Pengeluar minyak utama Perancis, Total semalam melancarkan sebuah adi
komputer yang dapat membantu mencari minyak mentah 15 kali ganda lebih
pantas berbanding sebelumnya.
Mesin tersebut yang dinamakan Pangea telah membantu menganalisis simpanan minyak di Kaombo, Angola dalam tempoh cuma sembilan hari
Sebelum ini, masa empat setengah bulan diperlukan untuk proses cari gali sama menggunakan adi komputer sebelumnya.
“Pesaing-pesaing kami turut membangunkan komputer sama tetapi kami telah mendahului mereka,” kata Pengarah Teknologi Maklumat Total, Philippe Malzac.
Menurutnya, komputer tersebut berkuasa 2.3 petaflop. Satu petaflop menyamai 1000 bilion operasi sesaat.
Pangea kini mengatasi komputer paling berkuasa di dunia, Titan yang memiliki kapasiti 2 petaflop.
Sebelum ini, Total menggunakan sistem komputer Rostand yang menyamai kapasiti 27,000 buah komputer pejabat.
Malzac enggan mendedahkan harga Pangea tetapi menyatakan perbelanjaan AS77.55 juta (RM241.37 juta) diperlukan untuk mengendalikan adi komputer tersebut sepanjang tempoh empat tahun akan datang mencecah.
No comments :
Post a Comment