YouTube berkata lebih 1 bilion pengunjung dicatatkan melayari laman
video dalam talian itu setiap bulan bagi menonton sebarang klip video
menarik termasuk adegan pergolakan sosial di seluruh dunia.
Pengumuman berkenaan menandakan satu lagi pencapaian kepada evolusi YouTube sejak ia dilancarkan pada 2005 hingga menjadi platform paling berpengaruh dalam landskap media hari ini.
YouTube berjaya menewaskan pesaing terdekat Facebook Inc yang hanya mencatatkan bilangan pengunjung 1 bilion dalam tempoh lima bulan.
Jumlah pengunjung yang besar memberi peluang kepada pemilik laman video berkenaan, Google Inc bagi menperolehi keuntungan yang lumayan menerusi pengiklanan dalam talian.
Google Inc membeli YouTube dengan harga AS$1.76 bilion pada 2006 ketika laman video berkenaan mempunyai kira-kira 50 juta pengguna di seluruh dunia.
No comments :
Post a Comment