expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Wednesday, September 28, 2011

70 Peratus Syarikat Ada Sijil Halal Milik Bukan Bumiputera



Syarikat bumiputera perlu menggandakan usaha untuk memohon sijil halal memandangkan 70 peratus daripada syarikat yang memiliki pengiktirafan tersebut adalah milik bukan bumiputera.


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan daripada 4,787 syarikat yang mempunyai sijil halal, hanya 1,436 atau 30 peratus merupakan syarikat bumiputera.

''Usahawan bumiputera perlu serius dalam soal ini, pelaburan dalam mendapatkan pengiktirafan halal adalah berbaloi kerana ia menjanjikan pulangan tinggi.

''Di Malaysia sahaja industri halal dianggarkan bernilai RM5.6 bilion setahun manakala nilainya di peringkat global mencecah RM7.5 trilion hingga 8.1 trilion," katanya.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, penguasaan usahawan tempatan dalam pasaran makanan halal dunia masih rendah berbanding negara pengeluar makanan seperti Australia, New Zealand, Thailand dan Brazil.

''Kita bagaimanapun cuba meneroka sektor halal bukan makanan seperti kosmetik dan farmaseutikal, ini merupakan sektor baru yang kita pelopori dan mendahului negara lain," katanya.

Sunday, September 25, 2011

Cahaya Ganjil di Langit London





Satu rakaman video yang dirakamkan oleh seorang penduduk menunjukkan beberapa cahaya ganjil berbentuk bulat bergerak dengan laju di langit bandar raya London.


Imej itu menunjukkan cahaya tersebut bergerak di atas bangunan Perbadanan Penyiaran British (BBC) di London Barat.

Rakaman itu boleh dilihat di laman YouTube yang menunjukkan seorang lelaki sedang merakamkan cahaya ganjil tersebut menerusi telefon bimbit berkamera.

Dalam rakaman itu terdapat lima cahaya ganjil yang kecil bergerak dengan laju yang dilihat oleh beberapa orang di tepi bangunan di bandar raya ini.

Imej Bandar Ganjil di Kaki Langit





Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar Huanshan, China.


Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.

Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap.

Thursday, September 15, 2011

Sebelah Wajah Budak Lelaki Dipenuhi Bulu



Seorang budak lelaki membuatkan doktor-doktor bingung kerana sebelah wajahnya yang dipenuhi bulu.


Sebelah wajah An Qi, 8, ditumbuhi bulu sejak dia dilahirkan tetapi bulu pada wajahnya itu semakin panjang apabila umurnya meningkat. An Qi yang menetap di sini, Wilayah Jilin berkata, dia sedih mengenangkan keadaan dirinya yang kerap menjadi mangsa ejekan rakan-rakan sekelas.

Ayahnya, An Fenglin, meninggal dunia ketika An Qi berusia empat tahun manakala ibunya, Fan Chunfeng pula diserang sakit mental. Dia kini tinggal bersama datuk dan neneknya.

Namun, nasib kanak-kanak malang itu bakal berubah tidak lama lagi selepas sebuah hospital tempatan menawarkan pembedahan percuma untuk membuang rambut lebat yang memenuhi sebelah wajahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...