expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Thursday, May 9, 2013

Facebook Mula Kehilangan Pengguna, Bakal Ikut Jejak Myspace?




 Facebook kehilangan jutaan pengguna setiap bulan dalam sesetengah pasaran utamanya di seluruh dunia, perkara itu didedahkan.


Data bebas daripada penganalisis di SocialBakers mengatakan laman rangkaian sosial itu sudah mencapai kemuncaknya, lapor akhbar The Guardian.

Pakar media baru, Ian Maude di Enders Analysis memberitahu akhbar itu: “Ada faktor kebosanan di mana pengguna suka mencuba sesuatu yang baru. Adakah Facebook akan mengikut laluan Myspaces? Risikonya agak kecil, namun itu tidak bermakna ia tidak akan ke sana.”

Ramai pengguna meninggalkan Facebook dalam mencari alternatif seperti Path dan Instagram, yang dimiliki sendiri oleh Facebook setahun lalu.

Data itu mengatakan bahawa enam juta pengguna Amerika Syarikat meninggalkan tapak itu bulan lalu, ditambah 1.4 juta di United Kingdom.

Satu penurunan pengguna aktif turut dipantau di Kanada, Sepanyol, Perancis, Jerman dan Jepun.
Sejak enam bulan lalu, dikatakan hampir sembilan juta pengguna di Amerika dan dua juta di UK berhenti melayari Facebook.

Sementara itu, di sesetengah bahagian, Facebook masih mengalami satu peningkatan.

1 comment :

  1. susah jugak nak percaya, sebab mengikut laporan terbaru dari pembentangan prestasi kewangan Facebook sepanjang suku ketiga 2013, Facebook kini mempnyai pengguna aktif seramai 1.11 billion, jauh lebih ramai dari jumlah pengguna sepanjang Oktober hingga Disember 2012.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...