expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Wednesday, May 25, 2011

35 Fail Rahsia Tentang UFO Didedahkan di United Kingdom




Sebanyak 35 fail rahsia yang mencatatkan penemuan objek terbang tidak dikenali (UFO) oleh tentera dan orang awam sejak 1950an di Britain, didedahkan baru-baru ini. 


Fail-fail tersebut mengandungi kira-kira 8.500 muka surat yang meliputi gambar, lukisan dan gambaran penemuan objek terbang dan surat-surat Kementerian Pertahanan yang dihantar kepada saksi-saksi sebagai maklum balas kepada penemuan mereka, dari 1997 ke 2005.

Anggota polis, seorang askar, seorang pegawai Tentera Udara Diraja (RAF) dan orang awam melaporkan penemuan objek seperti pesawat berbentuk gula-gula pudina dan objek terbang menyerupai cincin, ampai-ampai dan gasing berwarna perak.

100 UFO Serang Jepun


Sekumpulan cahaya misteri yang dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dengan laju di ruang angkasa Shinjuku, Tokyo, lapor laman Rocketnews24.

UFO itu muncul pada 8 April lalu pada pukul 4 petang dan klip video tersebut disiarkan di laman YouTube.

Menurut individu yang merakamkan klip itu, sejumlah orang turut melihat UFO itu di luar rumahnya. Dia berkata, terdapat 100 UFO yang bergerak sebelum ia berkurangan sehingga menjadi 20 buah sahaja.

Terdapat dua buah pesawat terbang berdekatan UFO itu tetapi objek tersebut mungkin berada pada altitud yang lebih tinggi, katanya.

Pengasas Facebook Akhirnya Beli Rumah Pertama



Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 28, membuat keputusan membeli rumah pertamanya berharga AS$7 juta (RM21.02 juta) di Palo Alto setelah tiga tahun menjadi bilionair termuda di dunia.

Rumah barunya yang mempunyai lima bilik itu terletak di kawasan kejiranan Crescent Park dan hanya 10 minit perjalanan ke pejabat barunya di Menlo Park.

Dengan kekayaan yang dianggarkan sebanyak AS$13.5 bilion (RM40.54 bilion), dia sebelum ini hanya menyewa sebuah rumah dua tingkat di kawasan Palo Alto, California.

Dia tinggal di rumah tersebut bersama kekasihnya, Priscilla Chan dan mereka dijangka bertunang dalam tempoh terdekat.

Wang Kertas, Syiling Baru Dilancar Awal Tahun Depan

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan reka bentuk siri baharu wang kertas dan duit syiling Malaysia pada awal 2012.


Tema reka bentuk mata wang siri baharu itu akan mengandungi ciri khusus bagi Malaysia dan juga ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini.

''Pengeluaran wang kertas dan duit syiling ini merupakan satu usaha yang diambil secara berkala dalam tempoh dua belas tahun,'' kata BNM dalam kenyataannya di sini hari ini.

Reka bentuk wang kertas siri keempat yang baharu iaitu adalah denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran.

Duit syiling yang mempunyai reka bentuk baharu pula adalah siri yang ketiga bagi denominasi lima sen, 10 sen dan 50 sen.

Siri baharu wang kertas dan duit syiling itu bakal berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada sehingga siri tersebut dikeluarkan secara beransur-ansur dalam edaran.

Tuesday, May 24, 2011

Pasangan Tua Akhirnya Berkahwin Selepas 28 Tahun Bertunang



Seorang perunding hospital, Ivan Brown dan pesara juruadiografi, Barbara Furlonger akhirnya berkahwin selepas bertunang selama 28 tahun.


Brown, 63, dan Barbara, 55, berkahwin di Hotel Botley Park dekat kediaman mereka di sini di depan 40 rakan rapat dan anggota keluarga pada Jumaat lalu. Pasangan itu berkenalan buat kali pertama di unit rawatan rapi Hospital Diraja Brompton di London pada 1981 dan bertunang dua tahun kemudian.

Menurut Barbara: "Saya seolah-olah tidak percaya hari itu (berkahwin) akhirnya sudah tiba dengan kami menjadi suami dan isteri. Ia telah menjadi satu pertunangan maraton."

