expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Monday, August 8, 2011

Malaysia kirim RM12billion ke luar negara setahun





Malaysia berada di tempat keenam di dunia dalam pengiriman wang ke luar negara dengan nilai sebanyak AS$7 bilion (RM12 bilion) sepanjang tahun lalu.
 

Di rantau Asia pula, negara ini berada di tangga kedua selepas Arab Saudi yang menduduki tangga kedua dengan jumlah kiriman keluar bernilai AS$16 bilion (RM48 bilion), menurut kajian yang dijalankan oleh pengendali kiriman wang antarabangsa, MoneyGram International (MoneyGram).

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif MoneyGram, Pamela Patsley berkata, potensi besar yang ditunjukkan oleh Malaysia dan Arab Saudi adalah disebabkan oleh kebanjiran rakyat asing ke dua-dua negara untuk bekerja di pelbagai sektor.

Katanya, negara-negara yang mempunyai penerimaan kiriman wang yang tertinggi di dunia melalui MoneyGram ialah India berjumlah AS$49 bilion (RM147 bilion) diikuti China AS$48 bilion (RM144 bilion) dan Mexico AS$22 bilion (RM66 bilion).

"Di Malaysia, kami mempunyai beberapa ejen MoneyGram yang baik dan kukuh, sekali gus meletakkannya di tangga ke enam terbesar dunia dalam pengiriman keluar wang.

''Ejen-ejen kami termasuk Malayan Banking Bhd. (Maybank), International Money Express (IME), Prabhu Money Transfer, EZ Money Express, dan tidak lama SMJ Teratai," kata beliau.

Patsley berkata, demikian selepas persidangan ejen-ejen MoneyGram sedunia di sini hari ini. Sejumlah 16 buah negara menyertai persidangan tersebut.

MoneyGram yang beribu pejabat di Amerika Syarikat kini mempunyai 2,600 kakitangan di seluruh dunia dengan 227,000 ejen di 190 buah negara.

Ditanya tentang had pengiriman wang menerusi MoneyGram, Patsley menjawab, setiap negara dan ejen mempunyai had jumlah pengiriman wang tertentu. Misalnya di Malaysia, pihaknya menetapkan had pengiriman wang kira-kira AS$3,000 (RM9,000) hingga AS$4,000 (RM12,000) sahaja.

Katanya, had pengiriman itu perlu bagi menangani risiko kredit (credit risk) serta menangani isu penggubahan wang haram.

Mengulas ramalan industri kiriman wang pada tahun ini, Patsley menganggarkan pertumbuhannya sebanyak lima peratus berikutan persekitaran ekonomi semakin baik.

Sehubungan itu, beliau membayangkan hasrat membuka pejabat cawangannya di Malaysia kerana meyakini potensi yang ada.

Malah MoneyGram jelasnya, berada dalam perancangan untuk berunding dengan pihak berkuasa negara ini termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuka pejabat cawangan tersebut.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...