expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Friday, May 17, 2013

Shah Jaszle Dikatakan Sebagai Pelakon Lelaki Terkenal Yang Ditangkap Khalwat?




Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis.


Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.
Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja.

Berdasarkan komen di blog gosip popular, Beautifulnara, ramai yang mengatakan pelakon lelaki yang dimaksudkan adalah Shah Jaszle...benarkah? Sama-sama kita nantikan.



sumber: mstar, beautifulnara

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...