expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Saturday, July 2, 2011

Pencipta Walkman, Norio Ohga Meninggal Dunia

 
 
Bekas Presiden Sony, Norio Ohga yang mencetuskan revolusi dalam industri muzik dengan memperkenalkan format cakera padat meninggal dunia, pada usia 81 tahun.


Ohga yang merupakan lepasan kolej muzik berkhidmat sebagai Presiden Sony dari 1982 hingga 1995 dan memimpin pengeluar produk elektronik tersebut sehingga menjadi sebuah empayar hiburan yang memiliki portfolio mencakupi muzik, filem dan permainan komputer.

Beliau meninggal dunia akibat kerosakan pelbagai organ badan, menurut Sony.

"Dengan mencorakkan semula Sony menjadi sebuah syarikat yang menggabungkan perkakasan dan perisian, Ohga menempa kejayaan di mana syarikat Jepun lain menemui kegagalan," kata Pengerusi, Ketua Eksekutif dan Presiden Sony, Sir Howard Stringer.

Di samping pembangunan format CD, Ohga mengetuai rundingan Sony pada 1968 dengan CBS Corp, yang menghasilkan penubuhan CBS/Sony Records, kini Sony Music Entertainment.

Keputusan Ohga untuk membeli Columbia Pictures pada 1989 mengukuhkan kedudukan Sony sebagai sebuah konglomerat hiburan. Beliau juga mencipta logo korporat Sony dan mempromosikan konsol permainan PlayStation.

Kerjaya Ohga bersama Sony bermula pada 1953 apabila kedua-dua pengasas syarikat itu, Masaru Ibuka dan Akio Morita melantiknya sebagai perunding ketika beliau masih mempelajari muzik di Universiti Seni Halus dan Muzik Kebangsaan Tokyo.

Di bawah kepimpinan Ohga, Sony merevolusikan industri muzik pada 1982 dengan format CD yang dihasilkan bersama dengan Royal Philips Electronics.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...