expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Tuesday, February 8, 2011

Imam Dipenjara Miliki Gambar Bogel

Dubai
Mahkamah rayuan Dubai semalam membebaskan seorang imam masjid atas dakwaan menggoda wanita supaya menjalinkan hubungan seks tetapi menjatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan memiliki gambar bogel dengan menggunakan telefon bimbit BlackBerry.

Hakim Mahkamah Rayuan, Eisa Al Sharif menggugurkan hukuman setahun penjara dan membebaskan imam Mesir berusia 35 tahun itu kerana menggoda wanita dan memujuk mereka melakukan hubungan seks dengannya menggunakan satu daripada perkhidmatan telekomunikasi telefon itu.

"Mahkamah, bagaimanapun, memenjarakan tertuduh, S M selama sebulan berikutan kesalahan memiliki bahan lucah. Gambar bogel terbabit akan dirampas,” kata Hakim Al Sharif di kamar mahkamah.


Disember lalu, mahkamah mensabitkan S M kerana menggoda wanita dan menggesa mereka untuk mengadakan hubungan seks dengannya menggunakan BlackBerry Messenger (BBM).

Pendakwa menuduh S M memujuk beberapa wanita untuk mengadakan seks ber samanya selepas berkomunikasi dengan mereka menggunakan BBM dan menghantar foto kurang sopan kepada mereka.

“Saya tidak bersalah. Saya tidak lakukan semua dakwaan itu. Ia tidak pernah berlaku,” kata S M ketika membela dirinya di mahkamah.

Dia juga menghadapi pertuduhan tambahan kerana memiliki foto lucah dengan niat untuk ditunjukkan kepada orang lain.

“Tertuduh menghantar gambar lucah dirinya kepada pegawai polis itu. Sebaik menahannya, kami merampas satu permainan seks yang dimilikinya,” kata saksi polis kepada pendakwa.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...