Pasangan itu sebelum ini tidak dapat melangsungkan perkahwinan kerana kedua-dua mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Saya tidak pernah meragui bahawa ia (perkahwinan) akan menjadi kenyataan kerana kami selalu menyatakan bahawa kami bakal berkahwin pada satu hari nanti. Namun, disebabkan kami berdua bekerja dalam perkhidmatan kesihatan kerajaan dan selalu dipanggil (bertugas), kami jarang mempunyai cuti rehat yang sama," kata Barbara.

Taman Tergantung Ala-Ala Pandora Dalam Filem Avatar




Dua pekebun mencipta taman tergantung yang dipamerkan dalam Pertunjukan Bunga Chelsea sejak Sabtu lalu.


Taman unik sepanjang 26 meter ciptaan dua pekebun itu, Diarmuid Gavin dan Patrick Collins itu dibiarkan tergantung berhampiran Sungai Thames di sini.

Gavin berkata, dia berharap taman yang digantung pada ketinggian 25 meter itu akan mencuri perhatian pengunjung. Taman itu digantung dengan menggunakan sebuah kren.

"Mereka yang bertuah akan dapat duduk di atas bangku di dalam taman itu dengan badan mereka dipasang abah-abah keselamatan," katanya.

Menurutnya, idea menghasilkan taman tergantung itu diambil daripada pulau tergantung Pandora dalam filem sains fiksyen Avatar yang diarahkan oleh James Cameron.

Saintis Temui Bakteria Pada Tahi Bintang



Seorang saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendakwa dia menemui sejenis bakteria pada tahi bintang yang terhempas ke bumi.


Saintis NASA itu, Dr. Richard Hoover berkata, dia telah mengembara mengelilingi dunia seperti di Antartika, Siberia dan Alaska selama 10 tahun untuk mengkaji kewujudan bakteria tersebut.

Menurutnya, bakteria itu dikenali sebagai CI1 carbonaceous chondrites. Saintis itu menyatakan hanya terdapat sembilan jenis sahaja bakteria itu di bumi. Dr. Hoover menyatakan ia kelihatan serupa dengan bakteria yang terdapat di bumi seperti Titanospirillum velox.

Dia telah mengumpulkan setiap batu dari tahi bintang yang terhempas, pecahkan batu-batu tersebut dan membuat imbasan untuk mencari fosil yang masih tertinggal.

Saintis itu menyatakan kemungkinan setiap organisma yang berada di alam semesta adalah akibat daripada tahi bintang yang jatuh di bumi. Hasil penemuannya itu diterbitkan dalam Journal of Cosmology edisi Mac.

Gunting Dalam Perut Wanita Selama 3 Tahun


Sebilah gunting besar tertinggal di dalam perut seorang wanita, Veronika Cruz selama tiga tahun selepas dia menjalani pembedahan.


Gunting itu tertinggal semasa dia menjalani pembedahan untuk memindahkan ovarinya di sebuah hospital di Sao Paolo, Brazil.

Selepas pembedahan itu, dia mengadu terdapat sesuatu dalam perutnya sehingga mengakibatkan dia pengsan namun beberapa doktor menafikan dakwaan Cruz.

Namun, selepas ujian sinar X menunjukkan gunting tersebut, Majlis Perubatan Sao Paulo berjanji akan melakukan siasatan.

Monday, May 23, 2011

Haiwan Mirip Watak Yoda Dalam Filem Star Wars



Seorang jurugambar, Erik Mikhailov merakamkan gambar seekor haiwan yang mirip satu watak dalam siri filem Star Wars, Yoda ketika dia mengunjungi sebuah kawasan hutan hujan di Filipina baru-baru ini.


Sebenarnya, haiwan yang dirakamkan gambar itu merupakan Tarsier yang mempunyai ciri-ciri fizikal mirip watak Yoda. Haiwan itu mempunyai bentuk telinga yang tajam ke atas dan memiliki mata besar.

"Saya terus teringatkan Yoda (semasa melihat haiwan tersebut). Ketika itu, saya tidak tahu jenis makhluk tersebut walaupun terdapat pelbagai kehidupan yang menakjubkan untuk dilihat," katanya.

