expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Wednesday, February 9, 2011

Wanita 70-an Lawan 6 Perompak


Seorang wanita berusia dalam lingkungan 70-an berjaya menggagalkan percubaan sekumpulan enam lelaki untuk merompak sebuah kedai barang kemas di sini dengan hanya menggunakan tas tangannya.

Wanita itu yang namanya tidak didedahkan berlari ke arah kedai emas tersebut semasa beberapa pejalan kaki tidak menghiraukan dua perompak sedang memecahkan cermin kedai tersebut pagi kelmarin.

Tiga perompak lagi yang menunggang dua buah skuter dan sebuah motosikal menunggu di luar kedai berkenaan semasa rakan mereka memecahkan cermin kedai berkenaan.

Namun, wanita tua itu dengan penuh keberanian memukul semua perompak itu dengan tas tangannya menyebabkan mereka gagal mencuri lebih banyak barang kemas.

Wanita tua itu hanya bertindak berseorangan tanpa dibantu oleh beberapa orang yang berjalan dekat dengan kedai emas tersebut.


Keenam-enam perompak tersebut yang amat terkejut dengan tindakan nekad wanita berkenaan bertindak menghentikan rompakan dan cuba melarikan diri dengan segera.

Apa yang lebih melucukan lagi ialah sebuah skuter perompak itu terjatuh semasa wanita tersebut memukul mereka dengan tas tangan berulang kali.

Tiga perompak yang menunggang sebuah skuter yang terjatuh bergegas melarikan diri. Namun terdapat beberapa orang awam kemudian yang prihatin dengan kejadian tersebut bertindak menangkap salah seorang daripada perompak terbabit.

Selepas serangan itu, wanita tersebut dibawa ke sebuah kafe berhampiran untuk minum secawan kopi sebelum beberapa anggota polis mencatatkan maklumat daripadanya berhubung kejadian tersebut.

2 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...