expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Sunday, April 17, 2011

Kumpulan Forteen, Kumpulan Pop Terbaru Malaysia



Kumpulan Forteen yang dianggotai empat jejaka ganteng iaitu Ariz, Izzue, One dan Ameer ini diilhamkan oleh KRU untuk mengimbau semula kehangatan kumpulan vokal lelaki yang pernah mencetuskan fenomena di seluruh dunia pada era 1990-an.

Kumpulan Forteen yang dianggotai empat anak muda (dari kiri) Ariz, Izzue, One dan Ameer.

Pada penghujung 1990-an dan awal 2000, dunia muzik pernah digegarkan dengan fenomena kumpulan vokal lelaki seperti Backstreet Boys, Westlife dan Boyz II Men di barat atau Phyne Ballerz, V.E dan Ruffedge di Malaysia.

"Penubuhan kumpulan Forteen pada waktu ini dilihat bersesuaian dengan era muzik semasa kerana kami membawakan imej dan lagu-lagu cinta remaja,” kata salah seorang anggota kumpulan itu, One.

Kumpulan yang baru berusia empat bulan itu mempertaruhkan muzik pop balada dan kekuatan vokal. Selain One, Forteen turut dianggotai oleh Ameer, Ariz dan Izzue.

Lagu single pertama kumpulan tersebut iaitu Berdua Bersatu ciptaan Edry Abdul Halim akan mula diputarkan di radio pada penghujung April atau awal Mei depan.

2 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...