expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Showing posts with label Snippet Arkitekcer. Show all posts
Showing posts with label Snippet Arkitekcer. Show all posts

Saturday, April 27, 2013

Istana Hogwarts Dari Filem Harry Potter Dibuka Kepada Orang Ramai




Sebuah replika Istana Hogwarts yang terdapat dalam siri filem Harry Potter dipamerkan kepada orang ramai di Studio Pelancongan Warner Bros di Watford.


Replika istana itu dibina untuk filem Harry Potter and the Philosopher's Stone.

Ia dihasilkan untuk rakaman pemandangan dari udara dan diimbas secara digital untuk adegan-adegan yang menggunakan imej penjanaan komputer (CGI).

Seramai 86 artis dan kru diperlukan untuk membina replika tersebut yang berdiameter lebih 15 meter dan dilengkapi lebih 2,500 lampu fiber optik.



Wednesday, May 25, 2011

Pengasas Facebook Akhirnya Beli Rumah Pertama



Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 28, membuat keputusan membeli rumah pertamanya berharga AS$7 juta (RM21.02 juta) di Palo Alto setelah tiga tahun menjadi bilionair termuda di dunia.

Rumah barunya yang mempunyai lima bilik itu terletak di kawasan kejiranan Crescent Park dan hanya 10 minit perjalanan ke pejabat barunya di Menlo Park.

Dengan kekayaan yang dianggarkan sebanyak AS$13.5 bilion (RM40.54 bilion), dia sebelum ini hanya menyewa sebuah rumah dua tingkat di kawasan Palo Alto, California.

Dia tinggal di rumah tersebut bersama kekasihnya, Priscilla Chan dan mereka dijangka bertunang dalam tempoh terdekat.

Tuesday, May 24, 2011

Taman Tergantung Ala-Ala Pandora Dalam Filem Avatar




Dua pekebun mencipta taman tergantung yang dipamerkan dalam Pertunjukan Bunga Chelsea sejak Sabtu lalu.


Taman unik sepanjang 26 meter ciptaan dua pekebun itu, Diarmuid Gavin dan Patrick Collins itu dibiarkan tergantung berhampiran Sungai Thames di sini.

Gavin berkata, dia berharap taman yang digantung pada ketinggian 25 meter itu akan mencuri perhatian pengunjung. Taman itu digantung dengan menggunakan sebuah kren.

"Mereka yang bertuah akan dapat duduk di atas bangku di dalam taman itu dengan badan mereka dipasang abah-abah keselamatan," katanya.

Menurutnya, idea menghasilkan taman tergantung itu diambil daripada pulau tergantung Pandora dalam filem sains fiksyen Avatar yang diarahkan oleh James Cameron.

Monday, March 7, 2011

Hujan Salji Akan Melanda i-City Shah Alam Pada 19 Mac Ini



Hujan salji akan melanda i-City di Shah Alam pada 19 Mac ini dan fenomena luar biasa itu dijangka berterusan sepanjang tahun mulai tarikh tersebut.


Perkara ini diumumkan oleh I-Berhad dalam satu sidang akhbar di sini petang Isnin yang turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Pengerusi Eksekutif I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.

Hujan salji tersebut adalah sebahagian daripada inovasi baru dalam industri riadah yang diperkenalkan oleh i-City kepada para pengunjung ke taman tema tersebut mulai cuti sekolah ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew, teknologi yang dibawa khas dari Korea Selatan itu merupakan daya tarikan baru ke i-City iaitu taman tema seluas 177.8 hektar (72 ekar) di Shah Alam yang sebelum ini terkenal dengan gelaran “City of Digital Lights” kerana limpahan cahaya warna-warni yang menyinari seluruh taman tema tersebut setiap malam.

Dikunjungi oleh lebih 90,000 orang pengunjung setiap minggu, i-City kini merupakan pusat tumpuan pelancongan malam hari yang paling popular di tanah air.

Kata Eu, mulai 19 Mac ini, para pengunjung ke i-City akan berpeluang bukan sahaja menikmati suasana dan pengalaman sebenar bermain salji malah menyaksikan bagaimana ‘salji turun ke bumi’ apabila mereka melalui


Friday, February 4, 2011

Jambatan Terpanjang Dunia Siap Dibina


Jambatan terpanjang di dunia sepanjang 41.5 kilometer (km) akhirnya siap dibina di China.

