expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Sunday, May 26, 2013

(GAMBAR) Tahniah, Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus Kali Ke-3




Selamat pengantin baru buat Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru diijabkabulkan dengan anak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Kelang Gombak.  Majlis ini turut dihadiri oleh kedua-dua isteri yang terdahulu. Tahniah diucapkan.


Media Sepakat Boikot Afiq Muiz - Tiada Ruang Untuk Anak Derhaka!





TIADA ruang untuk anak derhaka dalam akhbar kami! Demikian desas desus yang mula kedengaran di kalangan media, khususnya unit hiburan di beberapa akhbar utama sehari dua ini.


Khabarnya beberapa media utama telah memboikot pelakon Afiq Muiz gara-gara bersikap seperti si tanggang, memburuk-burukkan ibunya sendiri, Hasliza Mohd. kepada umum.

Boikot yang dimaksudkan ialah, tidak lagi mengeluarkan sebarang cerita mengenai artis tersebut dan juga kekasih hatinya, Eina Azman dalam tempoh tertentu. Bukan setakat hal berkaitan kerjaya, gambar hiasan di halaman intisari rancangan TV sekalipun, tiada ruang akan diberikan.

"Tak pernah dalam sejarah, seorang artis buat sidang akhbar untuk memburukkan ibunya sendiri," demikian kata seorang pengarang hiburan sebuah akhbar popular.

Friday, May 24, 2013

Kenapa orang Cina sokong Adam Adli?




ULASAN Dalam tempoh lapan tahun saya bekerja sebagai seorang wartawan, cuma dua kali sahaja saya perhatikan orang Cina keluar beramai-ramai untuk menyokong aktivis Melayu yang ditahan.


Kes yang pertama berlaku pada tahun 2008 apabila penulis blog politik termasyhur waktu itu, Raja Petra Kamarudin, ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) selama sebulan.

Waktu itu, Raja Petra ( kiri ) dianggap sebagai "hero" oleh pembaca blognya, yang kebanyakan orang Cina dan India kawasan bandar kerana rencana "pedas" yang ditulis secara eksklusif dalam Bahasa Inggeris.

Kalau kita lihat gambar-gambar sewaktu dia di bebaskan, memang kebanyakan peminatnya yang berkumpul di mahkamah adalah orang bukan Melayu.

Sebelum dibebaskan, dianjurkan beberapa acara nyalaan lilin untuk menunjukkan sokongan, yang juga kebanyakan menarik peserta bukan Melayu.

Samsung jual lebih 10 juta Galaxy S4 Hanya Dalam Tempoh Sebulan




Samsung Electronics mengumumkan telefon pintar terbaru keluarannya Galaxy S4 menjadi peranti paling laris dalam sejarah keluarannya apabila lebih 10 juta unit dijual dalam tempoh sebulan selepas dilancarkan.


Samsung dalam kenyataannya di sini, semalam menjelaskan lebih 10 juta unit S4 sudah dijual dalam tempoh sebulan selepas dilancarkan pada 26 April lalu. Model terdahulu, S3 mengambil masa 50 hari untuk mencatatkan jumlah jualan berkenaan.

Samsung, pengeluar telefon pintar terbesar dunia mensasarkan S4 akan mengukuhkan lagi kehadiran syarikat dalam pasaran peranti pintar mewah berteknologi tinggi di Amerika Syarikat dan seluruh dunia, sekali gus membentangkan cabaran sengit kepada Apple Inc, dengan produk tersohornya iPhone.

Lampias Nafsu Dalam Kereta




Tindakan pasangan kekasih cuba melampiaskan nafsu di dalam kereta yang diletakkan berhampiran semak di Taman Tasek Kulim gagal apabila mereka dicekup oleh anggota polis yang melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan kira-kira jam 3 pagi semalam.


Ketika pemeriksaan dilakukan, pasangan kekasih berkenaan sedang berbaring di dalam kereta sebelum bergegas bangun sambil membetulkan pakaian masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, curiga dengan keadaan kereta berkenaan, sepasukan anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) diketuai Timbalan Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, dari semakan yang dibuat, pasangan kekasih itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah dan diarahkan beredar dari kawasan semak berkenaan.
"Tindakan pasangan kekasih berkenaan yang dipercayai cuba untuk melampiaskan nafsu di kawasan semak berkenaan amat dikesali.

