expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Showing posts with label Snippet Politik. Show all posts
Showing posts with label Snippet Politik. Show all posts

Friday, May 24, 2013

Kenapa orang Cina sokong Adam Adli?




ULASAN Dalam tempoh lapan tahun saya bekerja sebagai seorang wartawan, cuma dua kali sahaja saya perhatikan orang Cina keluar beramai-ramai untuk menyokong aktivis Melayu yang ditahan.


Kes yang pertama berlaku pada tahun 2008 apabila penulis blog politik termasyhur waktu itu, Raja Petra Kamarudin, ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) selama sebulan.

Waktu itu, Raja Petra ( kiri ) dianggap sebagai "hero" oleh pembaca blognya, yang kebanyakan orang Cina dan India kawasan bandar kerana rencana "pedas" yang ditulis secara eksklusif dalam Bahasa Inggeris.

Kalau kita lihat gambar-gambar sewaktu dia di bebaskan, memang kebanyakan peminatnya yang berkumpul di mahkamah adalah orang bukan Melayu.

Sebelum dibebaskan, dianjurkan beberapa acara nyalaan lilin untuk menunjukkan sokongan, yang juga kebanyakan menarik peserta bukan Melayu.

Saturday, May 11, 2013

Presiden Paling Miskin di Dunia




Presiden Uruguay, Jose Mujica, mendapat gelaran unik, el presidente mas pobre (Presiden Termiskin) apabila dia menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat negara itu. 


Bercakap kepada akhbar Sepanyol, El Mundo, semalam Mujica berkata dia menerima gaji AS$12,500 (RM38,132) sebulan tetapi dia hanya mengambil kira-kira 10 peratus atau AS$1,250 (RM4,575) untuk kegunaan sendiri.

“Ia mencukupi untuk saya dan keluarga, atau saya perlu mencukupkan keperluan dengan gaji sebegitu kerana ramai penduduk Uruguay yang hidup dengan pendapatan jauh lebih kecil daripada itu,” katanya.

Selain Mujica, 77, isterinya, Lucia Topolansky, 67, turut menyumbang pendapatannya sebagai senator kepada tabung negara.

Sunday, April 21, 2013

Senarai 25 Pemimpin BN Yang Isytihar Keluar BN dan Bertanding Atas Tiket BEBAS





Berikut adalah calon BEBAS yang wujud akibat konflik dalaman parti BN. Senarai pemimpin BN yang isytihar keluar BN dan bertanding atas tiket BEBAS.



1. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar

2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen Tasek Gelugor,

3. Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang

4. Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang

5. Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – Parlimen Bandar Tun Razak

6. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak,Mohamad Sukeri Abdul Samat – Parlimen Bandar Tun Razak

Saturday, April 20, 2013

Senarai Lengkap Pencalonan Parlimen dan DUN di Kedah PRU#13





BERIKUT adalah senarai calon layak bertanding bagi negeri Kedah:

PARLIMEN

P. 004 - LANGKAWI
AHMAD BIN ABDULLAH-PKR
MARINA BINTI HUSSEIN-BEBAS
NAWAWI BIN AHMAD-BN

P. 005 - JERLUN
ISMAIL BIN SALLEH-PAS
OTHMAN BIN AZIZ-BN

P. 006 - KUBANG PASU
MOHD JAMAL BIN NASIR-PAS
MOHD JOHARI BIN BAHARUM-BN

P. 007 - PADANG TERAP
MAHDZIR BIN KHALID-BN
MOHD NASIR BIN ZAKARIA-PAS
MUHAMAD BAZLI BIN ABDULLAH-BEBAS

Thursday, April 4, 2013

Hisap Rokok Tidak Boleh Jadi Calon PAS Di Kelantan - Nik Aziz





Setiap calon PAS yang bertanding sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mesti bebas rokok.


Ini ditegaskan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.

"Kalau hisap rokok, tak boleh jadi calon," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.

Saturday, July 9, 2011

Layanan Istimewa Pihak Polis Kepada Tahanan Bersih 2.0



Jika di sekitar ibu kota, para penyokong perhimpunan haram sama ada Bersih 2.0 atau Patriot perlu berdepan dengan meriam air dan gas pemedih mata sebelum ditangkap oleh polis, namun situasi itu berbeza sebaik sahaja mereka tiba di pusat tahanan sementara dekat sini.

