expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Thursday, March 10, 2011

Pil Jerawat Rahsia Suara Michael Jackson


Seorang doktor di Perancis mendakwa dalam bukunya bahawa suara nyaring yang dimiliki Raja Pop, Michael Jackson (MJ) berkemungkinan besar akibat daripada mengambil ubat merawat jerawat yang mempunyai hormon antilelaki ketika masih muda.

“Apabila Michael meninggal dunia, saya sedar satu fenomena luar biasa mengenai suaranya. Saya berpendapat, punca beliau bersuara keanak-anakan disebabkan memakan sejenis ubat,” kata peminat opera dan profesor pembedahan vaskular di Hospital Universiti Timone di bandar pelabuhan Marseille, Alain Branchereau.

Beliau yang menulis buku mengenai MJ berjudul Michael Jackson, the secret of a voice memberi hujah itu selepas berbincang dengan beberapa rakan, termasuk pakar kimia, dan pakar endokrin.


Mereka mengemukakan satu teori bahawa penyanyi itu mengalamiperubahan pada suaranya berpunca daripada ubat hormon sintetik dikenali Cyproterone yang mengandungi hormon anti lelaki.

“Ketika berusia 12 tahun, Michael mempunyai banyak jerawat. Kami mengetahui mengenai perkara ini kerana Michael sendiri pernah membicarakannya dan menganggap apa yang berlaku sebagai satu tragedi. Pada pendapat saya, apa yang mungkin berlaku ialah mereka yang dekat dengannya mencadangkan rawatan itu,” katanya.

Branchereau berkata, Cyproterone ‘menghalang proses kedewasaan’ dan menyebabkan suara menjadi tidak matang.

Pakar itu juga mengakui beliau membaca kira-kira 20 buah buku mengenai perkara ini, mengkaji gambar dan bercakap dengan pakar kulit, ahli fisiologi suara, pakar bedah, pakar urologi dan seorang bekas penyanyi sebuah kumpulan koir kanak-kanak lelaki.

Ubat itu juga menghentikan pertumbuhan bulu roma dan anak tekak, selain menjejaskan pembesaran tulang, menyebabkan mereka yang mengambilnya menjadi kurus tetapi mempunyai dada yang besar.

2 comments :

  1. aigooo~ macam2.. tak elok sebenarnya makan ubat2 byk2 ni.. amalkan cara hidup yg sihat; bersenam! wee~ ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...