Ia yang dinamakan Jambatan Qingdao Haiwan, memakan masa empat tahun untuk dibina dan menghubungkan bandar raya ini, di wilayah Shandong, timur China dengan daerah Huangdao.

Kerja-kerja pembinaan jambatan itu dimulakan oleh dua kumpulan pembinaan masing-masing di Qingdao dan Huangdao, sejak 2006.

"Model komputer dan semua pengiraan berjalan lancar tetapi kami hanya berasa lega selepas kedua-dua sisinya dicantumkan," kata seorang jurutera projek itu.

Selepas siap pada Isnin lepas, struktur berkenaan menghubungkan tiga bandar pesisir di wilayah Shandong.
Sebelum ini, gelaran jambatan terpanjang di dunia dipegang oleh Laluan Tasik Pontchartrain sepanjang 38.42km di selatan negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS).

Tuesday, January 25, 2011

At.Mosphere Restoran Tertinggi di Dunia

RM83 bayaran masuk untuk jamu selera pada ketinggian 442 meter

Restoran tertinggi di dunia dibuka secara rasmi di sini semalam menampilkan imej gaya hidup paling mewah menggunakan nama At.Mosphere yang berada pada ketinggian 1,350 kaki (442 meter) dari tanah di ketinggian tingkat 122 bangunan Burj Khalifa.

“Ia melakarkan semula konsep restoran di Dubai,” kata Marc Dardenne, Ketua Pegawai Eksekutif Meaar Hospitality yang mengendalikan restoran terbabit.

At.Mosphere di bangunan Burj Khalifa setinggi 828 tingkat di Dubai itu adalah ‘satu daripada pengalaman restoran bersantai serba mewah di dunia,”kata Emaar Hospitality Group, anak syarikat gergasi pemaju hartanah Emaar.

Sekurang-kurangnya dua tingkat di bawah dek pemantau menara terbabit, yang menjadi restoran tertinggi di dunia boleh menempatkan lebih 210 tetamu dan mempunyai sebuah lobi ketibaan yang luas, satu tingkat restoran utama, bilik makan persendirian dan stesen mempamerkan masakan.

At.Mosphere kini mengatasi bangunan CN di Kanada yang pernah menjadi restoran tertinggi di dunia.

Dengan dilengkapi dinding dan siling mahogany, kelengkapan perabot Adam Tihany serta tingkat ‘cafe au lait limestone’ serta dilengkapi permaidani buatan tangan, restoran terbabit mempunyai daya tarikan tersendiri.

“Setiap aspek restoran direka dan dibuat secara teliti dengan dekorasi elegan, suasana nyaman, pilihan makanan dan standard perkhidmatan,” kata Mohammed Alabbar, pengerusi Emaar Properties.

Sebagai tambahan kepada apartmen, pejabat dan hotel pereka Itali Giorgio Armani, bangunan terbabit mempunyai dek pemantau di tingkat 124, dibuka kepada pengunjung dengan bayaran masuk sekurang-kurangnya 100 dirham (RM83) bagi dewasa.

Emaar berbelanja AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) untuk menara terbabit yang dinamakan sempena Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahayan yang membantu Dubai ketika dilanda krisis kewangan global.

Sunday, January 23, 2011

Menara 135m Mercu Tanda Baru Langkawi



Sebuah menara setinggi 135 meter dengan dua ciri istimewa, iaitu menara peninjau dan sebuah restoran, yang dianggar menelan kos lebih RM10 juta akan dibina sebagai mercu tanda baru pulau peranginan ini.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin pembinaan menara yang dirancang sejak lebih 20 tahun itu bakal menjadi tarikan baru pelancongan.

"Saya diberi penghormatan menamakan menara itu, tapi belum dapat nama yang sesuai sehingga kini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan menara itu di Pantai Kuah semalam.

Beliau berkata, menara itu akan membolehkan lebih 50 pengunjung berada di tingkat atas pada satu-satu masa, dan pelancong dapat melihat pemandangan indah di sekelilingnya, termasuk ketika matahari terbenam.
Pengerusi Eksekutif Syarikat Blackrock, Datuk Abu Hassan Mohamed sebagai pemaju projek itu berkata, tanah seluas 11.33 hektar di pesisir pantai berhampiran Kuah akan ditebus guna pada bulan depan.

Beliau berkata projek pembinaan menara itu akan bermula Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...