Thursday, May 23, 2013

Gadis Berkahwin Seawal Usia 13 Tahun Ini Tidak Menyesal Dengan Kehidupan Berumah Tangga





Walaupun berkahwin pada usia 13 tahun pada tahun lepas, Nur Fazira Saad dan suami yang kini berusia 20 tahun tidak menyesal.


 Nur Fazira berkahwin dengan Mohd Fahmi Mohamed Alias, seorang pemetik buah-buahan.
Beliau berkata telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik.

"Ia menyeronokkan. Sebelum berkahwin, saya sudah tahu bagaimana untuk memasak jadi memasak dan mencuci bukan masalah bagi saya," katanya yang berusia 14 tahun, sambil menambah hidangan kegemaran suaminya adalah asam pedas dan ayam masak merah.

Katanya, dia dan suaminya tidak mahu mempunyai anak lagi kerana mereka masih muda.

Mohd Fahmi berkata berkahwin bermakna kedua-dua mereka terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih besar tetapi mereka tidak mempunyai masalah setakat ini.

Afiq Muiz Diboikot Oleh Media dan Bakal Disingkirkan Oleh Kak Ton?




Penerbit Datin Zaiton Mohammad Jiwa belum mengambil keputusan sama ada menyingkir atau terus menggunakan khidmat pelakon Afiq Muiz untuk drama terbitan syarikatnya, Global Station Sdn. Bhd.


Zaiton yang kini berada di Manila, Filipina berkata, dia belum berkesempatan bersemuka dengan Afiq untuk bercerita lanjut dengan artis residen syarikatnya itu.

"Memandangkan sekarang Afiq adalah artis residen, jadi Kak Ton perlulah ikut prosedur yang telah dipersetujui sebelum ini. Apa pun Kak Ton bergantung kepada kehendak stesen televisyen.

Sunday, May 19, 2013

Selebriti Lelaki Paling Busuk dan Paling Tidak Terurus




PELAWAK dan pengacara, Russell Brand telah diberi gelaran sebagai selebriti 'Lelaki Paling Busuk' dalam dunia hiburan berdasarkan penampilannya yang selekeh dan tidak terurus.


Russell, 37, mendapat undian sebanyak 35 peratus daripada kajian yang dijalankan oleh Panasonis Steam Washing Report di United Kingdom baru-baru ini.

Dalam tinjauan itu, orang awam diminta memberi pandangan tentang siapakah selebriti lelaki yang kelihatan busuk dan tidak terurus menerusi pandangan mereka secara kasar.

Sementara itu, penyanyi Kesha pula merangkul gelaran sama bagi kategori wanita manakala Britney Spears disenaraikan ditempat kedua.

Malah pelakon filem Twilight, Kristen Stewart, Jodie Marsh dan Helena Bonham Carter masing-masing berada di kedudukan lima teratas senarai itu.

Friday, May 17, 2013

Candice Glover Juara American Idol 12




PENYANYI yang berasal dari South Carolina, Candice Glover telah dinobatkan sebagai juara American Idol musim ke-12 pada malam Khamis dan menjadi peserta wanita pertama memenangi pertandingan itu sejak musim keenam pada tahun 2007.


Candice, 23, berjaya menewaskan Kree Harrison pada pertandingan akhir dengan kemantapan vokal 'soul' dan kemenangannya itu menepati ramalan sejak awal lagi.

Ini adalah percubaan ketiga Candice menyertai American Idol selepas gagal dalam uji bakat pada tahun 2009 dan 2011.

"Penantian tiga tahun. Kesungguhan, kesabaran. Anda adalah pemenang American Idol," umum pengacara, Ryan Seacrest dihadapan 7,000 penonton yang membanjiri Kodak Theatre di Los Angeles.

Sah Shahz Jaszle Orangnya - Ini Kenyataan Media Oleh JAIS




Setelah pelbagai spekulasi dikeluarkan mengenai identiti sebenar pelakon lelaki popular yang telah ditangkap khalwat semalam, JAIS telah mengesahkan bahawa Shah Jaszle ialah orangnya.




