Sunday, May 26, 2013
Media Sepakat Boikot Afiq Muiz - Tiada Ruang Untuk Anak Derhaka!
TIADA ruang untuk anak derhaka dalam akhbar kami! Demikian desas
desus yang mula kedengaran di kalangan media, khususnya unit hiburan di
beberapa akhbar utama sehari dua ini.
Khabarnya beberapa media utama telah memboikot pelakon Afiq Muiz gara-gara bersikap seperti si tanggang, memburuk-burukkan ibunya sendiri, Hasliza Mohd. kepada umum.
Boikot yang dimaksudkan ialah, tidak lagi mengeluarkan sebarang cerita mengenai artis tersebut dan juga kekasih hatinya, Eina Azman dalam tempoh tertentu. Bukan setakat hal berkaitan kerjaya, gambar hiasan di halaman intisari rancangan TV sekalipun, tiada ruang akan diberikan.
"Tak pernah dalam sejarah, seorang artis buat sidang akhbar untuk memburukkan ibunya sendiri," demikian kata seorang pengarang hiburan sebuah akhbar popular.
Labels:
Snippet Hiburan
Friday, May 24, 2013
Kenapa orang Cina sokong Adam Adli?
ULASAN Dalam tempoh lapan tahun saya bekerja sebagai
seorang wartawan, cuma dua kali sahaja saya perhatikan orang Cina keluar
beramai-ramai untuk menyokong aktivis Melayu yang ditahan.
Kes yang pertama berlaku pada tahun 2008 apabila penulis blog politik termasyhur waktu itu, Raja Petra Kamarudin, ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) selama sebulan.
Waktu itu, Raja Petra ( kiri ) dianggap sebagai "hero" oleh pembaca blognya, yang kebanyakan orang Cina dan India kawasan bandar kerana rencana "pedas" yang ditulis secara eksklusif dalam Bahasa Inggeris.
Kalau kita lihat gambar-gambar sewaktu dia di bebaskan, memang kebanyakan peminatnya yang berkumpul di mahkamah adalah orang bukan Melayu.
Sebelum dibebaskan, dianjurkan beberapa acara nyalaan lilin untuk menunjukkan sokongan, yang juga kebanyakan menarik peserta bukan Melayu.
Labels:
Snippet Politik
Samsung jual lebih 10 juta Galaxy S4 Hanya Dalam Tempoh Sebulan
Samsung Electronics mengumumkan telefon pintar terbaru keluarannya
Galaxy S4 menjadi peranti paling laris dalam sejarah keluarannya apabila
lebih 10 juta unit dijual dalam tempoh sebulan selepas dilancarkan.
Samsung dalam kenyataannya di sini, semalam menjelaskan lebih 10 juta unit S4 sudah dijual dalam tempoh sebulan selepas dilancarkan pada 26 April lalu. Model terdahulu, S3 mengambil masa 50 hari untuk mencatatkan jumlah jualan berkenaan.
Samsung, pengeluar telefon pintar terbesar dunia mensasarkan S4 akan mengukuhkan lagi kehadiran syarikat dalam pasaran peranti pintar mewah berteknologi tinggi di Amerika Syarikat dan seluruh dunia, sekali gus membentangkan cabaran sengit kepada Apple Inc, dengan produk tersohornya iPhone.
Labels:
Snippet Ekonomi
Lampias Nafsu Dalam Kereta
Tindakan pasangan kekasih cuba melampiaskan nafsu di dalam kereta yang
diletakkan berhampiran semak di Taman Tasek Kulim gagal apabila mereka
dicekup oleh anggota polis yang melakukan pemeriksaan di kawasan
berkenaan kira-kira jam 3 pagi semalam.
Ketika pemeriksaan dilakukan, pasangan kekasih berkenaan sedang berbaring di dalam kereta sebelum bergegas bangun sambil membetulkan pakaian masing-masing.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, curiga dengan keadaan kereta berkenaan, sepasukan anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) diketuai Timbalan Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz melakukan pemeriksaan.
Menurutnya, dari semakan yang dibuat, pasangan kekasih itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah dan diarahkan beredar dari kawasan semak berkenaan.
"Tindakan pasangan kekasih berkenaan yang dipercayai cuba untuk melampiaskan nafsu di kawasan semak berkenaan amat dikesali.
Labels:
Snippet Asmara
,
Snippet Jenayah
Thursday, May 23, 2013
Gadis Berkahwin Seawal Usia 13 Tahun Ini Tidak Menyesal Dengan Kehidupan Berumah Tangga
Walaupun berkahwin pada usia 13 tahun pada tahun lepas, Nur Fazira Saad dan suami yang kini berusia 20 tahun tidak menyesal.
Nur Fazira berkahwin dengan Mohd Fahmi Mohamed Alias, seorang pemetik buah-buahan.
Beliau berkata telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik.
"Ia menyeronokkan. Sebelum berkahwin, saya sudah tahu bagaimana untuk memasak jadi memasak dan mencuci bukan masalah bagi saya," katanya yang berusia 14 tahun, sambil menambah hidangan kegemaran suaminya adalah asam pedas dan ayam masak merah.
