expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Showing posts with label Snippet Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Snippet Ngeri. Show all posts

Friday, April 12, 2013

Lelaki Pemakan Bangkai





BANGKAI haiwan yang mati akibat dilanggar kenderaan dan terbiar di tepi jalan seringkali menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan.


Namun, seorang pesara kerajaan di Britain, Arthur Boyt, 74, menganggap bangkai seperti itu merupakan hidangan paling enak untuk dimakan dan ia percuma. Selera pelik lelaki dari Cornwall, England itu bermula sejak lebih 60 tahun dahulu.

Tuesday, April 9, 2013

Zakar Guru Muzik Dibaham Anjing





Seorang guru muzik terpaksa menjalani pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan satu daripada buah zakarnya selepas dibaham seekor anjing. Joel Goodman, 28, diserang haiwan itu dipercayai baka Bull Terrier Inggeris ketika berjoging.


Ketika dia terbaring kesakitan, pemilik anjing itu enggan membantu, sebaliknya menarik anjing berkenaan sambil memberitahu Goodman: “Saya bukan berasal dari sini.” Dengan berlumuran darah, Goodman berjalan perlahan-lahan ke rumah seorang rakan di Epping, Essex, yang kemudian membawanya ke sebuah hospital di Harlow. Dia menjalani pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan buah zakarnya.

Saturday, March 30, 2013

Hidangan Ngeri Menyerupai Bayi






Baru-baru ini, terdapat beberapa idea baru yang pelik lagi mengerikan yang mana hidangan seperti kek dan daging dihasilkan dengan menggunakan konsep bayi. Hidangan yang benar-benar kelihatan seperti bayi betul lantas membuatkan kami berasa sedikit ngeri. Sebab apa hidangan tersebut dihasilkan dengan konsep sedemikian, tiada siapa yang tahu. Apa yang kami berharap adalah supaya tiada bayi sebenar digunakan ataupun dicederakan sepanjang pembikinan makanan tersebut.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa ini semua hanyalah idea artistik semata-mata, tetapi apa yang pasti hasilnya memang memberikan efek yang menakutkan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...