 LAYANAN ISTIMEWA... Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan 
gambar-gambar yang menunjukkan kesemua mereka yang ditangkap diambil keterangan oleh
pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa. Mereka turut
disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan.

Wednesday, July 6, 2011

Penyanyi Taiwan Buat Protes Separuh Bogel



Seorang penyanyi, Lee Mi mencetuskan kekecohan kerana dia melakukan protes separuh bogel di depan pejabat Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou. Tindakan itu dibuat kerana dia mahu membangkitkan kesedaran mengenai kempen keselamatan nuklear.


Dalam protes itu, dia duduk sambil memegang poster yang menutup payu daranya manakala beberapa orang lagi memakai baju berwarna putih. Bagaimanapun, beberapa anggota polis datang dan menghampiri penyanyi berkenaan. Tubuh badan penyanyi itu yang separuh bogel kemudian ditutup dengan sehelai kain oleh anggota-anggota polis wanita.

Tunjuk perasaan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 krisis Chernobyl, Ukraine yang berlaku pada 26 April 1986.

Wednesday, June 15, 2011

Bekas PM Britain, Tony Blair Baca Al-Quran Setiap Hari



Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari.


Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.

Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."

"Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.

Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.

Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu.

Wednesday, May 18, 2011

Trump Tidak Jadi Bertanding Sebagai Calon Presiden AS



Bilionair terkenal yang juga penerbit program realiti televisyen The Apprentice, Donald Trump kelmarin mengumumkan tidak akan bertanding untuk menjadi calon Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 2012.


"Perniagaan merupakan keghairahan saya yang terbesar dan saya tidak bersedia untuk meninggalkan sektor swasta," katanya yang berusia 64 tahun.

Beliau sebelum ini seolah-olah akan menjadi calon Presiden AS bagi mewakili Parti Republikan dan kerap membuat komen menentang pentadbiran Barack Obama.

Trump juga aktif mempersoalkan sijil lahir Obama sehingga mengakibatkan Presiden AS itu mendedahkan dokumen tersebut bagi membuktikan beliau lahir di Hawaii sekali gus layak bertanding dalam pilihan raya Presiden.

Monday, April 25, 2011

AC Mizal dan Isteri Sertai UMNO


Pelakon dan pengacara Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di sini apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu pada Ahad.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan berjaya itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Saturday, April 16, 2011

Keputusan Penuh Pilihanraya Sarawak; BN=55, DAP=12, PKR=3, Bebas=1


Keputusan tak rasmi pilhanraya DUN Sarawak memperlihatkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan majoriti 2/3 walaupun kehilangan 8 kerusi tambahan (jumlah 16 kerusi) berbanding pilihanraya 2006. Pada 2006, BN memenangi 63 kerusi. DAP dan PKR juga menyapu bersih kesemua lima di Kuching.

Sumber: Keputusan Pilihan Raya DUN Sarawak

Thursday, April 14, 2011

RPK Akui Terpedaya Dengan Janji Anwar


Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan.

Mengakui turut menjadi mangsa janji Anwar itu, Raja Petra berkata Ketua Pembangkang itu pernah memberi harapan palsu kepadanya semasa beliau dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak.

Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beritahu saya jangan susah (hati), tidak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Friday, April 1, 2011

Ketua Polis Negara Sahkan Video Seks Tulen


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan video seks yang didakwa melibatkan salah seorang pemimpin parti pembangkang adalah tulen.

Menurutnya, kesahihan mengenai rakaman dalam video itu telah disahkan oleh pakar yang membuat kajian terhadapnya.

Beliau berkata, rakaman video itu akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat manakala siasatan kini di peringkat akhir – Utusan

Wednesday, March 23, 2011

'Datuk T' Adalah Trio Tiga Datuk - Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay, Shuib

Datuk Shazryl Eskay Abdullah (kiri) bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik

Tan Sri Rahim Thamby Chik pada Rabu mengesahkan beliau, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim adalah Datuk 'T' yang terlibat dalam mendedahkan skandal video seks kepada media Isnin lalu.

Bercakap kepada pemberita di Hotel Impiana, beliau turut menggesa kerajaan Persekutuan agar segera menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat ketulenan video seks tersebut.

Rahim yang juga Pengerusi Risda berkata, isu ini perlu segera disiasat kerana ia telah menjadi polemik negara.
Rahim adalah bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Shazryl Eskay Abdullah adalah seorang ahli perniagaan dari Kedah dan Shuib pula merupakan bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa atau Perkasa.

