expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Sunday, April 21, 2013

Penyelidik Cipta Robot Mampu Jawab Soalan Peperiksaan Universiti




Penyelidik di dua syarikat gergasi Jepun sedang menyiapkan satu robot yang diharap cukup pintar untuk menduduki peperiksaan di universiti terkemuka negara itu yang menjalankan pelbagai ujian, termasuk matematik dan bahasa asing. 


Otak robot itu akan menganalisis perkataan, nombor dan persamaan sebelum - diharap - mampu memberikan jawapan betul bagi soalan peperiksaan Universiti Tokyo yang terkenal rumitnya.

Pegawai syarikat penyelidik teknologi maklumat gergasi Jepun, Fujitsu Laboratories, Hidenao Iwane, berkata robot berkenaan perlu menganalisis soalan peperiksaan universiti itu dan mengubah formula serta persamaan bagi membolehkan ia diproses sebelum diselesaikan melalui algebra komputer.

Fujitsu dan National Institute of Informatics berkata, mereka menyasarkan robot itu mampu memperoleh markah tinggi dalam peperiksaan berkenaan. Bagaimanapun, sebelum itu, robot berkenaan akan terlebih dulu diuji untuk menjawab peperiksaan bagi lepasan sekolah yang bakal memasuki universiti.

Matlamat akhir mereka, kata Fujitsu, ialah “membangunkan teknologi yang membolehkan seseorang menggunakan peralatan penganalisis matematik canggih dengan mudah.”

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...