Shah Jaszle Dikatakan Sebagai Pelakon Lelaki Terkenal Yang Ditangkap Khalwat?




Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis.


Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.

Sebuah Sekolah Yang Bertutur 31 Bahasa Berbeza





Untuk mengawal satu kelas di sekolah rendah bukan tugas mudah bagi seorang guru. Cuba bayangkan keadaan di Sekolah Katolik English Martyrs di Birmingham yang 414 muridnya bercakap 31 bahasa berlainan di kalangan mereka.


Seperti yang ditunjukkan pada gambar ini, murid di sekolah itu yang bercakap dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa utama adalah golongan minoriti.

Bahasa lain yang digunakan mereka, termasuk Lingala dan Yoruba, kedua-duanya digunakan di sebahagian benua Afrika, Mirpuri dan Hindko, dua bahasa yang berasal dari pakistan, dua loghat bahasa Benggali, Czech dan Sudan.

Thursday, May 16, 2013

Buih Misteri Berbau Busuk Mengalir di Tengah-Tengah Jalan Raya di China





Penduduk di bandar ini dikejutkan dengan kemunculan buih berwarna putih di Jalan Wende, di Nanjing, dalam wilayah Jiangsu. Buih tersebut itu muncul selepas sebuah kawasan kaki lima merekah.



Penduduk setempat mengadu buih itu mengeluarkan bau yang amat busuk.

Media tempatan melaporkan orang ramai percaya kejadian itu berpunca daripada pembinaan laluan tren bawah tanah yang terletak tidak jauh dari lokasi tersebut.


Saturday, May 11, 2013

Presiden Paling Miskin di Dunia




Presiden Uruguay, Jose Mujica, mendapat gelaran unik, el presidente mas pobre (Presiden Termiskin) apabila dia menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat negara itu. 


Bercakap kepada akhbar Sepanyol, El Mundo, semalam Mujica berkata dia menerima gaji AS$12,500 (RM38,132) sebulan tetapi dia hanya mengambil kira-kira 10 peratus atau AS$1,250 (RM4,575) untuk kegunaan sendiri.

“Ia mencukupi untuk saya dan keluarga, atau saya perlu mencukupkan keperluan dengan gaji sebegitu kerana ramai penduduk Uruguay yang hidup dengan pendapatan jauh lebih kecil daripada itu,” katanya.

Selain Mujica, 77, isterinya, Lucia Topolansky, 67, turut menyumbang pendapatannya sebagai senator kepada tabung negara.

Friday, May 10, 2013

Gadis Malaysia 13 Tahun Setuju Dinikahi Lelaki Pemerkosanya




KOTA KINABALU, SABAH–Seorang manajer restoran Malaysia berusia 40 tahun memutuskan menikahi gadis 13 tahun yang diduga telah diperkosanya. Si gadis juga setuju dengan penawaran tersebut.


Tertuduh Ahmad Nazmeen Zulkifli di Mahkamah, seperti dilaporkan Straits Times, Jumat (10/5) menyatakan gadis tersebut telah menarik balik dakwaannya yang telah dilaporkan ke pihak polis pada 18 April lalu.

Manajer restoran itu diduga memperkosa pelajar sekolah menengah itu di dalam sebuah kereta yang diparkir di pinggir jalan pada 18 Februari.

Ia sempat datang pada pengadilan penyerangan pada 28 Februari lalu.

Sumber:republika.co.id

Thursday, May 9, 2013

Facebook Mula Kehilangan Pengguna, Bakal Ikut Jejak Myspace?




 Facebook kehilangan jutaan pengguna setiap bulan dalam sesetengah pasaran utamanya di seluruh dunia, perkara itu didedahkan.


Data bebas daripada penganalisis di SocialBakers mengatakan laman rangkaian sosial itu sudah mencapai kemuncaknya, lapor akhbar The Guardian.

Pakar media baru, Ian Maude di Enders Analysis memberitahu akhbar itu: “Ada faktor kebosanan di mana pengguna suka mencuba sesuatu yang baru. Adakah Facebook akan mengikut laluan Myspaces? Risikonya agak kecil, namun itu tidak bermakna ia tidak akan ke sana.”