Tuesday, March 22, 2011

Kes Hangat Video Seks Anwar Ibrahim

"Bukan Saya" - Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau adalah individu di dalam rakaman video perlakuan aksi seks yang didedahkan kepada media pagi Isnin.

Malah beliau menegaskan semasa rakaman itu dilakukan, beliau berada di rumah bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; kakitangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), anak-anak dan cucu sambil mengakses ke laman sosial 'Tweeter' pada hari dan waktu tersebut.

Tuesday, March 15, 2011

Rosmah Patut Minta Maaf Pada Kerajaan dan Rakyat Jepun



Kalau dulu masalah utama pentadbiran Pak Lah adalah Khairi Jamaludin, kini masalah dan liabiliti utama pentadbiran Najib adalah Rosmah Mansor! Malah ia dianggap lebih parah bila mana melibatkan maruah dan memalukan rakyat Malaysia di mata dunia.



Petikan daripada Harakah:

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor Rosmah patut minta maaf kepada rakyat dan kerajaan Jepun kerana sikap tidak sensitivitinya dan juga kepada rakyat Malaysia kerana memalukan negara.

Demikian kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sebagai respons kepada kenyataan Rosmah yang mendakwa kejadian tsunami di Jepun sebagai pengajaran kepada kerajaan Jepun yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya amat dikesali.

“Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM),” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kenyataan Rosmah yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda.

Wednesday, March 9, 2011

Gaddafi Sedia Berundur Dengan Syarat


Diktator Libya, Muammar Gaddafi memberi isyarat bahawa beliau bersetuju meninggalkan negara berkenaan setelah memerintah selama 41 tahun.

Gaddafi bagaimanapun, meletakkan syarat supaya beliau dan keluarganya diberikan sejumlah wang dan mereka dikecualikan daripada pendakwaan jenayah.

Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan bahawa pemimpin berusia 68 tahun itu turut mengusulkan supaya parlimen Libya mewujudkan satu tempoh peralihan bagi memberi laluan kepada beliau meletak jawatan.

Gaddafi diberitakan menghantar bekas perdana menteri, Jadallah Azzouz Talhi, bertemu para pemimpin penentang di bandar Bengazhi bagi mencapai satu persetujuan mengenai tawaran itu.

Mereka bagaimanapun menolak tawaran Gaddafi kerana menganggap ia satu penghinaan kepada mangsa-mangsa kekejamannya.

"Pendirian kami selama ini adalah jelas, Gaddafi perlu berundur dan tanpa syarat," kata seorang pegawai kumpulan penentang, Essam Gheriani.

Dalam perkembangan berkaitan, jet-jet pejuang Libya melancarkan sekurang-kurangnya lima serangan udara berhampiran kedudukan pihak penentang di bandar pelabuhan minyak Ras Lanuf.

Serangan tersebut dilancarkan bagi menghalang tentera penentang daripada mara ke kubu kuat Gaddafi di ibu negara Libya, Tripoli.


Monday, February 21, 2011

Punca Kebangkitan / Krisis di Asia Barat


Kebangkitan rakyat di negara-negara Asia Barat yang bermula di Tunisia sebelum merebak ke Mesir dan kini di Yemen, Bahrain dan Libya tidak berlaku tanpa sebab.

Gelombang kebangkitan rakyat itu bermula selepas para penunjuk perasaan berjaya menyebabkan Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan bulan lalu.

Ia kemudian diikuti oleh rakyat di Mesir yang berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah sehingga mengakibatkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan selepas hampir 29 tahun memerintah.

Kebangkitan itu kemudian diteruskan oleh rakyat di Libya, Bahrain dan Yemen yang menuntut reformasi pemerintahan dilakukan.

Semua kebangkitan rakyat itu berlaku dalam zaman Facebook, Twitter dan Internet serta komunikasi penghantaran mesej yang laju menerusi telefon bimbit.

Laman web sosial dan telefon bimbit itu membantu kejayaan tunjuk perasaan di Mesir namun punca sebenar gelombang kebangkitan tersebut adalah tiadanya program ekonomi tersusun untuk rakyat di negara-negara tersebut.

Negara Mesir moden sudah lama wujud tetapi apakah yang dilakukan oleh Hosni semasa beliau memerintah untuk membaiki taraf hidup rakyat?

Rakyat di negara itu sudah bosan dengan taraf pembangunan yang berkualiti rendah sedangkan anak-anak pemimpin di negara berkenaan menikmati pendidikan dan gaya kehidupan mewah.


