expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Showing posts with label Snippet Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Snippet Keluarga. Show all posts

Sunday, May 26, 2013

(GAMBAR) Tahniah, Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus Kali Ke-3




Selamat pengantin baru buat Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru diijabkabulkan dengan anak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Kelang Gombak.  Majlis ini turut dihadiri oleh kedua-dua isteri yang terdahulu. Tahniah diucapkan.


Thursday, May 23, 2013

Gadis Berkahwin Seawal Usia 13 Tahun Ini Tidak Menyesal Dengan Kehidupan Berumah Tangga





Walaupun berkahwin pada usia 13 tahun pada tahun lepas, Nur Fazira Saad dan suami yang kini berusia 20 tahun tidak menyesal.


 Nur Fazira berkahwin dengan Mohd Fahmi Mohamed Alias, seorang pemetik buah-buahan.
Beliau berkata telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik.

"Ia menyeronokkan. Sebelum berkahwin, saya sudah tahu bagaimana untuk memasak jadi memasak dan mencuci bukan masalah bagi saya," katanya yang berusia 14 tahun, sambil menambah hidangan kegemaran suaminya adalah asam pedas dan ayam masak merah.

Katanya, dia dan suaminya tidak mahu mempunyai anak lagi kerana mereka masih muda.

Mohd Fahmi berkata berkahwin bermakna kedua-dua mereka terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih besar tetapi mereka tidak mempunyai masalah setakat ini.

Friday, March 29, 2013

Beri Nama Panjang Pada Anak Trend Masa Kini





Nama seperti Amanda Natasha Nur Rania Alya, Meor Muhammad Azrai Tufail, dan Sharifah Nur Arissa Zulaikha Damia adalah antara nama panjang kini menjadi pilihan sesetengah ibu bapa apabila mendaftar anak mereka yang baru lahir.


Nama itu semacam berselirat bila kebetulan nama bapa juga panjang seperti Muhammad Haikal Shafiq al-Amin.

Saturday, September 3, 2011

Gambar Majlis Perkahwinan Ashraf Muslim dan Dayana di Mekah




Tanggal 1 Syawal baru-baru ini, Ashraff Muslim telah pun selamat bergelar suami kepada Dayana. Majlis pernikahan mereka telah dijalankan secara ringkas di Mekah. 


Monday, August 8, 2011

Wanita Penuh Tindik Langsung Perkahwinan




Bagi seseorang yang dipenuhi dengan hampir 7,000 aksesori tindikan, satu lagi cincin tambahan mungkin tidak begitu istimewa.Namun, bagi Elaine Davidson, tambahan koleksi itu mungkin yang akan kekal di hatinya.


Elaine, wanita yang paling banyak bertindik di dunia melangsungkan perkahwinannya, semalam. Dia yang mempunyai 6,925 tindikan berkahwin di Edinburgh, tempat dia tinggal dan menguruskan kedai.

Wanita berusia 42 tahun itu ditemani dua pengapitnya untuk ke pejabat pendaftaran perkahwinan dengan memakai gaun putih dan membawa bunga merah jambu.

Sunday, August 7, 2011

Hebat...Isteri Curang Belasah Suami



Seorang suami menerima nasib malang apabila isteri yang dikahwininya bukan saja berlaku curang malah sanggup bertindak membelasahnya menggunakan kayu kaki meja di kediaman mereka di Taman Kajang Ria, Kajang, tengah hari semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suami malang terbabit cuba bertanyakan perbuatan terkutuk isterinya yang dikesan membawa pulang seorang lelaki ketika ketiadaannya.


Pertanyaan itu menyebabkan wanita berusia lewat 20-an itu tiba-tiba melenting dan mencapai kaki meja yang sudah patah dan membelasah suaminya bertubi-tubi.

Wednesday, July 20, 2011

Lelaki Tanpa Wajah Dapat Muka Baru





Seorang lelaki, Dallas Wiens yang menjadi lelaki pertama di Amerika Syarikat (AS) menerima pembedahan pemindahan muka penuh mendedahkan muka barunya kepada dunia buat pertama kalinya dalam rancangan Good Morning America terbitan ABC.


Lelaki berusia 25 tahun itu mengalami kecacatan wajah selepas mukanya terbakar dalam satu kemalangan kabel elektrik berkuasa tinggi pada 2008.