Friday, May 3, 2013

Trend Pelik Orang Jepun, Suntik Air Garam ke Dahi




Satu siri baru televisyen mendedahkan trend aneh masyarakat Jepun untuk ‘membengkakkan dahi.’ Penampilan luar biasa itu yang dihasilkan menerusi suntikan air bergaram (saline) pada dahi, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari, menjadi kegilaan terbaru dalam senario pengubasuaian tubuh yang dilakukan secara sulit di negara mata hari terbit itu.


Kesan dramatik hasil rawatan selama dua jam itu berakhir antara 16 hingga 24 jam apabila air bergaram itu diserap oleh tubuh dan dahi kembali kepada saiz normal.

Proses berkenaan didedahkan dalam rancangan National Geographic's Taboo yang menunjukkan tiga orang menjalani rawatan itu secara sulit di Tokyo.

Thursday, May 2, 2013

Siapa Kata Di Kutub Utara Tidak Ada Muslim? Ini ada Masjidnya…




Setelah berhasil mendirikan masjid pertama diKutub Utara, Muslim Kanada mengungkapkan kebahagiaan mereka karena berhasil menambahkan menara di masjid yang berwarna kuning yang berlokasi di kota Winnipeg-Inuvik itu.


“Inilah menara masjid yang dibangun di Kutub Utara. Menara itu sangat indah ketika kami nyalakan lampu-lampunya di tengah kegelapan,” kata Amier Suliman, anggota komite masjid dengan bangga.

Menara itu menjulang dengan tinggi sekitar 10meter, menambah kemegahan masjid yang dibuat dari bahan-bahan fabrikasi itu. Komunitas Muslim di Inuvik–kota yang berjarak 200 kilo meter dari Kutub Utara–sudah lama menginginkan sebuah tempat yang memadai untuk menjalankan peribadahan mereka. Tapi impian itu sempat lama tertunda karena harga bahan bangunan dan ongkos tukang bangunan yang sangat mahal.

Saturday, April 27, 2013

Istana Hogwarts Dari Filem Harry Potter Dibuka Kepada Orang Ramai




Sebuah replika Istana Hogwarts yang terdapat dalam siri filem Harry Potter dipamerkan kepada orang ramai di Studio Pelancongan Warner Bros di Watford.


Replika istana itu dibina untuk filem Harry Potter and the Philosopher's Stone.

Ia dihasilkan untuk rakaman pemandangan dari udara dan diimbas secara digital untuk adegan-adegan yang menggunakan imej penjanaan komputer (CGI).

Seramai 86 artis dan kru diperlukan untuk membina replika tersebut yang berdiameter lebih 15 meter dan dilengkapi lebih 2,500 lampu fiber optik.



Mangsa Rogol ditinggalkan Perogol diatas Lebuh Raya di China (5 Gambar)




Apa dah jadi dengan dunia ini. Seorang mangsa rogol di China ditinggalkan Perogolnya di atas Lebuh Raya dalam keadaan bogel. Memang keadaan gadis tu pun dalam keadaan yang teruk, boleh nampak lebam tampak kelihatan pada tubuhnya. Kalau aku jumpa lelaki tu, akan aku teranjangnya dan biar atas jalan juga..

 

Bobo Keluar Video Terbaru Buat Gaya Gwiyomi





Nampaknya semakin hari semakin kentang populariti si Bobo ni. Setiap video parodi yang dikeluarkannya pasti mendapat tontonan yang ramai di Youtube. Walaupun pelbagai reaksi kurang senang dilemparkan kepadanya, Bobo tetap mempunyai kelompok pengikutnya tersendiri. Terbaru video Gwiyomi dikeluarkannya. Cayalah Bobo!




Malaysia Negara ke-13 Dunia Makan Mee Segera Paling Banyak




Buat pertama kalinya jualan produk mi segera telah mencecah 101 bilion paket pada tahun lalu, menurut Persatuan MI Segera Dunia (WINA) yang berpangkalan di Jepun.


China (termasuk Hong Kong) merupakan pengguna yang tertinggi dengan merekodkan 44 bilion paket tahun lalu.

Tempat kedua ialah Indonesia dengan 14.1 bilion diikuti Jepun selaku pengasas mi segera dengan 5.4 bilion.
Malaysia menduduki tempat ke-13 pada 2012, dengan permintaan ke atas makanan segera itu sebanyak 1.3 bilion.