Tarsier merupakan haiwan yang hidup di Asia Tenggara. Ia dikenali dengan nama Maumag di Filipina dan mempunyai mata sangat besar dan menjadikan serangga sebagai makanan.

Thursday, May 19, 2011

Hebat! Lelaki Ini Makan 25,000 Biji Burger Sejak 1972



Seorang pesara bekas pengawal keselamatan penjara mencatat rekod orang paling banyak makan burger Big Mac, produk keluaran restoran makanan segera McDonald’s.


Don Gorske makan 25,000 burger itu sejak 39 tahun lalu. Dia diberi penghormatan dalam majlis di kampungnya, Fond du Lac, Wisconsin.

Sebagai pelanggan setia McDonald’s, Rekod Guinness World mengiktiraf pencapaian Gorske selama tiga tahun dan 2,000 Big Mac yang dimakan dalam tempoh itu dan lelaki berusia 57 tahun berkata beliau tidak berniat berhenti makan burger itu.

Kawan Tak Boleh Harap; Rosakkan Kereta Lamborgini Kawannya



Seorang remaja berusia 22 tahun dilaporkan memandu sebuah kereta sport Lamborghini Murcielago bernilai AS$363,657 (RM1.1 juta) milik kawannya yang melanggar sebuah teksi.


Dia memandu kereta itu pada pagi Ahad lalu sebelum hilang kawalan di sebatang jalan raya di Sydney, Australia. Lebih malang lagi, kereta tersebut kemudian bertembung dengan sebuah teksi yang mengakibatkan kedua-dua buah kereta mengalami kerosakan teruk.

Pemandu teksi itu merupakan wanita berusia 51 tahun dan dia terperangkap di dalam kenderaan lebih sejam sebelum diselamatkan dengan sebelah kakinya patah.

Pemilik kereta Lamborghini Murcielago yang berusia 30 tahun itu mungkin berdepan masalah untuk menuntut kerugian daripada syarikat insurans kerana kereta tersebut tidak diinsuranskan kepada pemandu berusia bawah 25 tahun.

Wednesday, May 18, 2011

Gila! Kanak-Kanak 8 Tahun Diberi Suntikan Botox

 Kerry Campbell diberi suntikan botox oleh ibunya

Pihak berkuasa San Francisco sedang menyiasat seorang ibu yang mengakui memberikan suntikan botox antikedutan kepada seorang anak perempuannya yang berusia lapan tahun yang menyertai pertandingan kecantikan.

Seorang ahli kecantikan sambilan, Kerry Campbell mendapat kecaman ramai setelah dia menyuntik wajah anaknya, Britney dengan botox bagi menghilangkan kedutan yang muncul di wajah gadis itu ketika dia tersenyum.

Kerry mendakwa dia hanya memberikan rawatan itu ketika anaknya menyertai pertandingan kecantikan. Wanita itu menegaskan bahawa anaknya itu meminta dia disuntik dengan botox.

Trump Tidak Jadi Bertanding Sebagai Calon Presiden AS



Bilionair terkenal yang juga penerbit program realiti televisyen The Apprentice, Donald Trump kelmarin mengumumkan tidak akan bertanding untuk menjadi calon Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 2012.


"Perniagaan merupakan keghairahan saya yang terbesar dan saya tidak bersedia untuk meninggalkan sektor swasta," katanya yang berusia 64 tahun.

Beliau sebelum ini seolah-olah akan menjadi calon Presiden AS bagi mewakili Parti Republikan dan kerap membuat komen menentang pentadbiran Barack Obama.

Trump juga aktif mempersoalkan sijil lahir Obama sehingga mengakibatkan Presiden AS itu mendedahkan dokumen tersebut bagi membuktikan beliau lahir di Hawaii sekali gus layak bertanding dalam pilihan raya Presiden.

Wanita Separuh Bogel Berlari di Lebuh Raya


Seorang wanita yang hanya berseluar dalam, coli dan berkaki ayam ditangkap polis di sebuah lebuh raya di pinggir bandar raya Los Angeles, US.

Wanita itu ditangkap selepas dia terjun dari sebuah trak penarik kereta yang dipandunya. Dia merampas trak itu kerana keretanya mahu ditarik.