Katanya, dia dan suaminya tidak mahu mempunyai anak lagi kerana mereka masih muda.
Mohd Fahmi berkata berkahwin bermakna kedua-dua mereka terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih besar tetapi mereka tidak mempunyai masalah setakat ini.
Labels:
Snippet Keluarga
Afiq Muiz Diboikot Oleh Media dan Bakal Disingkirkan Oleh Kak Ton?
Penerbit Datin Zaiton Mohammad Jiwa belum mengambil keputusan sama
ada menyingkir atau terus menggunakan khidmat pelakon Afiq Muiz untuk
drama terbitan syarikatnya, Global Station Sdn. Bhd.
Zaiton yang kini berada di Manila, Filipina berkata, dia belum berkesempatan bersemuka dengan Afiq untuk bercerita lanjut dengan artis residen syarikatnya itu.
"Memandangkan sekarang Afiq adalah artis residen, jadi Kak Ton perlulah ikut prosedur yang telah dipersetujui sebelum ini. Apa pun Kak Ton bergantung kepada kehendak stesen televisyen.
Labels:
Snippet Hiburan
Sunday, May 19, 2013
Selebriti Lelaki Paling Busuk dan Paling Tidak Terurus
PELAWAK dan pengacara, Russell Brand telah diberi gelaran sebagai selebriti 'Lelaki Paling Busuk' dalam dunia hiburan berdasarkan penampilannya yang selekeh dan tidak terurus.
Russell, 37, mendapat undian sebanyak 35 peratus daripada kajian yang dijalankan oleh Panasonis Steam Washing Report di United Kingdom baru-baru ini.
Dalam tinjauan itu, orang awam diminta memberi pandangan tentang siapakah selebriti lelaki yang kelihatan busuk dan tidak terurus menerusi pandangan mereka secara kasar.
Sementara itu, penyanyi Kesha pula merangkul gelaran sama bagi kategori wanita manakala Britney Spears disenaraikan ditempat kedua.
Malah pelakon filem Twilight, Kristen Stewart, Jodie Marsh dan Helena Bonham Carter masing-masing berada di kedudukan lima teratas senarai itu.
Labels:
Snippet Hiburan
Friday, May 17, 2013
Candice Glover Juara American Idol 12
PENYANYI yang berasal dari South Carolina, Candice Glover
telah dinobatkan sebagai juara American Idol musim ke-12 pada malam
Khamis dan menjadi peserta wanita pertama memenangi pertandingan itu
sejak musim keenam pada tahun 2007.
Candice, 23, berjaya menewaskan Kree Harrison pada pertandingan akhir dengan kemantapan vokal 'soul' dan kemenangannya itu menepati ramalan sejak awal lagi.
Ini adalah percubaan ketiga Candice menyertai American Idol selepas gagal dalam uji bakat pada tahun 2009 dan 2011.
"Penantian tiga tahun. Kesungguhan, kesabaran. Anda adalah pemenang American Idol," umum pengacara, Ryan Seacrest dihadapan 7,000 penonton yang membanjiri Kodak Theatre di Los Angeles.
Labels:
Snippet Hiburan
Sah Shahz Jaszle Orangnya - Ini Kenyataan Media Oleh JAIS
Setelah pelbagai spekulasi dikeluarkan mengenai identiti sebenar pelakon lelaki popular yang telah ditangkap khalwat semalam, JAIS telah mengesahkan bahawa Shah Jaszle ialah orangnya.
Labels:
Snippet Hiburan
Shah Jaszle Dikatakan Sebagai Pelakon Lelaki Terkenal Yang Ditangkap Khalwat?
Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh
sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor
(Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis.
Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.
Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.
Labels:
Snippet Hiburan
Sebuah Sekolah Yang Bertutur 31 Bahasa Berbeza
Untuk mengawal satu kelas di sekolah rendah bukan tugas mudah bagi seorang guru. Cuba bayangkan keadaan di Sekolah Katolik English Martyrs di
Birmingham yang 414 muridnya bercakap 31 bahasa berlainan di kalangan
mereka.
Seperti yang ditunjukkan pada gambar ini, murid di sekolah itu yang bercakap dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa utama adalah golongan minoriti.
Bahasa lain yang digunakan mereka, termasuk Lingala dan Yoruba, kedua-duanya digunakan di sebahagian benua Afrika, Mirpuri dan Hindko, dua bahasa yang berasal dari pakistan, dua loghat bahasa Benggali, Czech dan Sudan.
Labels:
Snippet
Thursday, May 16, 2013
Buih Misteri Berbau Busuk Mengalir di Tengah-Tengah Jalan Raya di China
Penduduk di bandar ini dikejutkan dengan kemunculan buih berwarna
putih di Jalan Wende, di Nanjing, dalam wilayah Jiangsu. Buih tersebut itu muncul selepas sebuah kawasan kaki lima merekah.
Penduduk setempat mengadu buih itu mengeluarkan bau yang amat busuk.
