expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Thursday, April 11, 2013

Sebab Ketua Kelas Dibuli di SMK Tun Hussien Onn - Angkara Bawa Handphone ke Sekolah





Kejadian tiga pelajar membelasah rakannya dipercayai ketua tingkatan yang ‘hangat’ di laman video sosial, YouTube, sejak beberapa hari lalu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa mahu melaporkan tindakan kumpulan terbabit membawa telefon bimbit ke sekolah.


Kumpulan itu dikatakan berang dengan tindakan yang mahu dibuat mangsa sebelum mereka merancang dan membelasah rakan sekelas itu.

Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar yang semuanya tingkatan tiga itu menerima padah apabila dibuang sekolah sejak 8 Mac lalu.

Tindakan itu diambil selepas pihak pengurusan sekolah berkenaan dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, menjalankan siasatan terhadap kejadian yang dikatakan berlaku pada 4 Mac lalu sebelum membuat keputusan itu.

Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin mengesahkan ketiga-tiga pelajar itu sudah dibuang sekolah selepas didapati melanggar peraturan sekolah.


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...