expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Monday, April 11, 2011

Anak Beckham mahu namakan adik ‘Justine Bieber’


David dan isteri, Victoria Beckham mungkin tidak mempunyai masalah untuk mencari nama bagi anak lelaki.
Apabila Victoria disahkan hamil kali keempat, pasangan suami isteri itu mahu membabitkan tiga anak mereka, Brooklyn, 12, Romeo, 9, dan Cruz, 6, memberi nama kepada bakal adik mereka.

Dalam wawancara dengan rancangan realiti, ‘Jimmy Kimmel Live!’ Beckham menceritakan bagaimana anak keduanya, Romeo berkata: “Kita namakannya ‘Justin Bieber Beckham.’” Tetapi kini, selepas kandungan Victoria disahkan perempuan, Romeo, menurut Bieber, mencadangkan nama bakal adiknya itu, Justine Bieber, cuma tambahkan huruf ‘e’ pada Justin.

Cruz pula, kata Beckham, pernah memintanya supaya mengajak penyanyi remaja itu datang ke rumah untuk bermain dengannya. “Saya memberitahunya, ‘Tak mungkin. Dia sibuk,” kata Beckham.

Pelanggan Restoren Tergamam Hidangan Ikan Patin RM13,000



Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.


Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sunday, April 10, 2011

Batu Nisan 20 Kubur Lama 'hidup'


Penduduk Kampung Batu Melintang dekat sini terkejut kerana batu-batu nisan di sebuah kubur lama di kampung itu didakwa hidup apabila saiznya semakin membesar dan meninggi.

Kubur tersebut yang dikatakan wujud sejak 200 tahun lalu, menyemadikan penduduk tempatan pada zaman dahulu. Kini ia sudah tidak digunakan lagi setelah perkuburan baharu disediakan di Kampung Kuala Sungai tiga tahun lalu.

Sejak penggunaan tanah perkuburan beralih ke kubur baharu, kubur lama yang menempatkan hampir 150 jenazah penduduk beragama Islam itu kini terbiar dan dipenuhi pokok-pokok hutan.

Sebelum ini, menurut penduduk, batu- batu nisan itu memang telah dilihat membesar, namun tidak pernah dilapor- kan media.


Batu-batu nisan di kawasan perkuburan itu memang besar dan tinggi sehingga ada yang hampir menyamai tinggi orang dewasa.

Kandungan Protein Telur Tiruan Menyamai Tulen



Ujian awal ke atas sampel telur yang dikatakan tiruan mendapati produk itu mengandungi bahan telur tulen.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berdasarkan ujian makmal kimia, protein kulit serta putih dan kuning telur terbabit adalah telur sebenar.

"Bagaimanapun untuk memastikan ia betul-betul bukan telur palsu, kita hantar lagi buat ujian DNA dan apabila kita sahkan tulen atau tidak, saya akan umumkan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan, di sini, Ahad.

Liow berkata keputusan ujian DNA itu dijangka diketahui esok.

"Ini melibatkan kepentingan umum, semua orang nak tahu hasil siasatan kita," katanya.

Beliau juga berkata kementeriannya pernah menerima laporan berhubung perkara sama pada 2007, namun kajian yang dibuat menunjukkan tidak ada telur tiruan di pasaran di negara ini.

Justeru katanya, orang tidak perlu panik berhubung perkara tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...