expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Wednesday, September 28, 2011

70 Peratus Syarikat Ada Sijil Halal Milik Bukan Bumiputera



Syarikat bumiputera perlu menggandakan usaha untuk memohon sijil halal memandangkan 70 peratus daripada syarikat yang memiliki pengiktirafan tersebut adalah milik bukan bumiputera.


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan daripada 4,787 syarikat yang mempunyai sijil halal, hanya 1,436 atau 30 peratus merupakan syarikat bumiputera.

''Usahawan bumiputera perlu serius dalam soal ini, pelaburan dalam mendapatkan pengiktirafan halal adalah berbaloi kerana ia menjanjikan pulangan tinggi.

''Di Malaysia sahaja industri halal dianggarkan bernilai RM5.6 bilion setahun manakala nilainya di peringkat global mencecah RM7.5 trilion hingga 8.1 trilion," katanya.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, penguasaan usahawan tempatan dalam pasaran makanan halal dunia masih rendah berbanding negara pengeluar makanan seperti Australia, New Zealand, Thailand dan Brazil.

''Kita bagaimanapun cuba meneroka sektor halal bukan makanan seperti kosmetik dan farmaseutikal, ini merupakan sektor baru yang kita pelopori dan mendahului negara lain," katanya.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...