Pemandu trak penunda itu memandu kereta wanita tersebut untuk mengejar traknya yang telah dirampas. Dua buah kereta polis kemudian mengejar trak yang dipandu oleh wanita itu. Namun, wanita tersebut terjun dari trak itu yang sedang bergerak di sebuah lebuh raya.

Beberapa anggota polis kemudian turun dari kereta dan berlari ke arahnya sebelum bergelut dengan wanita itu serta menangkapnya.

Seorang anggota polis Los Angeles, Leftenan Wayne Lightfoot menyatakan, wanita tersebut akan didakwa mencuri kenderaan.

‘Hosni Mubarak’ Minum Arak Kena Denda



Seorang hakim membuat keputusan mendenda Hosni Mubarak kerana minum arak.


Tetapi, tertuduh bukan Hosni Mubarak bekas presiden Mesir yang digulingkan. Tertuduh adalah warga Pakistan yang mempunyai nama serupa dengan bekas pemerintah Mesir itu.

Dia dihadapkan ke mahkamah Dubai kelmarin atas tuduhan melanggar undang-undang minuman keras Emiriyah Arab Bersatu yang mengharamkan minum arak di kawasan awam dan didenda 1,000 dirham (RM828).

Sasha Grey Sudah Muak Berlakon Filem Lucah


Aktres dewasa terkenal Amerika Syarikat, Sasha Grey (atas) sudah berhenti daripada kerjaya dalam industri filem lucah kerana pada kemuncak usia 23 tahun, dia sudah 'melakukan semuanya.'

“Tiada apa lagi untuk saya lakukan. Saya sudah capai semua matlamat saya dan berikutnya ialah untuk menghasilkan atau mengarahkan filem syarikat produksi sendiri,” kata Grey kepada media ketika mempromosi buku fotografinya, NEU SEX. NEU SEX menandakan kerjasama pertama Grey dengan jurugambar Ian Cinnamon. Selain minatnya dalam bidang fotografi, Grey kini meninjau untuk berlakon filem aliran perdana.

Beliau dididik pengarah paling banyak dikritik Steven Soderbergh untuk memegang watak pelacur kelas atasan dalam filem 2009, The Girlfriend Experience.

Gambar Perkahwinan Tengku Zawyah (bekas isteri Datuk K) Dengan Datuk Rayyan

 


Saturday, May 14, 2011

Wajah Bakal Isteri Keempat Salih Yaacob




Inilah wajah bakal isteri keempat Salih Yaacob..


“Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya,” kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.

Wednesday, May 11, 2011

Gara-Gara Rambut Pacak, Pemain Bola Dibuang Padang



Gara-gara gaya rambut ala paku yang tajam, seorang pemain bola sepak dibuang padang oleh pengadil semasa perlawanan liga di Melbourne yang berlangsung minggu lalu.


Nathan Van Someren pada mulanya dilayangkan kad kuning ketika pasukannya, Simpson menentang Daerah Otway di Colac.

“Sebelum perlawanan berlangsung pengadil menyatakan saya tidak boleh bermain dengan gaya rambut sebegini kerana ia membahayakan pemain lain,” kata Van Someren.

Tuesday, May 10, 2011

Padah Aib Bos Dalam Facebook



Tindakan lima konstabel sebuah balai dekat Tampoi di sini, berinteraksi melalui laman sosial Facebook dengan mengaibkan Ketua Polis Balai (KBP) mereka dan seorang sarjan, membawa padah kerana selain dikenakan tindakan disiplin, mereka turut disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Ini berikutan, KBP berpangkat Cif Inspektor itu membuat laporan apabila menyedari lima anggota polis terbabit mengaibkannya dan seorang penyelia Unit Pencegahan Jenayah berpangkat sarjan, selepas melayari laman sosial itu pada 15 April lalu.

Lima anggota terbabit membuat ulasan antara satu sama lain atas tajuk ‘OCS Mengamuk’ menerusi profil komuniti Tampoi Club dan pada status pelayar internet menggunakan nama Grape Masam.

Monday, May 9, 2011

Al-Quran dan Kain Ela Tidak Hangus Dalam Kebakaran



Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api.


Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin.

Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.

