expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Monday, July 18, 2011

Risalah Peraturan Bola Sepak Pertama Dilelong



Kelab bola sepak England, Sheffield FC berharap untuk mendapatkan beberapa juta pound sterling menerusi lelongan koleksi arkibnya termasuk risalah peraturan permainan bola sepak pertama di dunia.


Bertulisan tangan, risalah pada tahun 1858 itu dijangka dapat dijual pada harga £1.2 juta (RM5.9 juta) dalam lelongan pada Julai depan oleh firma Sotheby di London.

Ia memperkenalkan peraturan bola sepak yang masih diguna pakai sekarang seperti sepakan percuma dan tendangan sudut.



Turut dilelong adalah risalah peraturan bola sepak bercetak pertama di dunia bertarikh 1859 yang juga milik kelab tersebut.

Sheffield FC ialah kelab bola sepak tertua di dunia yang ditubuhkan pada tahun 1857, enam tahun sebelum penubuhan Persatuan Bola Sepak England.


Sebelum ini sebuah dokumen peraturan bola keranjang bertarikh 1891, mengaut £2.6 juta (RM12.8 juta) dalam lelongan di New York pada Disember tahun lalu.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...