expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Friday, September 9, 2011

Pelawat Seksi Dilarang Jumpa Banduan




Pelawat berpakaian seksi hanya dibenarkan bertemu banduan penjara New York jika mengenakan kemeja- T hijau besar disediakan pihak berkenaan sebagai sebahagian daripada peraturan baru dilaksanakan di situ.


Menurut kenyataan Jabatan Penjara, peraturan di Penjara Pulau Rikers itu dilaksanakan untuk mengekalkan persekitaran “mesra keluarga” di pusat tahanan berkenaan.

Untuk melaksanakan kod berpakaian itu, penjara terbabit membeli kira-kira 750 baju hijau terang - semuanya bersaiz XXL - bagi mengelak bentuk tubuh pemakainya dilihat banduan.

Jurucakap penjara berkata, mereka cuba mengelak pelawat datang dengan pakaian merangsang banduan.

“Jika mereka muncul secara provokatif, ia mungkin mencetuskan kekecohan di kalangan tahanan,” katanya.

Pada masa sama, penjara itu juga melarang pelawat datang dengan pakaian keterlaluan kerana ia mungkin digunakan untuk menyeludup barang berbahaya.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...