expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Saturday, April 16, 2011

Mark Zuckerberg Berjaya Batal Saman Wingklevoss



Mark Zuckerberg berjaya membatalkan saman terhadapnya yang dikemukakan oleh rakan sekelasnya di Universiti Harvard yang menuduh beliau mencuri idea mereka untuk mencipta laman web terkenal, Facebook.


Rakannya Cameron dan Tyler Winklevoss yang merupakan pasangan kembar perlu menerima pampasan penyelesaian bernilai AS$65 juta (RM195 juta), berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat (AS).

Pasangan kembar itu mendakwa perjanjian tersebut tidak adil kerana Facebook menyembunyikan maklumat daripada mereka ketika itu.

''Bagaimanapun, pasangan kembar Winklevoss merupakan perunding sofistikated dibantu oleh satu pasukan peguam.

''Winklevoss bukan pihak pertama yang mencabar Zuckerberg dan kemudian mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,'' kata Hakim Alex Kozinki ketika membuat keputusan.

Peguam pasangan pasangan kembar itu tidak mengulas mengenai keputusan tersebut.

Pasangan kembar setinggi 1.96 meter itu merupakan pendayung perahu di Sukan Olimpik di Beijing pada 2008 dan kisah hidup mereka bersama Zuckerberg diceritakan dalam filem The Social Network.

Pasangan kembar itu bersama Divya Narenda menubuhkan satu syarikat dikenali sebagai ConnectU ketika di Harvard.

Mereka mendakwa Zuckerberg mencuri idea mereka, namun Facebook menyangkal dakwaan itu. Mereka bertiga kemudian bersetuju dengan pampasan bernilai AS$65 juta, namun mereka mendakwa berdasarkan penilaian dalaman yang tidak dinyatakan oleh Facebook, mereka sepatutnya menerima lebih banyak saham Facebook sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

1 comment :

  1. bile org da berjaya ,ade je yg nk jatuhkan .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...