Sunday, May 26, 2013
Media Sepakat Boikot Afiq Muiz - Tiada Ruang Untuk Anak Derhaka!
TIADA ruang untuk anak derhaka dalam akhbar kami! Demikian desas
desus yang mula kedengaran di kalangan media, khususnya unit hiburan di
beberapa akhbar utama sehari dua ini.
Khabarnya beberapa media utama telah memboikot pelakon Afiq Muiz gara-gara bersikap seperti si tanggang, memburuk-burukkan ibunya sendiri, Hasliza Mohd. kepada umum.
Boikot yang dimaksudkan ialah, tidak lagi mengeluarkan sebarang cerita mengenai artis tersebut dan juga kekasih hatinya, Eina Azman dalam tempoh tertentu. Bukan setakat hal berkaitan kerjaya, gambar hiasan di halaman intisari rancangan TV sekalipun, tiada ruang akan diberikan.
"Tak pernah dalam sejarah, seorang artis buat sidang akhbar untuk memburukkan ibunya sendiri," demikian kata seorang pengarang hiburan sebuah akhbar popular.
Labels:
Snippet Hiburan
Friday, May 24, 2013
Kenapa orang Cina sokong Adam Adli?
ULASAN Dalam tempoh lapan tahun saya bekerja sebagai
seorang wartawan, cuma dua kali sahaja saya perhatikan orang Cina keluar
beramai-ramai untuk menyokong aktivis Melayu yang ditahan.
Kes yang pertama berlaku pada tahun 2008 apabila penulis blog politik termasyhur waktu itu, Raja Petra Kamarudin, ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) selama sebulan.
Waktu itu, Raja Petra ( kiri ) dianggap sebagai "hero" oleh pembaca blognya, yang kebanyakan orang Cina dan India kawasan bandar kerana rencana "pedas" yang ditulis secara eksklusif dalam Bahasa Inggeris.
Kalau kita lihat gambar-gambar sewaktu dia di bebaskan, memang kebanyakan peminatnya yang berkumpul di mahkamah adalah orang bukan Melayu.
Sebelum dibebaskan, dianjurkan beberapa acara nyalaan lilin untuk menunjukkan sokongan, yang juga kebanyakan menarik peserta bukan Melayu.
Labels:
Snippet Politik
Samsung jual lebih 10 juta Galaxy S4 Hanya Dalam Tempoh Sebulan
Samsung Electronics mengumumkan telefon pintar terbaru keluarannya
Galaxy S4 menjadi peranti paling laris dalam sejarah keluarannya apabila
lebih 10 juta unit dijual dalam tempoh sebulan selepas dilancarkan.
Samsung dalam kenyataannya di sini, semalam menjelaskan lebih 10 juta unit S4 sudah dijual dalam tempoh sebulan selepas dilancarkan pada 26 April lalu. Model terdahulu, S3 mengambil masa 50 hari untuk mencatatkan jumlah jualan berkenaan.
Samsung, pengeluar telefon pintar terbesar dunia mensasarkan S4 akan mengukuhkan lagi kehadiran syarikat dalam pasaran peranti pintar mewah berteknologi tinggi di Amerika Syarikat dan seluruh dunia, sekali gus membentangkan cabaran sengit kepada Apple Inc, dengan produk tersohornya iPhone.
Labels:
Snippet Ekonomi
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)