expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Thursday, March 21, 2013

Result SPM: Najwa Latiff Dapat 4A





Penyanyi, Najwa Latiff, 18, yang popular dengan lagu "Muka Buku" dan "Kosong" memperoleh 4A daripada 10 mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.


Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, di sini bagaimanapun tidak hadir untuk mengambil slip keputusan peperiksaannya.

Keputusan SPM Najwa diambil oleh kakaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti untuk mendapatkan keputusan tersebut.

Usaha sekumpulan wartawan untuk menemu bual Syafikah gagal apabila dia enggan melayan pihak media dan bergegas pulang sebaik menerima slip keputusan peperiksaan tersebut.

Ketika dihampiri Utusan Malaysia untuk mendapatkan komen ringkas, Syafikah hanya sekadar berkata: "sorry, sorry."

Najwa ketika menduduki SPM tahun lalu menyasarkan untuk mendapat 6A selepas berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan percubaan.

Najwa antara 192 pelajar sekolah tersebut yang mengambil peperiksaan SPM tahun lalu dan keputusannya diumumkan hari ini.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...