Vietnam, India, Amerika Syarikat dan Korea ialah negara yang mempunyai permintaan yang lebih tinggi berbanding Malaysia.

Selain itu ialah Thailand, Filipina, Brazil, Rusia dan Nigeria berdasarkan kedudukan semasa yang dikeluarkan oleh persatuan itu menerusi laman sesawangnya.

Friday, April 26, 2013

Gambar 7 Blogger Lelaki Kacak Malaysia





Inilah 7 Blogger Lelaki Kacak Malaysia. Boleh dikatakan mereka ini blogger popular malaysia la jugak. Jom kita usha.




http://benashaari.com

Apalah Guna Jilbabmu Kalau Dadamu Ditonjolkan?





Semakin lama Dunia ini semakin Tua, beribu-ribu macam ragam gaya pun akan bermunculan. Entah darimana asal muasal gaya atau trend tersebut. Kita sebagai Muslim dan Muslimah yang baik, seharusnya bisa memfilterisasi semua permainan Dunia ini.



Muslimah yang baik ialah Muslimah yang menutupi dan Menjaga Auratnya sebaik-baiknya dari pandangan orang lain. Mulai dari Ujung Rambut sampai Kaki, kecuali muka dan telapak tangan.


Isu Video Solat Bersama Lagu Maroon 5: Indonesia Minta Google Padam Video Hina Islam




Kerajaan Indonesia hari ini meminta syarikat pengendali laman web perkongsian video YouTube, Google memadamkan satu video yang dipercayai mempersendakan agama Islam.


Menteri Penerangan, Taifatul Sembiring berkata, kerajaan telah meminta kerjasama Google untuk memadamkan video yang memaparkan lima pelajar perempuan sebuah sekolah tinggi mempersendakan solat dengan membuat tarian mengikut rentak lagu Maroon 5, One More Time.

Polis Indonesia berkata, kelima-lima pelajar berkenaan telah dibuang sekolah dan berkemungkinan didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina Islam.

Bagaimanapun, maklumat lanjut tentang pelajar berkenaan tidak didedahkan.

(GAMBAR) Nazim Othman Bergambar Bersama Siwon Super Junior




Kedatangan Siwon dari kumpulan Super Junior ke Malaysia baru-baru ini bukan sahaja menarik minat peminat untuk bertemu dengan artis K- Pop pujaan ramai itu malahan pelakon tanah air, Nazim Othman turut mengambil kesempatan bertemu dengan artis berkenaan.




Thursday, April 25, 2013

Memey Suhaiza Buat Keputusan Untuk Terus Bertudung




Kalau sebelum ini pelakon Memey Suhaiza memberitahu dia masih dalam proses memakai tudung, kini Memey memaklumkan dia sudah mengambil keputusan untuk bertudung secara kekal. Menurut Memey dia mengambil keputusan itu setelah berfikir dengan sebaik-baiknya.

“Saya memang dah buat keputusan untuk terus bertudung. Keputusan ini saya buat bukan kerana desakan sesiapa, tetapi datang dari hati saya sendiri. Selama beberapa hari ini saya berasa sangat selesa dan tidak janggal apabila mengenakan tudung. Jadi, adalah lebih baik saya buat perubahan ini. Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung,” ujar Memey.

Dalam masa yang sama, Memey juga memberitahu dia sebenar  sudah memberitahu niatnya untuk bertudung kepada suaminya, Norman Hakim sejak seminggu yang lalu. Namun, tidak bersedia untuk mengheboh-hebohkan perkara itu kepada umum.

Cara Orang Perempuan Dulu-Dulu Menjaga Dara (16th Century)





Wow..memang gerun tengok. Perogol pun mungkin tak berani nak bertindak.



 

Paltrow Wanita Tercantik Dunia




Pelakon jelita, Gwyneth Paltrow dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia untuk tahun 2013 oleh majalah People.


Paltrow merampas kedudukan tersebut daripada penyanyi pop, Beyonce.

Ibu berusia 40 tahun itu mengamalkan senaman ketat lima hari seminggu bagi menjaga bentuk badan.