Media tempatan melaporkan orang ramai percaya kejadian itu berpunca daripada pembinaan laluan tren bawah tanah yang terletak tidak jauh dari lokasi tersebut.
Labels:
Snippet Misteri
Saturday, May 11, 2013
Presiden Paling Miskin di Dunia
Presiden Uruguay, Jose Mujica, mendapat gelaran unik, el presidente
mas pobre (Presiden Termiskin) apabila dia menyumbangkan 90 peratus
daripada gajinya kepada rakyat negara itu.
Bercakap kepada akhbar Sepanyol, El Mundo, semalam Mujica berkata dia menerima gaji AS$12,500 (RM38,132) sebulan tetapi dia hanya mengambil kira-kira 10 peratus atau AS$1,250 (RM4,575) untuk kegunaan sendiri.
“Ia mencukupi untuk saya dan keluarga, atau saya perlu mencukupkan keperluan dengan gaji sebegitu kerana ramai penduduk Uruguay yang hidup dengan pendapatan jauh lebih kecil daripada itu,” katanya.
Selain Mujica, 77, isterinya, Lucia Topolansky, 67, turut menyumbang pendapatannya sebagai senator kepada tabung negara.
Labels:
Snippet Politik
Friday, May 10, 2013
Gadis Malaysia 13 Tahun Setuju Dinikahi Lelaki Pemerkosanya
KOTA KINABALU, SABAH–Seorang manajer restoran Malaysia berusia 40 tahun memutuskan menikahi gadis 13 tahun yang diduga telah diperkosanya. Si gadis juga setuju dengan penawaran tersebut.
Tertuduh Ahmad Nazmeen Zulkifli di Mahkamah, seperti dilaporkan Straits Times, Jumat (10/5) menyatakan gadis tersebut telah menarik balik dakwaannya yang telah dilaporkan ke pihak polis pada 18 April lalu.
Manajer restoran itu diduga memperkosa pelajar sekolah menengah itu di dalam sebuah kereta yang diparkir di pinggir jalan pada 18 Februari.
Ia sempat datang pada pengadilan penyerangan pada 28 Februari lalu.
Sumber:republika.co.id
Labels:
Snippet Jenayah
Thursday, May 9, 2013
Facebook Mula Kehilangan Pengguna, Bakal Ikut Jejak Myspace?
Facebook kehilangan jutaan pengguna setiap bulan dalam sesetengah pasaran utamanya di seluruh dunia, perkara itu didedahkan.
Data bebas daripada penganalisis di SocialBakers mengatakan laman rangkaian sosial itu sudah mencapai kemuncaknya, lapor akhbar The Guardian.
Pakar media baru, Ian Maude di Enders Analysis memberitahu akhbar itu: “Ada faktor kebosanan di mana pengguna suka mencuba sesuatu yang baru. Adakah Facebook akan mengikut laluan Myspaces? Risikonya agak kecil, namun itu tidak bermakna ia tidak akan ke sana.”
Labels:
Snippets Teknologi
Friday, May 3, 2013
Trend Pelik Orang Jepun, Suntik Air Garam ke Dahi
Satu siri baru televisyen mendedahkan trend aneh masyarakat Jepun untuk ‘membengkakkan dahi.’ Penampilan luar biasa itu yang dihasilkan menerusi suntikan air
bergaram (saline) pada dahi, kemudian menekan pada tengah kawasan yang
membengkak dengan ibu jari, menjadi kegilaan terbaru dalam senario
pengubasuaian tubuh yang dilakukan secara sulit di negara mata hari
terbit itu.
Kesan dramatik hasil rawatan selama dua jam itu berakhir antara 16 hingga 24 jam apabila air bergaram itu diserap oleh tubuh dan dahi kembali kepada saiz normal.
Proses berkenaan didedahkan dalam rancangan National Geographic's Taboo yang menunjukkan tiga orang menjalani rawatan itu secara sulit di Tokyo.
Labels:
Snippet Kecantikan
Thursday, May 2, 2013
Siapa Kata Di Kutub Utara Tidak Ada Muslim? Ini ada Masjidnya…
Setelah berhasil mendirikan masjid pertama diKutub Utara, Muslim Kanada
mengungkapkan kebahagiaan mereka karena berhasil menambahkan menara di
masjid yang berwarna kuning yang berlokasi di kota Winnipeg-Inuvik itu.
“Inilah menara masjid yang dibangun di Kutub Utara. Menara itu sangat indah ketika kami nyalakan lampu-lampunya di tengah kegelapan,” kata Amier Suliman, anggota komite masjid dengan bangga.
Menara itu menjulang dengan tinggi sekitar 10meter, menambah kemegahan masjid yang dibuat dari bahan-bahan fabrikasi itu. Komunitas Muslim di Inuvik–kota yang berjarak 200 kilo meter dari Kutub Utara–sudah lama menginginkan sebuah tempat yang memadai untuk menjalankan peribadahan mereka. Tapi impian itu sempat lama tertunda karena harga bahan bangunan dan ongkos tukang bangunan yang sangat mahal.
Labels:
Snippet Agama
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)