbabit adalah telur sebenar.

"Bagaimanapun untuk memastikan ia betul-betul bukan telur palsu, kita hantar lagi buat ujian DNA dan apabila kita sahkan tulen atau tidak, saya akan umumkan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan, di sini, Ahad.

Liow berkata keputusan ujian DNA itu dijangka diketahui esok.

"Ini melibatkan kepentingan umum, semua orang nak tahu hasil siasatan kita," katanya.

Beliau juga berkata kementeriannya pernah menerima laporan berhubung perkara sama pada 2007, namun kajian yang dibuat menunjukkan tidak ada telur tiruan di pasaran di negara ini.

Justeru katanya, orang tidak perlu panik berhubung perkara tersebut.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...