expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Tuesday, May 24, 2011

Saintis Temui Bakteria Pada Tahi Bintang



Seorang saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendakwa dia menemui sejenis bakteria pada tahi bintang yang terhempas ke bumi.


Saintis NASA itu, Dr. Richard Hoover berkata, dia telah mengembara mengelilingi dunia seperti di Antartika, Siberia dan Alaska selama 10 tahun untuk mengkaji kewujudan bakteria tersebut.

Menurutnya, bakteria itu dikenali sebagai CI1 carbonaceous chondrites. Saintis itu menyatakan hanya terdapat sembilan jenis sahaja bakteria itu di bumi. Dr. Hoover menyatakan ia kelihatan serupa dengan bakteria yang terdapat di bumi seperti Titanospirillum velox.

Dia telah mengumpulkan setiap batu dari tahi bintang yang terhempas, pecahkan batu-batu tersebut dan membuat imbasan untuk mencari fosil yang masih tertinggal.

Saintis itu menyatakan kemungkinan setiap organisma yang berada di alam semesta adalah akibat daripada tahi bintang yang jatuh di bumi. Hasil penemuannya itu diterbitkan dalam Journal of Cosmology edisi Mac.

2 comments :

  1. one of the indications that we have friends out there..skarang ni dah jumpa planet yg ada lautan..tp atmosphere kat sana tebal sgt, and maybe the gravity is twice of earth..jarak pun 20.3 tahun cahaya..jauh2..

    ReplyDelete
  2. hmm..
    better letak sekali sumber berita ni bro..
    senang sket orang lain nk rujuk~

    btw, topik yg menarik..
    sangsi sket bila tgk gambar tu mula2.. ;p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...