Wednesday, April 24, 2013

Satu Kampung Miliki Lebih 100 Pasangan Kembar, Bingungkan Pakar




Sebuah perkampungan terpencil di utara India menggemparkan pakar-pakar kesihatan kerana memiliki lebih daripada 100 pasangan kembar, lapor akhbar MailOnline kelmarin.


Fenomena itu berlaku di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Mohammedpur Umari yang terletak dalam wilayah Uttar Pradesh.

Kampung tersebut dihuni oleh 6,000 penduduk. Lokasi itu tiada jalan raya yang sempurna, sekolah atau pun hospital.

Namun, perkara luar biasa berlaku apabila terdapat lebih daripada 100 pasangan kembar di kampung tersebut sejak 50 tahun lalu.

Tuesday, April 23, 2013

Rajin Minum Kopi Boleh Panjangkan Umur Setahun




Sekumpulan saintis mendakwa menikmati tiga cawan kopi sehari berupaya memanjangkan setahun umur manusia.


Kajian dilakukan ke atas 500,000  warga emas mendapati risiko kematian menurun disebabkan mereka lebih banyak meminum kopi dalam sehari.

Saintis Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Neal Freedman berkata, dari penyelidikan dilakukan mereka yang mengambil dua atau tiga cawan kopi sehari dapat mengurangkan risiko kematian awal sebanyak 10 hingga 15 peratus.

“Tetapi sekiranya individu mengambil lebih daripada dua atau tiga cawan, ia tidak memberi manfaat malah dianggap tidak sihat kerana kandungan kafein boleh memberi risiko kepada masalah jantung, strok, kencing manis dan Parkinson," katanya.

Memey Suhaiza Perjelas Isu Bertudung Litup




Pelakon Memey Suhaiza masih belum bersedia untuk memakai tudung walaupun tampil membuat kemunculan dengan imej berkenaan di khalayak pada Ahad lalu. 


Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 25, berkata, buat masa ini dia dalam proses percubaan untuk memakai tudung dan mahu perubahan itu datang secara semula jadi tanpa paksaan sesiapa.

"Saya baru mula memakai tudung pada Ahad lalu tetapi belum sepenuhnya dan biarlah ia terjadi secara perlahan-lahan.

"Saya harap peminat mendoakan perkara yang baik untuk saya," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Memey mengulas mengenai gambarnya yang bertudung litup ketika hadir pada hari sukan anak tirinya, Mohamed Danish Hakim, 9 yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya.

Monday, April 22, 2013

Harlem Shake Itu Haram?



 
The Harlem shake is a dance that originally began in Harlem, New York, in 1981.Since its beginnings it has spread to other urban areas and became popular in music videos. The self-purported inventor of the dance was "Al B", a Harlem resident.[2] Because of its founder, the dance was originally called the "albee" in Rucker and Harlem, but then later became known as the Harlem shake.




The World’s First Smartphone for the Blind




The smartphone market is rapidly growing and according to the latest innovation, blind people will soon be able to receive SMS’s and emails on their smartphones, which automatically converts text into Braille patterns. 


The smartphone for the blind will be based on an innovative touch screen that is capable of elevating and depressing to create readable text from the content it receives.

Sumit Dagar, the developer of the latest innovation claims to have started the project about three years back and will be collaborating with IIT Delhi on making the prototype, which is currently in its testing phase.

Sunday, April 21, 2013

Senarai 25 Pemimpin BN Yang Isytihar Keluar BN dan Bertanding Atas Tiket BEBAS





Berikut adalah calon BEBAS yang wujud akibat konflik dalaman parti BN. Senarai pemimpin BN yang isytihar keluar BN dan bertanding atas tiket BEBAS.



1. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar

2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen Tasek Gelugor,

3. Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang

4. Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang

5. Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – Parlimen Bandar Tun Razak

6. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak,Mohamad Sukeri Abdul Samat – Parlimen Bandar Tun Razak

Pertandingan Membuat Muka Paling Hodoh Di Sepanyol




Ada pertandingan di Sepanyol yang mencabar orang-orang untuk membuat wajah seburuk mungkin. Adakah anda dapat mengalahkannya?