Dia menjalani pemindahan muka itu di Hospital Brigham dan Wanita di Boston dengan melibatkan lebih 30 doktor, jururawat dan pakar bius pada bulan Mac lalu.

Bagi Wiens, merasai semula ciuman anak perempuannya adalah pencapaian yang paling bermakna. Kini, dia sudah boleh menunjukkan wajahnya kepada anak perempuannya, Scarlett yang berumur tiga tahun.

Wednesday, July 6, 2011

Menyedihkan! Tinggal Dalam Pembentung Banjir



Seorang lelaki tinggal di dalam pembentung banjir di Haikou, selatan China.



Lelaki itu, Lao Li memasang lantai papan, pintu dan kusyen dalam pembentung yang sepanjang 1.82 meter.

Bagaimanapun, lelaki itu yang berusia 30 tahun dan masih bujang diusir dari pembentung tersebut.

Seorang pegawai berkata: "Dia akan diberikan sebuah rumah. Kami tidak boleh membenarkan penduduk tinggal di dalam pembentung ."

Tuesday, May 24, 2011

Pasangan Tua Akhirnya Berkahwin Selepas 28 Tahun Bertunang



Seorang perunding hospital, Ivan Brown dan pesara juruadiografi, Barbara Furlonger akhirnya berkahwin selepas bertunang selama 28 tahun.


Brown, 63, dan Barbara, 55, berkahwin di Hotel Botley Park dekat kediaman mereka di sini di depan 40 rakan rapat dan anggota keluarga pada Jumaat lalu. Pasangan itu berkenalan buat kali pertama di unit rawatan rapi Hospital Diraja Brompton di London pada 1981 dan bertunang dua tahun kemudian.

Menurut Barbara: "Saya seolah-olah tidak percaya hari itu (berkahwin) akhirnya sudah tiba dengan kami menjadi suami dan isteri. Ia telah menjadi satu pertunangan maraton."

Pasangan itu sebelum ini tidak dapat melangsungkan perkahwinan kerana kedua-dua mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Saya tidak pernah meragui bahawa ia (perkahwinan) akan menjadi kenyataan kerana kami selalu menyatakan bahawa kami bakal berkahwin pada satu hari nanti. Namun, disebabkan kami berdua bekerja dalam perkhidmatan kesihatan kerajaan dan selalu dipanggil (bertugas), kami jarang mempunyai cuti rehat yang sama," kata Barbara.

Saturday, May 14, 2011

Wajah Bakal Isteri Keempat Salih Yaacob




Inilah wajah bakal isteri keempat Salih Yaacob..


“Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya,” kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.

Thursday, April 28, 2011

Gambar Bayi Lelaki Maizawati Yang Baru Dilahirkan


Bekas isteri penyanyi Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal, 36,  selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Qhabel Izz Qhushairy. Dia bersalin dalam keadaan normal di Hospital Kuala Lumpur, dekat sini pukul 4.15 pagi, Rabu.

Bayi tersebut merupakan bayi pertama hasil perkahwinan ketiga Maizawati dengan Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim, 23. Mereka bernikah pada 9 Ogos tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.86 kilogram secara normal. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik.

Friday, April 22, 2011

Walaupun Sudah Bertunang Tapi Tak Mampu Kahwin


Seorang kakitangan pentabiran di Kabul, Ahmad Mahfooz mempunyai pendapatan hampir sepuluh kali ganda daripada gaji tahunan pekerja rendah di Afghanistan namun dia masih tidak mampu untuk mengahwini tunangnya.

Dia sudah berhutang beribu-ribu dolar selepas mengadakan satu majlis pertunangan mewah melibatkan 500 orang tetamu pada Disember lalu. Ahmad memberitahu dia tidak tahu sama ada akan mampu untuk mengadakan majlis perkahwinan seperti yang diharapkan oleh bakal isteri dan keluarga mertuanya.

"Saya berhutang dengan hampir semua orang yang saya kenal. Saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan wang untuk berkahwin," kata Mahfooz yang berusia 27 tahun.

Monday, April 11, 2011

Anak Beckham mahu namakan adik ‘Justine Bieber’


David dan isteri, Victoria Beckham mungkin tidak mempunyai masalah untuk mencari nama bagi anak lelaki.
Apabila Victoria disahkan hamil kali keempat, pasangan suami isteri itu mahu membabitkan tiga anak mereka, Brooklyn, 12, Romeo, 9, dan Cruz, 6, memberi nama kepada bakal adik mereka.

