expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Thursday, July 7, 2011

Drama Tebusan 30 murid, 3 guru tadika di Muar Berakhir Selamat

 Tadika Serikids di Muar

Tiga guru dan kira-kira 30 murid tadika dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, dekat sini.

Polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan lelaki itu mendakwa sudah mencederakan seorang budak dah mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan.

Dua wanita dipercayai saudara suspek turut berada di tempat kejadian bagi memujuk beliau melepaskan mangsa dan menyerah diri.

Laporan Bernama sebelum ini menyebut, seorang pakar psikologi dikenali Dr. Lau Keen Lee dikatakan telah berusaha menenangkan lelaki yang dipercayai pesakit mental itu dari luar banglo dua tingkat tersebut. 

Difahamkan antara tuntutan lelaki berusia 30-an itu ialah supaya diberikan sepucuk pistol automatik.

Polis terpaksa melepaskan tembakan pada pukul 3.41 petang dan menyerbu masuk tadika yang menjadi lokasi empat guru dan 30 kanak-kanak di Taman Sungai Abong, di sini yang ditahan sebagai tebusan oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang.


Laporan awal mengatakan semua tebusan selamat dibebaskan manakala suspek cedera parah ditembak di kepala dan dibawa keluar dengan ambulans.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...