 



Penyelidik Cipta Robot Mampu Jawab Soalan Peperiksaan Universiti




Penyelidik di dua syarikat gergasi Jepun sedang menyiapkan satu robot yang diharap cukup pintar untuk menduduki peperiksaan di universiti terkemuka negara itu yang menjalankan pelbagai ujian, termasuk matematik dan bahasa asing. 


Otak robot itu akan menganalisis perkataan, nombor dan persamaan sebelum - diharap - mampu memberikan jawapan betul bagi soalan peperiksaan Universiti Tokyo yang terkenal rumitnya.

Pegawai syarikat penyelidik teknologi maklumat gergasi Jepun, Fujitsu Laboratories, Hidenao Iwane, berkata robot berkenaan perlu menganalisis soalan peperiksaan universiti itu dan mengubah formula serta persamaan bagi membolehkan ia diproses sebelum diselesaikan melalui algebra komputer.

Saturday, April 20, 2013

Air Terjun Beku Mengalir Keluar Dari Apartment di China





Pernahkah anda terfikir, apakah bakal berlaku jika air paip dibiarkan mengalir terlalu lama di rumah?


Tindakan seorang penghuni tingkat tujuh apartmen di wilayah Jilin, timur laut China membuka paip air sebagai tanda protes berjaya menghasilkan air terjun beku menakjubkan di luar bangunan itu.

Wen Hsu, 58, mengambil tindakan tersebut selepas apartmen itu akan dirobohkan untuk projek pembinaan kompleks membeli-belah baru di tapak terbabit.

Hsu menginap sejak 35 tahun lalu menegaskan, dia enggan berganjak kerana tidak ditawarkan pampasan mencukupi untuknya berpindah ke tempat lain.

Senarai Lengkap Pencalonan Parlimen dan DUN di Kedah PRU#13





BERIKUT adalah senarai calon layak bertanding bagi negeri Kedah:

PARLIMEN

P. 004 - LANGKAWI
AHMAD BIN ABDULLAH-PKR
MARINA BINTI HUSSEIN-BEBAS
NAWAWI BIN AHMAD-BN

P. 005 - JERLUN
ISMAIL BIN SALLEH-PAS
OTHMAN BIN AZIZ-BN

P. 006 - KUBANG PASU
MOHD JAMAL BIN NASIR-PAS
MOHD JOHARI BIN BAHARUM-BN

P. 007 - PADANG TERAP
MAHDZIR BIN KHALID-BN
MOHD NASIR BIN ZAKARIA-PAS
MUHAMAD BAZLI BIN ABDULLAH-BEBAS

Friday, April 19, 2013

Punca MV Terbaru PSY 'Gentleman' Diharamkan di Korea





Sebuah stesen penyiaran terkenal di Korea Selatan, KBS mengharamkan video muzik baharu Psy yang berjudul Gentleman.


Pengharaman yang diumumkan semalam itu dibuat kerana video muzik penyanyi rap tersebut menyiarkan adegan dia menyalahgunakan harta benda awam.

Dalam video muzik itu, terdapat adegan yang menunjukkan Psy, 35, menendang sebuah kon yang diletakkan oleh kakitangan pihak berkuasa tempatan di sebatang jalan raya.

Resort Terapung Gili Lankanfushi Yang Eksotik!




Alangkah bestnya jika satu hari nanti dapat pergi ke tempat macam ni...

Video Penghinaan Solat Oleh 5 Pelajar Perempuan Sekolah Menengah ~ Dunia Akhir Zaman


 

Video 5 siswi Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 2 Tolitoli, Sulawesi Tengah yang bergurau, Mereka mempraktikkan ritual shalat dengan mencampur-adukkan joget dan musik yang kemudian beredar di dunia maya.


Belum jelas apa maksud dan niatnya, namun sendau-gurau 5 siswi, yang salah satunya menggunakan jilbab sedikitnya telah memancing kegelisahan banyak pihak tentang moralitas para remaja di negeri ini.

Seperti diketahui, sebuah tayangan berjudul “Kelakuan Siswa SMA 2 Toli-Toli” yang dimuat di laman Youtube telah membuat masyarakat resah.


