expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Wednesday, May 18, 2011

Sasha Grey Sudah Muak Berlakon Filem Lucah


Aktres dewasa terkenal Amerika Syarikat, Sasha Grey (atas) sudah berhenti daripada kerjaya dalam industri filem lucah kerana pada kemuncak usia 23 tahun, dia sudah 'melakukan semuanya.'

“Tiada apa lagi untuk saya lakukan. Saya sudah capai semua matlamat saya dan berikutnya ialah untuk menghasilkan atau mengarahkan filem syarikat produksi sendiri,” kata Grey kepada media ketika mempromosi buku fotografinya, NEU SEX. NEU SEX menandakan kerjasama pertama Grey dengan jurugambar Ian Cinnamon. Selain minatnya dalam bidang fotografi, Grey kini meninjau untuk berlakon filem aliran perdana.

Beliau dididik pengarah paling banyak dikritik Steven Soderbergh untuk memegang watak pelacur kelas atasan dalam filem 2009, The Girlfriend Experience.

Berikutan persaraannya dalam industri filem dewasa, Grey kini mengelak daripada peranan berkaitan seks.

“Mulai hari ini saya tidak akan pegang watak mewakili diri saya atau sebagai pelacur,” tegasnya yang baru-baru ini dilaporkan beraksi dalam filem Indonesia, Pocong Mandi Goyang Pinggul.
“Saya fikir The Girlfriend Experience dan Entourage adalah tempat terbaik untuk memegang dua peranan itu dan ia tidak seharusnya lebih bagus lagi. Saya tidak mahu pegang peranan itu sekali lagi dan saya fikir jika saya terus lakon peranan itu saya hanya akan diberi peranan itu saja.”

Bagaimanapun, berlakon dalam filem arus perdana bukan satu-satunya pilihan yang diteroka Grey kerana dia juga minat dengan muzik.

“Saya bekerja dengan kumpulan muzik sendiri, aTelecine dan sedang menerbitkan album berjudul Falcon in the Pod,” katanya.

Mengulas filem lucah, warga California itu mahu membersihkan salah tanggapan iaitu bukan semua aktres lucah rosak akhlak, mangsa dera atau ada masalah ketagih dadah.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...