Monday, February 14, 2011

Profil Hosni Mubarak


4 Mei 1928 - Muhammad Hosni Sayyid Mubarak dilahirkan di Kahel-el-Meselha, sebuah kampung di Delta  Sungai Nil, anak kedua daripada lima beradik.

1949 - Tamat latihan di Akademi Tentera Kebangsaan Mesir

1950 - Sertai pasukan tentera udara.

1975 - Dilantik menjadi Naib Presiden oleh Anwar Sadat

1981 - Menjadi Presiden Mesir yang keempat, tujuh hari selepas Presiden Anwar Sadat ditembak mati pada 6 Oktober 1981 kerana menandatangani perjanjian damai dengan Israel,

1980 - Sokong Saddam dalam Perang Iraq-Iran.

1991 - Sokong AS memerangi Saddam selepas Iraq menceroboh Kuwait.

1995 - Terselamat daripada cubaan membunuhnya. Sepanjang 30 tahun pemerintahannya, Hosni terselamat daripada 10 cubaan membunuh.

1999 - Bersetuju mengepam gas asli ke Israel dan wilayah Palestin.

2005 - Membenarkan buat kali pertama pilihan raya pelbagai parti yang dimenangi secara selesa oleh Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) yang diketuainya. Mengalahkan Ikhwanul Muslimin yang terpaksa meletak calonnya sebagai calon bebas kerana masih diharamkan.

25 Januari 2011 - Beribu-ribu rakyat Mesir menunjuk perasaan membantah pemerintahannya, mencontohi pemberontakan rakyat Tunisia.

28 Januari 2011 - Buat kali pertama lantik naib presiden.

1 Februari 2011 - Umum tidak akan bertanding dalam pilihan raya September ini.

10 Februari 2011 - Ulangi pendirian akan kekal menjadi presiden hingga September

11 Februari 2011 - Berlepas ke Sharm El-Sheikh. Naib Presiden, Omar Suleiman umumkan peletakan jawatan Hosni.

Monday, January 24, 2011

Lee Kuan Yew Gesa Umat Islam Lebih Longgar Dalam Beribadah

Bekas Perdana Menteri Singapura menuduh negara jiran, Malaysia dan Indonesia berusaha cuba menjatuhkan republik itu.

Menurut Lee Kuan Yew, kedua-dua negara jiran itu tidak senang dengan kemajuan pelabuhan Singapura dan berusaha untuk menggagalkannya.


Beliau turut menggesa masyarakat Islam tempatan bersikap ‘lebih longgar dalam mengamalkan suruhan agama mereka,’ bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara.

Majoriti penduduk Singapura keturunan China dengan golongan Melayu yang beragama Islam dan kaum India menjadi penduduk minorit.

"Saya boleh berkata hari ini, kita boleh integrasi semua agama dan kaum kecuali Islam,” katanya dalam buku barunya: ‘Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going.'

"Saya berpendapat kami mencapai kemajuan dengan baik sehingga muncul kebangkitan Islam dan jika anda bertanya pendapat saya, masyarakat lain dapat berintegrasi dengan mudah - persahabatan, kahwin campur dan sebagainya,” katanya yang kini menjadi penasihat anaknya yang juga Perdana Menteri republik itu, Lee Hsien Loong.

“Saya berpendapat, masyarakat Islam secara sosialnya tidak mencetuskan masalah.

“Tetapi mereka berbeza dan terpisah,” kata Kuan Yew sambil menggesa penganut agama itu bersikap lebih longgar dalam melaksanakan ajaran Islam.

Ketika melancarkan buku berkenaan Jumaat lalu Lee memberi amaran kepada rakyat Singapura agar tidak bersikap ambil mudah kerana republik itu masih menjalani proses pembangunan.

Dengan menyifatkan Singapura dalam buku itu sebagai ‘bangunan 80 tingkat di atas tanah paya,’ Lee berkata, negara itu mesti berjuang untuk mengatasi sikap bermusuhan dengan negara jiran yang majoriti penduduknya beragama Islam.

“Kita mempunyai jiran yang baik? Sedarlah. Terdapat usaha untuk menjatuhkan kita kerana kita adalah pengacau.” katanya dengan mendakwa Malaysia dan Indonesia berusaha untuk menggagalkan bisnes pelabuhan yang amat penting bagi republik itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...