Sunday, April 10, 2011
Lelaki Cabut Kaki Palsu Untuk Lawan Dengan Perompak
Seorang lelaki bertindak nekad menanggalkan kaki palsunya untuk memukul perompak yang memecah masuk kedai piza di bandar raya ini.
Stephen Cornell, 55, dan pemilik kedai, Edson Andrade, berjaya menangkap perompak itu dan mengikatnya sebelum memanggil polis.
Selepas diperiksa, mereka mendapati perompak itu menggunakan senjata palsu iaitu senapang mainan.
"Saya tiada masa untuk berfikir ketika itu hanya terfikirkan kaki palsu saya sebagai senjata,” katanya yang kehilangan sebelah kaki ketika berusia 12 tahun.
Labels:
Snippet Macam-Macam
Thursday, April 7, 2011
Guru Wanita Patah Hidung Ditumbuk Pelajar di Kangar
Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.
Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.
Kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas dan ketika melalui koridor sekolah, guru itu ternampak pergaduhan tersebut dan cuba meleraikannya, katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.
Labels:
Snippet Macam-Macam
Monday, April 4, 2011
Klip Video Seks Didakwa Milik Pemimpin Pembangkang Disebarkan Di Youtube
Klip video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin utama parti pembangkang telah dimuat naik ke laman web Youtube petang Isnin.Klip berdurasi selama 1:47 saat itu memaparkan tiga individu iaitu dua lelaki bersama seorang wanita dipercayai pelacur sebelum salah seorang lelaki terbabit keluar meninggalkan pasangan berkenaan.
Beberapa blog anti pembangkang turut memaparkan klip video yang diambil dari Youtube. Bagaimanapun, klip berkenaan hanyalah sebahagian daripada rakaman sebenar yang berdurasi hampir setengah jam.
Labels:
Snippet Misteri
Friday, April 1, 2011
Ketua Polis Negara Sahkan Video Seks Tulen
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan video seks yang didakwa melibatkan salah seorang pemimpin parti pembangkang adalah tulen.
Menurutnya, kesahihan mengenai rakaman dalam video itu telah disahkan oleh pakar yang membuat kajian terhadapnya.
Beliau berkata, rakaman video itu akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat manakala siasatan kini di peringkat akhir – Utusan
Labels:
Snippet Politik
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)