Dalam wawancara dengan rancangan realiti, ‘Jimmy Kimmel Live!’ Beckham menceritakan bagaimana anak keduanya, Romeo berkata: “Kita namakannya ‘Justin Bieber Beckham.’” Tetapi kini, selepas kandungan Victoria disahkan perempuan, Romeo, menurut Bieber, mencadangkan nama bakal adiknya itu, Justine Bieber, cuma tambahkan huruf ‘e’ pada Justin.

Cruz pula, kata Beckham, pernah memintanya supaya mengajak penyanyi remaja itu datang ke rumah untuk bermain dengannya. “Saya memberitahunya, ‘Tak mungkin. Dia sibuk,” kata Beckham.

Thursday, March 10, 2011

Perkahwinan Paling Mewah: Pengantin Lelaki Dapat Hadiah Helikopter




Seorang lelaki, Lalit Tanwar, 26, berkahwin dengan Yogita Jaunapuria dalam satu majlis perkahwinan mewah, dilaporkan menerima hadiah berupa sebuah helikopter. Majlis itu dihadiri oleh lebih daripada 20 ribu tetamu.


Mereka berkahwin di sebuah rumah dekat bandar raya ini dengan 12 skrin televisyen gergasi dipasang bagi merakamkan majlis perkahwinan tersebut.

Akhbar Times of India membuat anggaran bahawa majlis perkahwinan yang diadakan pada Selasa lalu itu melibatkan kos AS$22 juta (RM66.67 juta). Namun, akhbar Mail Today melaporkan, kos majlis perkahwinan itu mungkin AS$55 juta (RM166.67 juta).

Akhbar Indian Express melaporkan bahawa, pengantin lelaki mendapat hadiah sebuah helikopter Bel 429 berharga AS$8 juta (RM24.24 juta) dalam satu majlis perkahwinan yang ringkas.

Majlis perkahwinan itu melibatkan anak seorang ahli politik daripada parti Kongres yang kaya, Kanwar Tanwar. Lalit dikatakan memakai kalungan bunga yang diperbuat daripada wang kertas dalam majlis perkahwinan tersebut.

Keluarga pengantin perempuan meraikan pengantin lelaki dengan memberikannya hadiah bernilai AS$5 juta (RM15.15 juta).

Sunday, March 6, 2011

Gadis Cuba Bakar Diri Bapa Tak Izin Kahwin


Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NSHR) di Jazan, Arab Saudi cuba meyakinkan seorang lelaki supaya mengizinkan anak perempuannya, 30, berkahwin.

Pengerusi NSHR wilayah Jazan, Ahmad Al-Bahkali berkata, lelaki itu tidak berhak menghalang anak perempuannya berkahwin.

Menurutnya, tindakan lelaki itu yang enggan membenarkan anak perempuannya berkahwin menyebabkan wanita terbabit pernah cuba membunuh diri. Dia pernah membakar dirinya, menyebabkan dia cedera parah selepas bapanya menolak lamaran dua jejaka.

Ahmad berkata, NSHR terpaksa membawa kes itu ke mahkamah sekiranya lelaki berkenaan enggan bekerjasama. Beberapa dermawan juga bersetuju menanggung pembiayaan perkahwinan supaya lelaki terbabit membenarkan anaknya berkahwin tetapi tawaran itu ditolak.

Wednesday, February 16, 2011

Ibu Tumpang 61 Tahun Lahir Bayi Lelaki


Seorang wanita berusia 61 tahun, Kristine Casey yang menjadi ibu tumpang untuk anak perempuannya berjaya melahirkan seorang cucu lelaki.

Kristine melahirkan anak untuk anak perempuannya itu menerusi pembedahan di sebuah hospital di Chicago, Amerika Syarikat.

Dia bersetuju menjadi ibu tumpang selepas anak perempuannya yang kini berumur 35 tahun tidak dapat melahirkan anak selepas dia mengalami keguguran.

Menurut Dr. Susan Gerber, pembedahan untuk mengeluarkan bayi tersebut tidak rumit.

Kelahiran bayi itu disambut dengan gembira oleh semua anggota keluarga termasuk Kristine.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...