Pelakon Noorkhiriah Kini Sudah Bertudung





Pelakon Noorkhiriah, 35, mahu melakukan perubahan dalam hidupnya apabila memilih untuk tampil lebih sopan dengan memakai tudung.

Kata Noorkhiriah, tudung yang dipakainya bukanlah tudung litup sebaliknya hanya menutupi bahagian kepala sehingga telinga sahaja.

“Saya tak mahu masyarakat membuat tafsiran yang salah dengan cara bertudung seperti ini. Apa yang penting saya sedang mempelajari untuk menyesuaikan diri ke arah imej bertudung litup secara berperingkat.


Friday, May 6, 2011

Pembunuhan Osama Difilemkan


Pengarah yang pernah memenangi Anugerah Oscar, Kathryn Bigelow dilapor sedang menerbitkan filem bertajuk Kill Bin Laden yang memaparkan pembunuhan dalam serangan pada 11 September, Osama Bin Laden oleh Amerika Syarikat (AS).
 
Filem yang dibiayai anak perempuan jutawan teknologi Larry Ellison, Megan Ellison itu akan menampilkan aktor Australia, Joel Edgerton, 36, yang sebelum ini pernah berlakon dalam Star Wars.

Thursday, May 5, 2011

Kedudukan Nombor Satu Toyota Bakal Dicantas


Kedudukan Toyota Motor Co. (Toyota) selaku pengeluar kenderaan utama dunia besar kemungkinan akan jatuh ke tempat ketiga selepas General Motors (GM) dan Volkswagen (VW).

Ini berikutan dengan gempa bumi dan krisis nuklear di Jepun yang mengurangkan pengeluaran kenderaan jenama itu sebanyak dua pertiga pada Mac lalu.


Kekurangan komponen kenderaan disebabkan gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu telah menyebabkan gangguan rantaian bekalan dan kerosakan loji nuklear telah mengganggu bekalan tenaga.

Para pelabur menjangkakan pesaing luar negara akan menerima manfaat ekoran kejatuhan pengeluaran kenderaan dari Jepun dan ia menyebabkan saham Hyundai Motors dan Kia Motors dari Korea Selatan melonjak ke paras tertinggi semalam.


Tuesday, May 3, 2011

Gambar Mayat Osama Didakwa Palsu


Wajah mayat ketua kumpulan Al-Qaeda yang berlumuran darah yang tersebar meluas di Internet dan dan disiarkan oleh agensi berita Associated French Press (AFP).

Stesen televisyen Pakistan menyatakan, kesahihan foto berkenaan masih belum dapat disahkan secara rasmi.

AFP memberitahu, kombinasi gambar jelas menunjukkan bahawa janggut dan bahagian bawah gambar berkemungkinan besar tidak asli dan dibuat dengan menggunakan teknik pertindihan gambar.Menurut AFP, terdapat kemungkinan foto mayat Osama (kanan) itu adalah palsu.

Tambah agensi berita berkenaan, kesahihan gambar mayat Osama dipertikaikan kerana raut muka dan janggut pada mayat Osama amat mirip semasa dia masih hidup. AFP tidak menyatakan sumber gambar mayat itu diambil.

Rokok Boleh Rawat Kanser?



Klinik Griya Balur di Jakarta, Indonesia menyediakan perkhidmatan merawat penyakit kanser dengan menggunakan asap rokok yang dihembus ke dalam telinga dan mata selain tiub ke dalam paru-paru si pesakit.


Menurut pengasas klinik tersebut, Dr. Gretha Zahar yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung, dia sudah merawat 60,000 pesakit sejak dekad lalu.

Dia percaya, dengan memanipulasi raksa dalam asap rokok, ia akan dapat mengubat semua pesakit termasuk kanser selain memperlahankan proses penuaan.

"Merkuri merupakan punca semua penyakit. Dalam rokok saya, terdapat pencari bahan (raksa) yang menarik raksa dari tubuh," katanya.

Monday, May 2, 2011

Tentera Amerika Berjaya Bunuh Osama Bin Laden


Pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden terbunuh dalam serangan yang dilakukan tentera Amerika Syarikat (AS), kata Presiden AS, Barack Obama dalam satu pengumuman menerusi televisyen negara itu di Rumah Putih, Washington hari ini - Berita Harian

Sunday, May 1, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...