Padah Kemaruk Hendak Berbini





Gara-gara kemaruk hendak berbini, seorang lelaki bukan sahaja tergamak memalsukan surat tawaran jawatan konstabel polis malah, sanggup mengatur satu temu duga palsu bagi mengambil hati keluarga bakal isterinya dalam kejadian di sini baru-baru ini.


Bukan itu sahaja, lelaki berusia 35 tahun itu turut mengaku sebagai anak saudara Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan dan memalsukan surat tawaran jawatan konstabel yang kononnya ditandatangani oleh Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam.

Bagi memastikan penipuannya berjalan lancar, suspek turut membawa adik perempuan bakal isterinya itu ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Zon Selatan di Bakri, Muar, Johor pada awal bulan ini untuk menjalani temu duga.

Thursday, April 18, 2013

Bintang Home Alone Kini Jadi pengemis?





PELAKON yang cukup popular menerusi filem Home Alone, Macaulay Culkin, dilaporkan merayau-rayau di Kota London sehingga mendatangkan kebimbangan kepada rakannya.


Menurut sumber, pelakon berusia 32 tahun ini kelihatan seperti seorang pengemis yang tidak mempunyai tempat tinggal.

"Selepas berparti bersama rakannya, dia menghilangkan diri dan keluar berkeliaran seorang diri.

"Apabila dihubungi rakannya, dia memberitahu sedang bersiar-siar namun keadaannya menggambarkan dia seperti seorang pengemis.

"Malah, rakannya sendiri tidak mengenali dia ketika itu," kata sumber itu.


Disebabkan Terlalu Kacak, 3 Pemuda Abu Dhabi Diusir dari Arab Saudi





Riyadh – Otoritas Arab Saudi menahan dan mendeportasi tiga pemuda yang berasal dari Abu Dhabi, Uni Emirat Arab (UAE). Pengusiran ini dilakukan karena ketiga pemuda tersebut dianggap terlalu ganteng. Hah?!


Ketiga pria muda yang tidak disebutkan namanya tersebut, datang ke Saudi untuk menghadiri festival kebudayaan yang digelar di ibukota Riyadh. Namun tiba-tiba mereka malah ditangkap polisi setempat. Demikian seperti dilansir The Sun , Kamis (18/4/2013).

Polisi syariah di kota itu atau Mutaween, beralasan bahwa pemuda-pemuda tersebut dikhawatirkan bisa mengganggu kaum wanita setempat. Menurut Mutaween, dikhawatirkan para wanita setempat tidak akan mampu menahan diri dan tergoda dengan ketiga pria tampan tersebut. Hal tersebut jelas-jelas melanggar hukum syariat Islam yang berlaku di negara itu.

Saturday, April 13, 2013

Pondan Menyamar Sebagai 'Doktor Ika' Perdaya 5 Klinik di Melaka





Polis menahan seorang pondan yang menyamar sebagai doktor perubatan dan memperdaya lima klinik di sekitar daerah Melaka Tengah di sini untuk menerimanya sebagai pekerja sambilan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka Supt Soh Hock Sing berkata lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai 'Doktor Ika' itu turut memalsukan Sijil Perakuan Amalan Tahunan bagi menyakinkan majikan untuk mengupahnya dengan bayaran maksimum RM45 sejam.

Beliau berkata lelaki tersebut dipercayai menyamar sebagai doktor dengan menggunakan salinan sijil dari Majlis Perubatan Malaysia ketika memohon pekerjaan berkenaan di lima klinik di Sungai Udang, Batu Berendam dan Melaka Baru sejak Januari lepas.

Maria TV Untuk Pengacara Wanita Berpurdah





Maria TV di Kaherah, Mesir iaitu saluran televisyen satelit yang dikendalikan dan dihoskan oleh wanita berpurdah, dilancarkan pada hari pertama Ramadan tahun lalu.


Saluran itu diwujudkan bagi memecahkan tradisi industri televisyen Mesir yang selama ini hanya memaparkan wanita cantik semata-mata untuk mengejar rating sehingga menyisihkan pekerja yang memakai purdah.

Keadaan itu berbeza apabila di dalam sebuah studio di stesen berkenaan, kelihatan dua orang hos memakai jubah hitam.

Mereka juga menutup bahagian muka yang hanya menampakkan mata selain memakai sarung tangan sedang membincangkan satu isu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...