Friday, February 1, 2013
Tahniah! Aznil Nawawi Kini Bergelar Datuk
Pengacara dan penghibur serba boleh, Aznil Nawawi, 51, kini telah bergelar Datuk.
Gelaran tersebut dianugerahkan bersempena Hari Wilayah Persekutuan yang disambut hari ini.
Aznil dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk bersama 40 individu lain seperti Duta Khas ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu dan juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Istiadat penganugerahan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta.
Labels:
Snippet Hiburan
Tuesday, January 29, 2013
Hebat, Iran Berjaya Hantar Monyet Hidup ke Angkasa Lepas
Iran semalam menghantar sebuah kapsul yang mengandungi monyet hidup ke angkasa lepas, lapor saluran televisyen berbahasa Arab, Al-Alam semalam.
Sebelum ini, beberapa percubaan republik Islam tersebut untuk menghantar monyet ke angkasa lepas menemui kegagalan.
"Iran berjaya melancarkan sebuah kapsul dengan kod nama Pishgam yang mengandungi seekor monyet," kata satu kenyataan daripada sebuah jabatan angkasa aeroangkasa di Kementerian Pertahanan.
Monyet itu dilaporkan kembali ke Bumi dengan selamat.
Labels:
Snippets Teknologi
Kisah Azza (Elite) Dapat Hidayah Bertudung Ketika Berlakon Drama
Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat.
Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini.
"Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus.
Labels:
Snippet Hiburan
Monday, January 21, 2013
Serius tapi belum bertunang - Rozita Che Wan
Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 41, hari ini menyangkal dakwaan dia sudah bertunang dengan pelakon Zain Saidin seperti yang dihebohkan.
Kata Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta, mereka memang serius menjalin hubungan tetapi belum ke tahap risik merisik atau bertunang.
Pada saat ini hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing, biarpun sudah lama berkawan. Kalau ada jodoh, adalah. Biar Allah yang tentukan semuanya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Labels:
Snippet Hiburan
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)


